Friday, 18 May 2012

Untuk Kemudahan Semua

Bagi memudahkan orang ramai terutamanya peminat-peminat bolasepak menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala FA 2012 di antara pasukan Kuala Lumpur Sime Darby FC menentang pasukan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Mei 2012, pihak KTMB ada menyediakan perkhidmatan tambahan Tren Komuter ke Rawang, Pelabuhan Klang dan Sungai Gadut.

Pada masa aku menulis ni, aku belum tahu seandainya ada jalan-jalan menuju ke Stadium Bukit Jalil akan ditutup atau tidak. Selalunya jalan akan dibuka seperti biasa, cuma akan berlaku kesesakan sebelum dan sesudah perlawanan diadakan.

Di samping itu, pada malam yang sama akan diadakan Perarakan Citrawarna Malaysia 2012. Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup Sabtu ini bermula jam 7.30 malam sehingga tengah malam.

Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Hishamuddin (dari arah bulatan Hishamuddin), Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan, persimpangan Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Kasturi.

Turut terlibat adalah Persimpangan Jalan Medan Pasar/Jalan Tun Perak, Bulatan Datuk Onn (arah ke Jalan Tun Perak), Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan, persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Dang Wangi, persimpangan Jalan Dang Wangi/Jalan Munshi Abdullah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan Dataran Merdeka.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak melalui jalan-jalan tersebut bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 
Kalau nak senang naik KTM Komuter aje sebab keretapi tak mengalami kesesakan landasan, cuma sesak dalam tren aje. Kalau bawa kenderaan sendiri, dah lah sesak berjam-jam, nak cari tempat 'parking' pun susah. 
Sokonglah industri pelancongan di negara kita dengan menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan seperti LRT, Monorail dan yang pasti KTM Komuter. Bawa keluarga samada ke Bukit Jalil atau ke Dataran Merdeka bagi memeriahkan lagi acara-acara yang akan berlangsung.

Bagi pengguna KTM Komuter, sila dapatkan tiket perjalanan pergi-balik bagi mengelakkan kesesakan di kaunter tiket semasa balik dari ibu kota.

Sila lihat pada jadual di bawah untuk merancang perjalanan anda.



Selamat menaiki KTM Komuter.....


Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun merupakan sambutan Hari Guru di Malaysia. Siapalah guru yang telah membimbing kita semua hingga jadi manusia yang berguna pada hari ini?

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia tak lupa kepada guru-guru yang pernah mengajar aku dahulu. Antara sekolah aku tu adalah SK Rahang, Seremban (1976), SK Khir Johari Perai (1976 - 1978), SK Ayer Molek, Melaka (1978 - 1981) dan Sekolah Tinggi Melaka (1982 - 1986).

Tak lupa buat sanak saudara menjadi pendidik seperti Cikgu Sapiah Hj Yusof di Johor Bahru; Cikgu Abu Samah di Jasin, Melaka; Cikgu Omar dan isterinya Cikgu Salmiah juga di Melaka (apa khabar agaknya sekarang?); adik ipar aku iaitu Cikgu Zul di Pasir Gudang, Johor; Cikgu Noraishah Hj Abu Samah di Batu Pahat,Johor; Cikgu Isma (SK TLDM Lumut) dan Cikgu Fadzilah (SM Vokasional Batu Lancang, Pulau Pinang) serta tak lupa guru-guru di Tadika Pangsapuri ATM Setiawangsa, Kuala Lumpur (yang membimbing putri kesayangan aku sekarang).

Tanpa kalian siapalah kami....

SELAMAT HARI GURU

Monday, 14 May 2012

Pertandingan Reka Letak Slogan

KHAS UNTUK SEMUA WARGA KERJA KTMB BERSTATUS TETAP DAN KONTRAK TERMASUK ANAK-ANAK KAKITANGAN KTMB SAHAJA.

Gus Poyet Tinggalkan Brighton?

On the move? Poyet has worked wonders on the south coastGus Poyet semakin hampir meletakkan jawatan sebagai pengurus Brighton selepas beliau berada dalam senarai dikehendaki tiga kelab barat Midlands iaitu West Bromwich Albion, Wolverhampton Wanderers dan Aston Villa. 

Keupayaan Poyet membimbing Brighton sejak tiga musim yang lepas memang tidak dinafikan lagi. Peningkatan ketara 'The Seagulls' sejak kebelakangan ini adalah kerana keberanian Poyet mencuba pelbagai rentak permainan mengikut lawannya pada setiap perlawanan.

Sungguhpun cuba dipancing oleh Swansea City pada tahun 2010, Poyet masih kekal setia di Brighton membentuk sebuah pasukan yang mantap sehingga menduduki tangga kesepuluh Liga Kejuaraan musim ini, kedudukan tertinggi dalam liga sejak sepuluh tahun yang lalu.

Ramai pemain yang lahir dari program remaja Brighton telah diketengahkan oleh Poyet sejak musim lepas dan musim ini lebih ramai muka-muka baru seperti Jake Forster-Caskey yang diberi peluang beraksi bersama bintang-bintang Brighton.

Kasih Di Ambang Harapan

sehari bagaikan setahun
ku nanti kau di sejuk senja
mengapa hatiku bermurung
lama ku tunggu kau tiada tiba

tenang-tenang air di laut
layar kembang perahuku hanyut
taufan mendatang guruh menyambut
perahuku karam dipukul ribut

kenapa nasib ini
sengsara menimpa diri
ku inginkan bahagia
tapi malangnya yang menimpa

namun tiada ku putus asa
kini masih pun bersendirian
kan ku tunggu hingga kau tiba
semoga kasih di ambang harapan

Sunday, 13 May 2012

Hadith Pilihan

Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan

Hadith :
Daripada Ibn Masud r.a katanya, “ Aku bersembahyang tahajud bersama Nabi s.a.w, baginda telah memanjangkan berdirinya sehingga aku hampir melakukan perkara yang tidak baik”. Ibn Mas`ud ditanya, “ apakah gerangan yang hendak engkau lakukan?” jawabnya, “aku hendak duduk mufarraqah daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Setiap muslim adalah digalakkan sembahyang berjemaah, begitu juga di antara beberapa sembahyang sunat adalah digalakkan supaya dilakukan secara berjamaah seperti tahajud, gerhana matahari, terawikh dan lain-lain lagi.

2. Untuk memperolehi rahmat yang besar dan keredaan yang lebih dari Allah perlulah seseorang itu menguatkan azamnya di dalam mengerjakan amal ibadat.

Penjadualan Semula Perkhidmatan Tren ETS

Mulai 14 Mei 2012 (Isnin), perkhidmatan Electric Train Service (ETS) akan beroperasi dengan jadual perjalanan baharu dan hanya akan beroperasi untuk laluan Sentral Kuala Lumpur – Ipoh – Sentral Kuala Lumpur sahaja .

Berikut merupakan jadual perkhidmatan baharu bagi perkhidmatan tren ETS setiap hari:

1. Berlepas dari Sentral Kuala Lumpur ke Ipoh :









 







2. Berlepas dari Ipoh ke Sentral Kuala Lumpur :













 


Para pengguna yang tiba di Sentral Kuala Lumpur masih boleh meneruskan perjalanan ke Seremban atau mana-mana stesen di sepanjang laluannya dengan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Para pengguna juga boleh membuat tempahan tiket 30 hari sebelum tarikh perjalanan seperti biasa.

Langkah penjadualan semula ini diambil bagi membantu melancarkan perkhidmatan KTM Komuter yang sedang diberi perhatian khusus dalam memudahkan perjalanan 100,000 penggunanya setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862 atau layari www.ets-train.com.my
* Aku harap benar agar Tren Shuttle Ipoh - KLS - Ipoh akan beroperasi semula. Banyak manafaatnya apabila tren shuttle dilarikan semula. Ramai yang setuju dan menanti-nanti akan kemunculan semula tren shuttle ini. Penumpang untung, KTMB untung, pemandu teksi pun untung sama.....

Penutupan Sementara Stesen Batang Melaka

Stesen Batang Melaka akan ditutup buat sementara waktu mulai 15 Mei 2012 sehingga 30 November 2012 selaras dengan perlaksanaan kerja-kerja Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban - Gemas.

Semua tren penumpang hanya akan melalui Stesen Batang Melaka tanpa membuat persinggahan samada untuk mengambil atau menurunkan penumpang. 

Kepada semua penumpang yang naik atau turun di stesen ini, sila dapatkan nasihat daripada Pengurus Stesen berhampiran atau daripada penyelia tren. Perkhidmatan bas shuttle ada disediakan sepanjang tempoh tersebut dan para penumpang dikehendaki mematuhi arahan yang akan diberikan dari semasa ke semasa.

Sebagai alternatif, para penumpang diharap dapat mengambil langkah-langkah berikut bagi memudahkan perjalanan mereka;

1. Penumpang dari Kuala Lumpur ke Batang Melaka;Naik Tren Ekspres Sinaran Selatan No. 13 dan turun di Stesen Tampin, kemudian mengambil bus shuttle untuk meneruskan perjalanan ke Stesen Batang Melaka.

2. Penumpang dari Batang Melaka ke JB Sentral atau Woodlands;
Dapatkan bas shuttle menuju ke Stesen Gemas dan meneruskan perjalanan dengan menaiki Tren Ekspres Sinaran Selatan No. 13

3. Penumpang dari JB Sentral atau Woodlands ke Batang Melaka;
Naik Tren Ekspres Sinaran Selatan No. 12 dan turun di Stesen Gemas, kemudian dapatkan bas shuttle untuk meneruskan perjalanan ke Stesen Batang Melaka.

4. Penumpang dari Batang Melaka menuju ke KL Sentral;
Dapatkan bas shuttle ke Stesen Tampin dan meneruskan perjalanan dengan menaiki Tren Ekspres Sinaran Selatan No. 12

Kepada para penumpang yang mempunyai tiket perjalanan dari Stesen Batang Melaka ke selatan dan dari Stesen Batang Melaka ke Kuala Lumpur, pastikan kalian datang awal ke Stesen Batang Melaka bagi mendapatkan bas shuttle. Bas akan bergerak awal samada ke Stesen Gemas atau Stesen Tampin bagi mengelakkan para penumpang ketinggalan untuk menaiki keretapi.Sila dapatkan nasihat dan panduan daripada Pengurus Stesen bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Sebarang pertanya, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862 atau lawati  www.ktmb.com.my

* Tapi pada aku adalah lebih baik jika satu stesen sahaja (Stesen Tampin atau Stesen Gemas) yang menguruskan penumpang dari/ke Stesen Batang Melaka ini. Aku harap tidak banyak berlaku kekeliruan sepanjang tempoh ini.

Kalau mengikut pengalaman yang lepas-lepas, Stesen Batang Melaka memang ada penumpangnya yang tersendiri. Malah sehingga kini masih ada permintaan agar Tren Senandung Sutera membuat persinggahan di stesen ini.

Jika selama ini aku akan turun di Stesen Batang Melaka untuk pulang ke Jasin atau Asahan, nampaknya  kali ini aku akan pandu kereta balik ke kampung. Rimas rasanya nak pindah-pindah dari naik keretapi naik bas pula, banyak masalah akan timbul terutamanya pada anak-anak.......