Saturday, 7 June 2014

Sistem Elektrik 25kV

Sistem elektrik 25kV (25,000 volt) telah disalur kepada peralatan talian atas perkeretapian di sepanjang landasan berkembar elektrik dari Sungai Petani ke Padang Besar.

Kalian adalah diingatkan supaya menjauhi kawasan berkenaan dan tidak menceroboh ke dalam kawasan yang berpagar kerana ianya amat berbahaya.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang terlibat:
 Kodiang ke Padang Besar
 Tunjang ke Kodiang
 Tokai ke Tunjang
 Gurun ke Tokai
 Sungai Petani ke Gurun

Aku ingin menasihati kalian semua supaya jangan melakukan perkara-perkara seperti di bawah ini dan patuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kalau rasa-rasanya kalian dah cukup 'kebal', minta izin dahulu dari pengurus stesen yang berdekatan untuk memasuki kawasan landasan ini.

Sungguhpun kawasan yang terlibat adalah dari Sungai Petani ke Padang Besar, harap-harapnya kawasan landasan yang lain juga harus dijauhi. Pihak kerajaan telah menyediakan jambatan, jejantas dan sebagainya untuk kegunaan dan keselesaan penduduk setempat. 

Jangan cuba nak jadi 'hero' dengan melintasi landasan keretapi kerana dikhuatiri akan berlakunya kemalangan. Jangan kerana nak jimat masa dua tiga minit, nyawa sendiri dan keluarga akan melayang. Fikir-fikirlah sendiri.....

REZEKI JANGAN DITOLAK,
MAUT JANGAN DICARI! 

Friday, 6 June 2014

Port Dickson Railway Challenge 2014

Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini. Malangnya aku rasa tarikh tutup pendaftaran dah lepas. Cuma kalian boleh beri sokongan dengan menonton pertandingan ini pada 14 dan 15 Jun 2014 nanti. Bersama-samalah kita menggalakkan pelancongan di negara kita ini.

Terkini Dari Padang Besar Ke Sungai Petani

Dalam aku menghadiri majlis-majlis perkahwinan yang banyak berlangsung ketika ini, awal pagi tadi aku telah meluangkan sedikit masa untuk meninjau kawasan pembinaan landasan berkembar elektrifikasi dari Stesen Sungai Petani hingga ke Stesen Padang Besar.

Banyak kemajuan yang aku lihat sepanjang laluan tersebut malah sistem elektrifikasi juga telah dihidupkan sehingga ke Padang Besar.
Mari kita jelajah dari stesen ke stesen dimulai dari Stesen Padang Besar.
Koc ABC akan dipastikan berada di kawasan ini bila tren berhenti
Tren kontena membawa alatganti kenderaan
 Lokomotif SRT
Ramai sekali penumpang yang beratur untuk membeli tiket
 Tren membawa alatganti kepunyaan Honda
 Info terkini dipaparkan dengan baik untuk pengetahuan penumpang
Kelihatan juga beberapa gerabak BCG kepunyaan SRT
 
 Lokomotif yang membawa aku balik ke Sungai Petani
 Kerja-kerja pendawaian masih lagi dijalankan
 Ruang untuk menyimpan troli sedang dalam pembinaan
Ini diikuti pula Stesen Bukit Ketri.
Jejambat sempadan Kedah / Perlis
Kabin sementara ini telah ditutup
Cantik dan menarik
Lintasan untuk OKU telah disiapkan
 Sistem lampu isyarat telah mula beroperasi
 Lampu isyarat yang terdapat hanya untuk landasan naik
 Kedua - dua lampu isyarat dalam keadaan 'bahaya'
 Jentera-jentera kepunyaan Balfour Beatty disimpan dalam satu sisian
 Gambar stesen dari arah selatan
Selepas Stesen Bukit Ketri adalah Stesen Arau.
Signboard Stesen Arau
 Gambaran dari arah utara
 Jejambat yang menggantikan lintasan rata berhampiran stesen
 Dalam kawasan stesen
Stesen Kodiang pula kelihatan tidak banyak perubahan.
Lagi kelihatan lampu isyarat hanya untuk landasan naik
 Stesen Kodiang dari arah selatan
 Lampu isyarat sebelah kiri telah berfungsi
Tidak jauh selepas Stesen Kodiang adalah Yad Anak Bukit diikuti Stesen Anak Bukit.
 Kabin ini telah ditutup
 Pengoperasian tren dilakukan di bangunan ini
Itu bangunan apa yer?
Berselisih dengan sebuah tren liner di Yad Anak Bukit
Shed untuk troli sudah boleh digunakan
Kawasan Yad Anak Bukit
Sebahagian sistem isyarat yang telah beroperasi
Ini disusuli pula Stesen Alor Setar.
Pandangan dari arah utara
 Signboard sementara
 Kawasan platform
Berikutnya adalah Stesen Tokai.
Kabin Tokai telah mula beroperasi
 Kabin Tokai yang lama telah ditutup
 Entering ke Yad Tokai
Menyusul selepas itu adalah Stesen Kobah.
Kawasan platform
 Jejantas keluar dari lebuhraya menuju ke Pendang
Selepas Kobah adalah Stesen Gurun.
Gambaran stesen
 Kawasan Yad Gurun
 Pandangan dari arah utara
 Pandangan dari arah selatan
Stesen Sungai Petani menjadi destinasi terakhir trip aku pada kali ini.
Pandangan dari hadapan pasar basah
 Dalam kawasan stesen
 Pandangan dari arah utara
 Sebuah tren kontena menunggu di Yad Sungai Petani
 Mat Salleh menunggu di platform untuk berselisih dengan sebuah tren kontena
 Lokomotif shunter ini mendapat tempat baru
 Pengumuman penting buat semua penumpang di Sungai Petani
 Pintu masuk stesen
 Signboard di luar stesen
Sebenarnya aku telah membeli tiket untuk terus ke Butterworth dan kembali semula ke Sungai Petani menaiki Tren No. 36 dari Butterworth ke Sungai Petani, tetapi terpaksa pulang ke rumah kerana kamera telah kehabisan bateri.

Jumpa lagi pada trip yang lain pula.