Thursday 18 August 2011

Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku

Tahukah Anda?

Kelab Liga Championship England Cardiff City mengeluarkan jersi terbaru mereka untuk musim depan dengan perkataan 'Malaysia' tertampang di dada. Ini adalah salah satu kempen bertujuan untuk mengenengahkan Malaysia di mata dunia.

Cardiff City ataupun nama gelarannya 'Bluebirds' adalah kelab milik penuh 2 usahawan dari Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee yang juga bapa kepada pemain skuad Piala Presiden Kelantan, Nicholas Chan.

Kedua-dua tokoh korporat ini membeli kelab ini pada 27 Mei 2010 hanya beberapa hari sebelum Cardiff tewas dalam perlawanan play-off ke Liga Perdana Inggeris.

Menurut pegawai Eksekutif kelab itu, Gethin Jenkins, hubungan baik antara Cardiff City dan Malaysia adalah punca utama perkataan 'Malaysia' dipilih untuk berada di dada jersi utama meskipun beberapa penaja lain berhasrat untuk menjadi penaja utama mereka tahun ini.

Jenkins juga menambah, Malaysia sememangnya sebuah negara yang unik di mana mereka amat mencintai sukan bolasepak dan mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Untuk memastikan pembangunan bolasepak di Malaysia, Cardiff juga telah membuka sebuah akademi bolasepak yang diberi nama '1Malaysia Grassroot Academy' di Kuala Lumpur.

Perkembangan ini tentunya diharap akan dapat memberikan kesan positif kepada perkembangan sukan bolasepak dari peringkat akar umbi di Malaysia. Usaha yang dijalankan seharusnya mendapat pujian dan sokongan dari semua pihak.

Medan Letak Kereta Stesen Keretapi Bangi

Satu lagi kemudahan untuk pengguna KTM Komuter disediakan di Stesen Bangi. Medan letak kereta telah mula dibuka dengan mengenakan kadar yang berpatutan. Sayangnya, medan ini ditutup pada hari Ahad dan juga pada cuti umum.

Aku harap kalian kat luar sana dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin.

Mengapa Tidak Sempat BERDOA?

(sambungan)

Satu persoalan lain yang sering juga ditimbulkan ialah tentang mengapakah doa yang dipohon itu tidak dimakbulkan Allah swt? Sesungguhnya terdapat banyak sebab mengapa doa kita itu tidak dimakbulkan.

Di antara sebab - sebab doa seseorang itu tidak diperkenankan oleh Allah swt ialah:

- Terlalu banyak melakukan dosa dan tidak pernah bertaubat.

- Masih berada dalam lingkungan maksiat.

- Berada di tempat maksiat.

- Tidak menunaikan kewajipan terhadap Allah.

- Tidak mengamalkan isi kandungan al-Quran.

- Meninggalkan sunnah Rasulullah saw.

- Terlalu tunduk kepada tuntutan nafsu dan syaitan.

- Tidak menghindari larangan Allah.

- Tidak pernah mensyukuri nikmat Allah.

- Derhaka terhadap ibu bapa.

- Bersifat takabbur, riak, sombong dan sifat - sifat keji yang lain.

Kesimpulannya, berdasarkan beberapa panduan yang telah dijelaskan, sesungguhnya kita sebagai orang Islam mempunyai keistimewaan dan peluang yang amat luas dari Allah swt iaitu berdoa atau memohon sesuatu dari Allah swt.

Oleh yang demikian kita hendaklah memanafaatkan peluang tersebut dengan sebaik - baiknya dan janganlah kita mensia - siakan nikmat Allah itu.

Marilah kita memohon dan berserah kepadaNya dalam apa juga perkara setelah berusaha dan berikhtiar, sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

(tamat....)

Cardiff City..1 Brighton..3

Brighton mencatat kemenangan ketiga daripada tiga perlawanan liga apabila mengalahkan pasukan Cardiff City 3 - 1 di Stadium Cardiff City, sebentar tadi.

Brighton mendahului 1 - 0 pada akhir babak pertama. Gol jaringan Ashley Barnes pada minit ke 39. Dua gol lagi dijaringkan pada semaruh masa kedua oleh sepakan penalti Ashley Barnes pada minit ke 62 dan Will Hoskin pada minit ke 87. Cardiff mendapat got tunggal dalam minit ke 90 menerusi sepakan penalti Peter Whitttingham.

Seramai 23,013 orang penonton telah membanjiri Stadium Cardiff City untuk menyaksikan perlawanan yang sengit ini, yang juga kemenangan Brighton yang pertama di negara Wales sejak tahun 1984.

Dengan keputusan ini, Brighton kekal di tangga kedua liga di belakang pasukan Southampton yang juga memungut 9 mata hasil daripada tiga perlawanan.

Perlawanan liga seterusnya adalah pada hari Sabtu, 20 Ogos 2011 menentang Blackpool City di laman sendiri (Stadium Komuniti American Express, Brighton).

Aku berharap agar persembahan cemerlang ini akan kekal dan berterusan sehingga ke akhir musim. Aku tak mengharap pasukan Brighton untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan kerana saingan dalam liga itu adalah terlalu tinggi. Kekal beraksi dalam Liga Kejuaraan adalah satu bonus kepada pasukan Brighton.
TEAMS

Cardiff City: (4-3-3) Marshall; McNaughton, Hudson, Gerrard, Taylor; Whittingham, Cowie, Conway; Mason, Earnshaw (Gestede 67), Miller. Pemain simpanan yang lain: Heaton (GK), Quinn, Blake, Keinan.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter; Sparrow (Navarro 67), Bridcutt, Dicker, Vincelot (Hoskins 77); Mackail-Smith, Barnes. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Noone, Cook.

Monday 15 August 2011

Mengapa Tidak Sempat BERDOA?

(sambungan)

Berdasarkan kepada adab - adab, peraturan - peraturan dan masa yang bersesuaian untuk kita berdoa, maka besarlah harapan kita yang Allah swt akan memakbulkan segala doa - doa dan permintaan hamba - hambanya.

Sesungguhpun demikian kadang - kadang segala doa - doa kita telah pun diperkenankan oleh Allah swt tanpa kita sedari. Namun demikian terdapat beberapa tanda atau kesan di mana doa yang dipohon itu telah diterima oleh Allah swt walaupun tidak secara langsung.

Antara tanda - tanda atau kesan doa yang dipohon itu telah dimakbulkan oleh Allah swt adalah:

- Tercapai apa yang dihajati.

- Dikurniakan sesuatu yang lebih baik dari yang dipohon.

- Terpelihara dari segala bencana.

- Dimurahkan rezeki, hati tenteram, tenang dan mudah menjalankan tugas.

(bersambung)

Pelancaran Sinar Kasih Ramadhan Bait Al - Amin

MARILAH MERINGANKAN BEBAN WALAUPUN SEDIKIT CUMA UNTUK SENYUMAN YANG LEBIH BERMAKNA BUAT ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN BAIT AL-AMIN DALAM MENYAMBUT LEMBARAN RAMADHAN.SEMOGA RAMADHAN KALI INI DAPAT MENGUKIR 1000 SENYUMAN DAN TANDA KASIH YANG SETULUS BUDI DIATAS KEPERIHATINAN YANG DIBERIKAN...

SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN ATAS NAMA " PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN"
AKAUN BANK ISLAM BHD : 08-013-01-005612-4
AMISLAMIC BANK : 111-202-200217-0
BANK SIMPANAN NASIONAL : 08213-41-00002787-3

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN YANG DIHULURKAN

Sunday 14 August 2011

Keretapi Wap Di Sabah

Di dalam perkhidmatan keretapi Sabah pada hari ini, terdapat dua buah lokomotif wap yang masih beroperasi.

Lokomotif wap nombor 6 - 015
Lokomotif wap nombor 6 - 016
Lokomotif wap nombor 6 - 017
Lokomotif wap nombor 6 - 017 yang disimpan di dalam Depot Tanjung Aru. Peralatan lokomotif wap ini digunakan untuk mengganti peralatan lokomotif wap 6 - 015 dan 6 - 016 yang rosak.

Lokomotif wap nombor 6 - 015 dan 6 - 016 digunakan untuk melarikan tren yang membawa pelancong yang ingin merasa keseronokan menaiki keretapi klasik. Tren klasik ini beroperasi setiap hari Rabu dan Sabtu untuk perjalanan sejauh 33 km dari Stesen Tanjung Aru ke Stesen Papar.

Pasukan Yang Bertanding Dalam Liga Bolasepak Utama Di England

Musim bolasepak di England baru saja bermula. Kalian di luar sana tentu mempunyai pasukan pilihan masing-masing.

Berikut adalah senarai pasukan yang bertanding dalam liga musim ini.

BARCLAY LIGA PERDANA (Liga Peringkat 1)
Arsenal
Aston Villa
Blackburn Rovers
Bolton Wanderers
Chelsea
Everton
Fulham
Liverpool
Manchester City
Manchester United
Newcastle United
Norwich City
Queens Park Rangers
Stoke City
Sunderland
Swansea City
Tottenham Hotspur
West Bromwich Albion
Wigan Athletic
Wolverhampton Wanderers

CARLING LIGA KEJUARAAN (Liga Peringkat 2)
Barnsley
Birmingham City
Blackpool City
Brighton & Hove Albion
Burnley
Cardiff City
Coventry City
Crystal Palace
Derby County
Doncaster Rovers
Hull City
Ipswich Town
Leeds United
Leicester City
Middlesbrough
Millwall
Nottingham Forest
Peterborough United
Portsmouth
Reading
Southampton
Watford
West Ham United

NPOWER LIGA BAHAGIAN 1 (Liga Peringkat 3)
Bournemouth
Brentford
Bury
Carlisle United
Charlton Athletic
Chesterfield
Colchester United
Exeter City
Hartlepool United
Huddersfield Town
Leyton Orient
MK Dons
Notts County
Oldham Athletic
Preston North End
Rochdale
Scunthorpe United
Sheffield United
Sheffield Wednesday
Stevenage Borough
Tranmere Rovers
Walsall
Wycombe Wanderers
Yeovil Town

NPOWER LIGA BAHAGIAN 2 (Liga Peringkat 4)
Accrington Stanley
AFC Wimbledon
Aldershot
Barnet
Bradford City
Bristol Rovers
Burton Albion
Cheltenham Town
Crawley Town
Crewe Alexandra
Dagenham & Redbridge
Gillingham
Hereford United
Macclesfield Town
Morecambe
Northampton Town
Oxford United
Plymouth Argyle
Port Vale
Rotherham United
Shrewsbury Town
Southend United
Swindon Town
Torquay United

LIGA PERDANA BLUE SQUARE BETT (Liga Peringkat 5. Pemenang layak ke Npower Liga 2)
AFC Telford
Alfreton Town
Barrow
Bath City
Braintree Town
Cambridge Utd
Darlington
Ebbsfleet United
Fleetwood Town
Forest Green
Gateshead
Grimsby Town
Hayes & Yeading
Kettering Town
Kidderminster
Lincoln City
Luton Town
Mansfield Town
Newport County
Southport
Stockport County
Tamworth
Wrexham
York

Portsmouth..0 Brighton..1

Brighton & Hove Albion mencatat kemenangan kedua dalam liga musim ini selepas mengalahkan Portsmouth 1 - 0 di Fratton Park, Portsmouth malam tadi.

Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Craig Mackail-Smith pada minit ke 45, separuh masa pertama.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul enam mata dari dua perlawanan.

Pengurus pasukan Brighton Gus Poyet telah membuat satu perubahan terhadap kesebelasan utama yang menewaskan Gillingham 1-0 dalam perlawanan pertengahan minggu, dengan Craig Mackail-Smith kembali diturunkan. Will Buckley dan Romain Vincelot mengekalkan tempat masing-masing di bahagian tengah.

Seramai 16,496 orang penonton telah menyaksikan perlawanan yang menarik ini yang turut menyaksikan pasukan Portsmouth terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan di separuh masa kedua.

Seterusnya pada 17 Ogos 2011, pasukan Brighton akan bertandang ke Stadium Cardiff City, Cardiff untuk bertemu dengan pasukan Cardiff City dalam perlawanan Liga Kejuaraan.

SENARAI PEMAIN

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter; Buckley (Noone 26), Vincelot, Dicker, Bridcutt (Navarro 87); Barnes, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Sparrow, Cook.

Portsmouth: (4-5-1) Ashdown; Ben Haim, Mokoena, Halford, Hreidarsson (Williams 83); Lawrence, Ward (Kitson 68), Norris, Mullins, Varney; Kanu. Pemain simpanan yang lain: Henderson (GK), Rocha, Dailly.

Mengapa Tidak Sempat BERDOA?

(sambungan)

Selain daripada masa dan tempat yang mustajab untuk berdoa, para ulamak juga telah memberi panduan dari segi kesesuaian hari atau malam-malam yang tertentu untuk berdoa. Antaranya ialah:

HARI / MALAM

- Hari dan malam Jumaat

- Hari Arafah

- Hari dan malam Aidil Fitri

- Malam Lailatul Qadar

- Malam Nisfu Syaaba.

- Awal bulan Rejab

- Malam Israk dan Mikraj (27 Rejab)

BULAN

- Bulan Ramadhan

- Bulan Zulhijjah

- Bulan Rejab

- Bulan Syaaban

TEMPAT

- Dalam Baitullah

- Di Multazam

- Di Makam Nabi Ibrahim

- Dalam Hijr Nabi Ismail

- Di Telaga Zam-Zam

- Di bukit Sofaa dan Marwah

- Di tempat kelahiran Nabi Muhammad saw

- Di Raudhah Masjid Nabi

- Di Masjidil Haram

(bersambung)

Undian Pusingan Kedua Piala Carling

Pasukan Brighton & Hove Albion telah diundi menentang Sunderland di tempat sendiri pada Pusingan Kedua Piala Carling 2011/2012. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Amex pada minggu bermula 22 Ogos 2011.

Berikut adalah undian penuh Pusingan Kedua Piala Carling musim ini.

Millwall lwn Morecambe

Blackburn Rovers lwn Sheffield Wednesday

Bury lwn Leicester City

West Ham United atau Aldershot Town lwn Carlisle United

AFC Bournemouth lwn West Bromwich Albion

Crystal Palace atau Crawley Town lwn Wigan Athletic

Peterborough United lwn Middlesbrough

Aston Villa lwn Hereford United

Bristol City atau Swindon Town lwn Southampton

Exeter City lwn Liverpool

Everton lwn Sheffield United

Brighton & Hove Albion lwn Sunderland

Shrewsbury Town lwn Swansea City

Reading atau Charlton Athletic lwn Preston North End

Norwich City lwn Milton Keynes Dons

Northampton Town lwn Wolverhampton Wanderers

Wycombe Wanderers lwn Nottingham Forest

Bolton Wanderers lwn Macclesfield Town

Burnley lwn Barnet

Scunthorpe United lwn Newcastle United

Leyton Orient lwn Watford atau Bristol Rovers

Doncaster Rovers lwn Leeds United

Cardiff City lwn Huddersfield Town

Queens Park Rangers lwn Rochdale

Sementara itu beberapa perlawanan pusingan pertama telah ditangguhkan atas nasihat polis, berikut kekacauan yang berlaku di sekitar London. Perlawanan - perlawanan tersebut adalah seperti berikut:

West Ham United lwn Aldershot Town

Charlton Athletic lwn Reading

Crystal Palace lwn Crawley Town

Bristol City lwn Swindon Town

Perlawanan dijangka akan berlangsung pada minggu akan datang.