Friday 18 May 2012

Untuk Kemudahan Semua

Bagi memudahkan orang ramai terutamanya peminat-peminat bolasepak menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala FA 2012 di antara pasukan Kuala Lumpur Sime Darby FC menentang pasukan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Mei 2012, pihak KTMB ada menyediakan perkhidmatan tambahan Tren Komuter ke Rawang, Pelabuhan Klang dan Sungai Gadut.

Pada masa aku menulis ni, aku belum tahu seandainya ada jalan-jalan menuju ke Stadium Bukit Jalil akan ditutup atau tidak. Selalunya jalan akan dibuka seperti biasa, cuma akan berlaku kesesakan sebelum dan sesudah perlawanan diadakan.

Di samping itu, pada malam yang sama akan diadakan Perarakan Citrawarna Malaysia 2012. Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup Sabtu ini bermula jam 7.30 malam sehingga tengah malam.

Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Hishamuddin (dari arah bulatan Hishamuddin), Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan, persimpangan Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Kasturi.

Turut terlibat adalah Persimpangan Jalan Medan Pasar/Jalan Tun Perak, Bulatan Datuk Onn (arah ke Jalan Tun Perak), Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan, persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Dang Wangi, persimpangan Jalan Dang Wangi/Jalan Munshi Abdullah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan Dataran Merdeka.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak melalui jalan-jalan tersebut bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 
Kalau nak senang naik KTM Komuter aje sebab keretapi tak mengalami kesesakan landasan, cuma sesak dalam tren aje. Kalau bawa kenderaan sendiri, dah lah sesak berjam-jam, nak cari tempat 'parking' pun susah. 
Sokonglah industri pelancongan di negara kita dengan menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan seperti LRT, Monorail dan yang pasti KTM Komuter. Bawa keluarga samada ke Bukit Jalil atau ke Dataran Merdeka bagi memeriahkan lagi acara-acara yang akan berlangsung.

Bagi pengguna KTM Komuter, sila dapatkan tiket perjalanan pergi-balik bagi mengelakkan kesesakan di kaunter tiket semasa balik dari ibu kota.

Sila lihat pada jadual di bawah untuk merancang perjalanan anda.



Selamat menaiki KTM Komuter.....


No comments:

Post a Comment