Saturday, 7 June 2014

Sistem Elektrik 25kV

Sistem elektrik 25kV (25,000 volt) telah disalur kepada peralatan talian atas perkeretapian di sepanjang landasan berkembar elektrik dari Sungai Petani ke Padang Besar.

Kalian adalah diingatkan supaya menjauhi kawasan berkenaan dan tidak menceroboh ke dalam kawasan yang berpagar kerana ianya amat berbahaya.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang terlibat:
 Kodiang ke Padang Besar
 Tunjang ke Kodiang
 Tokai ke Tunjang
 Gurun ke Tokai
 Sungai Petani ke Gurun

Aku ingin menasihati kalian semua supaya jangan melakukan perkara-perkara seperti di bawah ini dan patuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kalau rasa-rasanya kalian dah cukup 'kebal', minta izin dahulu dari pengurus stesen yang berdekatan untuk memasuki kawasan landasan ini.

Sungguhpun kawasan yang terlibat adalah dari Sungai Petani ke Padang Besar, harap-harapnya kawasan landasan yang lain juga harus dijauhi. Pihak kerajaan telah menyediakan jambatan, jejantas dan sebagainya untuk kegunaan dan keselesaan penduduk setempat. 

Jangan cuba nak jadi 'hero' dengan melintasi landasan keretapi kerana dikhuatiri akan berlakunya kemalangan. Jangan kerana nak jimat masa dua tiga minit, nyawa sendiri dan keluarga akan melayang. Fikir-fikirlah sendiri.....

REZEKI JANGAN DITOLAK,
MAUT JANGAN DICARI! 

No comments:

Post a Comment