Kesibukan menjelang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, tidak menghalang pengurusan pasukan Brighton untuk mengatur perlawanan persahabatan bagi menghadapi musim 2010/11.
Berikut adalah senarai awal perlawanan persahabatan yang dirancang:
1. vs Burgess Hill Town (10 Julai 2010).
2. vs Whitehawk (13 Julai 2010).
3. vs Bognor Regis Town (16 Julai 2010).
4. vs Eastbourne Borough (17 Julai 2010).
5. vs Sunderland (21 Julai 2010).
6. vs Algarve (24 Julai 2010).
7. vs Aberdeen (31 Julai 2010)
Musim 2010/11 akan bermula pada 7 Ogos 2010 dan tamat pada 29 Mei 2011. Jadual perlawanan akan diumumkan pada 17 Jun 2010.
(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Friday, 28 May 2010
Hadis Pilihan
Daripada Abu Abdullah An-Nu’man Bin Basyir r.a. katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram (itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat) perkara-perkara yang syubhah, ramai dari kalangan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga diri daripada perkara syubhah, (maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhah, dia akan jatuh ke dalam perkara haram.”
Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalam kawasan itu. Ketahuilah bahawa sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.
Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Apabila ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati.”
(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim)

Stesen Dan Perhentian (Part 11)
Hello, apa khabar? Cuti hujung minggu sempena Hari Wesak ni tentu ramai yang mengambil kesempatan untuk berjalan - jalan. Pastinya pengangkutan keretapi yang menjadi pilihan kerana aku mendapat tahu bahawa tiket - tiket sudah nak habis.
Siri stesen dan perhentian ini diteruskan lagi. Kali ini perjalanan dari Kuala Gris ke Tanah Merah.
Siri stesen dan perhentian ini diteruskan lagi. Kali ini perjalanan dari Kuala Gris ke Tanah Merah.
Perhentian Kuala Gris
Perhentian Kampung Baru Bukit Abu
Perhentian Ulu Temiang
Perhentian Ulu Temiang
Wednesday, 26 May 2010
Lewis Dunk Sah Menjadi Milik Brighton
Pada 24 Mei 2010 yang lalu, Lewis Dunk telah menandatangani kontrak untuk bermain bersama pasukan Brighton bagi tempoh dua tahun.
Beliau adalah pemain kelahiran Brighton dan telah bersama pasukan utama Brighton dalam dua perlawanan terakhir liga yang baru tamat.
Dengan kehadiran pemain muda ini, diharap dapat menguatkan lagi bahagian pertahanan Brighton pada musim akan datang.
Selamat Maju Jaya buat Lewis Dunk.

Stesen Dan Perhentian (Part 10)
Salam Sejahtera.
Siri Stesen dan Perhentian ini masih lagi dalam cawangan Pantai Timur. Kalian akan dibawa melihat stesen dan perhentian dari Kuala Neroh ke Dabong. Ia adalah satu perjalanan yang singkat.
Siri Stesen dan Perhentian ini masih lagi dalam cawangan Pantai Timur. Kalian akan dibawa melihat stesen dan perhentian dari Kuala Neroh ke Dabong. Ia adalah satu perjalanan yang singkat.
Perhentian Kuala Neroh
Perhentian Pan Malayan (dahulu)
Perhentian Pan Malayan (sekarang)
Perhentian Pan Malayan (sekarang)
Perhentian Sungai Koyan
Tuesday, 25 May 2010
England..3 Mexico..1
England mengalahkan Mexico 3 - 1 dalam perlawanan bolasepak persahabatan antarabangsa menjelang Piala Dunia 2010 di Stadium Wembley, sebentar tadi.
Gol - gol England dijaringkan oleh Ledley King (minit ke-17), Peter Crouch (minit ke-34) dan Glen Johnson (minit ke-47) manakala gol tunggal Mexico adalah jaringan Guillermo Franco (minit ke-45)
England: Green (Hart-45), King, Ferdinand (Carragher-45), Baines, Glen Johnson, Carrick (Huddlestone-62), Milner (Adam Johnson-85), Gerrard, Walcott (Lennon-77), Crouch (Defoe-45) dan Rooney. Pemain simpanan yang lain: Wright-Phillips, James, Parker, Heskey, Upson, Dawson dan Warnock.
Gol - gol England dijaringkan oleh Ledley King (minit ke-17), Peter Crouch (minit ke-34) dan Glen Johnson (minit ke-47) manakala gol tunggal Mexico adalah jaringan Guillermo Franco (minit ke-45)
Glen Johnson sedang menjaringkan gol
England akan menentang Jepun pada hari Ahad (30 Mei) dan Mexico akan menentang Belanda (26 Mei) serta Gambia (30 Mei). Tarikh akhir menghantar senarai nama 23 orang pemain untuk bermain dalam Piala Dunia adalah pada 1 Jun 2010.England: Green (Hart-45), King, Ferdinand (Carragher-45), Baines, Glen Johnson, Carrick (Huddlestone-62), Milner (Adam Johnson-85), Gerrard, Walcott (Lennon-77), Crouch (Defoe-45) dan Rooney. Pemain simpanan yang lain: Wright-Phillips, James, Parker, Heskey, Upson, Dawson dan Warnock.
Subscribe to:
Posts (Atom)