Dalam kerinduan ini
Ku menatap gambar wajahmu di ruang kamar
Rintihan asmara kau dan aku
Kini tinggal memori yang menghiris di kalbu
Duhai bayu
Sampaikan salam pada dirinya
Nyatakan betapa pilu perpisahan
Semua ku redhai
Dalam tangisan yang syahdu
Kau mendustai percintaan diriku
Setelah aku memberi segala galanya
Pengorbananku dikau persiakan
Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadi kehidupan ku tidak menentu
Keretakkan bak dihempas kaca oh mengapa
Ku masih merindui mu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya
Ku masih menyintaimu
Hingga ke akhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Izinku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dari ku
(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Saturday, 15 October 2011
Sejarah Landasan Melaka - Pulau Sebang
Menjelang tahun 1894 Semenanjung Tanah Melayu mempunyai keretapinya sendiri yang beroperasi di Perak, Selangor dan Sungei Ujong. Di tanah jajahan Inggeris di Melaka, tiada pembinaan jalan keretapi tetapi sebuah syarikat iaitu Grassi Brothers memohon kebenaran untuk membina keretapi di Melaka tetapi tiada kemajuan selanjutnya dilaporkan.
Dalam masa yang sama pembangunan pada jalanraya yang rosak antara Melaka dan Sungei Ujong telah mengganggu perjalanan kereta lembu, di antara sempadan terutamanya ketika musim hujan yang mana telah menimbulkan ketidakselesaan kepada peladang – peladang di kedua – dua sempadan. Keadaan bertambah teruk apabila dikenakan bayaran tol kepada kereta lembu yang menggunakan Jalan Linggi, termasuk perintah menggunakan roda lebih besar pada kereta lembu.
Akhbar Singapore Free Press pada 26 Februari 1895 menyatakan bahawa tindakan Negeri Sembilan telah menyebabkan pengguna – pengguna kereta lembu beralih menggunakan Keretapi Sungei Ujong.
Akhirnya, Syarikat Grassi Brothers telah mendapat konsesi tanah dan kebenaran untuk membina sistem keretapi. Mereka telah membuat kajian dan menyatakan bahawa sistem keretapi boleh dibina atas tanah rata tanpa perlu membuat tambakan tetapi hanya perlu membuat pemotongan yang kecil. Mereka yakin dengan cara ini adalah lebih mudah untuk menyelenggarakan landasan keretapi.
Menjelang tahun 1898 mereka cuba mendapatkan tambahan peruntukan tetapi sebaliknya hanya $60,000 jumlah saham yang ditawarkan telah diambil orang Cina tempatan, yang lain – lainnya tidak berminat.
Dalam masa yang sama, orang tempatan di tanah jajahan ini terutamanya pada peladang dan pedagang dari Melaka mendapati terdapatnya peningkatan trafik di laluan ini dan telah membuat petisyen kepada Kerajaan jajahan meminta untuk membina laluan keretapi yang pembinaannya adalah sesuatu yang wajar memandangkan jumlah trafik yang meningkat dan pengangkutan jalanraya yang sedia ada adalah lambat dan mahal.
Mereka membuat jangkaan bahawa laluan ini boleh diperluaskan sehingga ke laluan cawangan di Negeri – Negeri Melayu sehingga ke Kuala Pilah (sebagaimana yang dirancangkan). Mereka juga menjangkakan bahawa laluan Melaka mempunyai prospek yang jauh lebih baik dari segi kewangan berbanding dengan negeri – negeri yang lain, yang mana sebahagiannya dibina di kawasan yang tidak mempunyai penduduk. Tiada kejayaan selanjutnya sehinggalah selepas penghujung abad.
Pada masa itu juga Kerajaan Melayu Bersekutu telah melancarkan Keretapi Kerajaan Melayu Bersekutu iaitu perkhidmatan terus dan juga perkhidmatan – perkhidmatan tren dari Prai di utara dan seterusnya ke Seremban serta Port Dickson. Laluan dari Seremban telah diperluaskan ke selatan sehingga ke Tampin yang sepatutnya dibina sehingga ke Kuala Pilah sebagaimana yang dirancang sebelum ini. Laluan persendirian antara Seremban dan Port Dickson, yang dikenali sebagai Keretapi Sungei Ujong telah beroperasi sejak 28 Julai 1891.
Ketika perkhidmatan terus ke Seremban sedang dirancang, rundingan diadakan dengan Kerajaan Jajahan Singapura untuk meneruskan perkhidmatan keretapi sebagai laluan cawangan ke Melaka. Satu perjanjian rasmi telah ditandatangani pada 15 Disember 1903 antara Residen Jeneral Kerajaan Negeri – Negeri Melayu Bersekutu untuk membelinya. Laluan keretapi sejauh 21¼ batu dibina oleh Jabatan Keretapi Kerajaan Melayu Bersekutu untuk Kerajaan Melayu Bersekutu dan kemudiannya dibeli oleh Kerajaan Melayu Bersekutu dari Kerajaan Negeri – Negeri Selat.
Stesen Keretapi Melaka terletak di satu kawasan yang dikenali sebagai Kubu (tapak Stadium Kubu yang kini dikenali dengan nama Stadium Hang Tuah. Berdekatan dengan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Pay Fong).
Lapisan tanah yang pertama dipotong bagi laluan yang dikenali sebagai Keretapi Melaka – Pulau Sebang ini telah dilakukan pada 9 Jun 1904 dan pemasangan lapisan besi mula dibuat pada Oktober 1904. Laluan ke Tampin dibuka pada Julai 1905 dan laluan ke Melaka dibuka pada Disember 1905. Ianya kemudian dikenali sebagai Landasan Melaka.
Mr G. W Fryer, Jurutera Landasan Melaka – Pulau Sebang dalam laporan bertarikh 14 Jun 1905 melaporkan terdapat 89 jambatan dan pembentung di sepanjang landasan ini dengan 85 daripada telah siap dibina. Dalam laporan bertarikh17 Ogos 1905 pula, beliau telah memaklumkan bahawa kerja – kerja tanah sudah hampir selesai, kecuali kerja – kerja yang melibatkan pembinaan landasan di Yad Stesen Melaka. Semua jambatan dan pembentung telah siap kecuali sebuah jambatan sepanjang 20 kaki yang terpaksa dikemaskan semula bagi mengelakan rosak akibat banjir. Landasan utama telah disambungkan sepenuhnya. Pagar telah didirikan di kiri dan kanan landasan sehingga 17 batu landasan. Dua lintasan rata juga telah siap dibina. Lencongan jalanraya dan pemasangan tiang telegraf elektrik sudah siap, dan bangunan semua stesen hampir siap dibina.
Landasan Cawangan Melaka bercawang dari Landasan Ibu di Stesen Tampin. Panjang landasan ini adalah 21¼ batu atau 32.4 kilometer. Mempunyai stesen dan perhentian seperti berikut:
BATU STESEN /PERHENTIAN
0 Stesen Tampin
3¼ Perhentian Tanjung Rimau
4½ Stesen Gadek
7½ Stesen Alor Gajah
9 Perhentian Melaka Pindah
11 Stesen Belimbing
12½ Perhentian Belimbing Dalam
14½ Stesen Durian Tunggal
17¾ Stesen Batu Berendam
21¼ Stesen Bandar Melaka
Jabatan Keretapi Kerajaan Melayu Bersekutu telah mengambil alih landasan ini pada September 1905 pada kos $1,414,218. Landasan ini telah dibuka kepada trafik secara rasminya pada 1 Disember 1905 dan pendapatan hasil jualan tiket pada bulan Disember adalah sebanyak $17,000, sesuatu yang diluar jangkaan semua orang. Landasan ini menjanjikan masa depan yang sangat baik.
Landasan ini telah memberikan perkhidmatan untuk tren – tren penumpang dan juga tren – tren barang. Para penumpang yang menaiki keretapi dari Melaka pada jam 1 tengahari akan tiba di Pulau Pinang pada jam 6.21 pagi hari berikutnya, berbanding mengambil masa dua atau tiga hari jika menaiki kapal stim. Penumpang dari Singapura akan tiba dengan bot di Melaka akan menaiki tren pada jam 6.30 pagi dan akan tiba di Seremban pada jam 9.05 pagi dan Kuala Lumpur pada jam 11,12 pagi.
Semasa pendudukan Jepun, landasan ini telah dibongkar untuk dibawa ke Myanmar bagi tujuan pembinaan Jalan Keretapi Maut Siam. Setamat perang, tiada rancangan untuk membina semula landasan dari Tampin ke Melaka kerana keadaan jalanraya pada waktu itu sudah semakin baik.
Sungguhpun begitu Stesen Keretapi Melaka masih berfungsi untuk menguruskan barang – barang. Difahamkan sewaktu masa puncak dalam tahun 1965 terdapat sebanyak 90 buah gerabak yang penuh dengan muatan menanti untuk dipunggah untuk dibawa ke Melaka dengan menggunakan 14 atau 15 buah lori. Akhirnya kawasan tersebut diserahkan kepada Kerajaan bagi tujuan pembangunan.
Terdapat perancangan untuk membina landasan terus ke Loji Petronas di Tanjung Kling. Tetapi tiada perkembangan yang membanggakan.
Pihak KTMB juga sedang menjalankan kajian yang serius atas permintaan Kerajaan Negeri Melaka untuk membuka semula laluan keretapi dari Tampin/Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka melalui program landasan berkembar elektrik. Pada dasarnya pihak KTM bersetuju untuk membina landasan keretapi elektrik ke Melaka sehingga Batu Berendam sahaja. Laluannya dari Pulau Sebang melalui Kampung Arongan, Tanjung Rimau, Gadek, Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka Pindah, Durian Tunggal, Kampung Gangsa dan berakhir di Batu Berendam berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).
Kerajaan negeri Melaka lebih tertarik jika landasan ini dapat dipanjangkan sehingga Melaka Sentral. KTM tidak mempunyai masalah untuk memanjangkan landasan ke Melaka Sentral sejauh 5 kilometer lagi dari Batu Berendam asalkan pihak kerajaan negeri dapat menyelesai isu pengambilan tanah yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi antara Batu Berendam ke Melaka Sentral, sistem jalan raya yang sedia ada perlu diubah suai. Laluan antara Tampin/Pulau Sebang ke Batu Berendam tidak menghadapi masalah kerana tanah-tanah itu merupakan tanah rizeb KTM dan penduduk sepanjang bekas laluan keretapi itu tahu status tanah yang didudukinya itu merupakan Tanah TOL. Projek ini jika diluluskan Kerajaan Pusat akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Kerja-kerja mengukur tanah bekas jalan keretapi lama antara Pulau Sebang dan Bandaraya Melaka sudah dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Tren KTM Komuter Dan Jajarannya (Kelas 83)
Wednesday, 12 October 2011
Pesanan Keselamatan Untuk Semua
Pesanan Keselamatan Untuk Semua
Situasi Pertama
Pesanan Keselamatan: Jangan berhenti di jalan sunyi walaupun nampak barang berharga seperti 'Handphone' kerana taktik ni semakin berleluasa!!! Pesanan dikongsi oleh mangsa.......
Situasi Kedua
Jika anda memandu di waktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam jangan on wiper atau pancut air. Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat hingga tiba di tempat selamat. Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan kita yang akan memaksa kita berhenti. Di situlah kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yang digunakan perompak dijalanan.
Situasi Ketiga
Kisah nya, ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak. Sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar, seorang pekerja kat situ buat pengumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit. Pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar, tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun. Jadi perempuan tu bagi tau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik. Tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk ke dalam stesen minyak. Perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam. Sebaik aje dia masuk kat dalam dia mula marah kat pekerja tu. Lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagi tau hal sebenarnya... nak tau apa? Sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak, pekerja tu nampak ada seorang lelaki menyelinap masuk ke tempat duduk belakang kereta perempuan tu.
Ketiga2 situasi tersebut selalu sangat di post dekat mana2 wall facebook & juga menjadi entri beberapa blog. Ada yang mengatakan ianya sumber dari PDRM dan ada juga yang mengatakan sumber dari mangsa kejadian sendiri. Walaubagaimanapun, untuk kebaikan rasanya tidak salah sekiranya kita berhati2 kan? Tidak kisahlah sumber daripada mana atau hanya rekaan semata2, adalah lebih baik untuk berwaspada.
mencegah lebih baik daripada mengubati
dipetik daripada http://www.eelobor.com/
Monday, 10 October 2011
Perlawanan Antarabangsa Pertama Di Stadium AMEX
Stadium Komuniti American Express akan menjadi tuan rumah perlawanan bolasepak antarabangsanya yang pertama apabila pasukan England Bawah-19 Tahun akan menentang pasukan Denmark Bawah-19 Tahun dalam perlawanan persahabatan pada 10 November 2011.
Perlawanan tersebut adalah yang pertama buat England di tempat sendiri sejak bulan Februari 2011.

Subscribe to:
Posts (Atom)