Saturday, 25 November 2023

Keluhan dan Rintihan

Keluhan Dan Rintihan

Sudah lama tak jumpaRindu hati padamuDuhai kasihku duhai sayangkuCintaku hanya padamu
Tiap hari ku kenangTiap malam terbayangDuhai kasihku duhai sayangkuMerintih pagi dan petang
Duhai insanJangan engkau mengeluhDuhai insanJangan engkau merintih
Bukan aku mengeluhDan juga kan merintihTak ada salahnya diriku iniMengenang dirimu sorang....

Monday, 20 November 2023

Kesepian

Kesepian

Doa ku dinda
Semoga kau bahagia
Ku berada di rantau, dinda
Kesepian

Berilah khabar
Untuk menyirami jiwa
Surat mu kan ku sanjung dinda
Sentiasa

Kau ziarahilah
Tempat kita bertemu
Semoga menghilang rindu
Andai kita tak lagi bertemu
Dengar kanlah rayuan ku

Doa ku dinda
Agar bertemu semula
Tercapai segala cita dinda
Selamanya

Sunday, 19 November 2023

Tahukah Anda?

Tahukah anda bahawa suatu masa dahulu terdapat sebuah perhentian atau halt yang bernama PERHENTIAN PULAU KRINA?

Perhentian ini terletak di antara Perhentian Sibar dan Perhentian Tanjung Sekawin dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Stesen berhampiran arah utara adalah Stesen Kuala Lipis manakala stesen berhampiran arah selatan adalah Stesen Kerambit.

Jarak perhentian ini dari Stesen Gemas adalah sejauh 136 batu atau 219.09 kilometer.

Tidak diketahui bila perhentian ini mula beroperasi tetapi ianya ditutup pada 15 September 1920.

Aku Tertipu

Aku Tertipu
 
Alangkah gembiranya
Pabila kau tersenyum
Manis seperti madu
Memikat jiwa kalbu

Alangkah meseranya
Pabila kau tertawa
Manis bibir berkata
Aku jatuh cinta

Apakah janjimu semuanya palsu?
Aku tertipu
Pandai kau berkata, bersumpah setia
Tetapi dusta

Sumpahanku padamu
Tak akan ku kembali
Terseksa ku merindu
Di syurga ku menanti