Wednesday 12 October 2011

Pesanan Keselamatan Untuk Semua

Pesanan Keselamatan Untuk Semua




Situasi Pertama

Pesanan Keselamatan: Jangan berhenti di jalan sunyi walaupun nampak barang berharga seperti 'Handphone' kerana taktik ni semakin berleluasa!!! Pesanan dikongsi oleh mangsa.......

Situasi Kedua
Jika anda memandu di waktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam jangan on wiper atau pancut air. Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat hingga tiba di tempat selamat. Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan kita yang akan memaksa kita berhenti. Di situlah kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yang digunakan perompak dijalanan.

Situasi Ketiga
Kisah nya, ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak. Sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar, seorang pekerja kat situ buat pengumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit. Pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar, tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun. Jadi perempuan tu bagi tau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik. Tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk ke dalam stesen minyak. Perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam. Sebaik aje dia masuk kat dalam dia mula marah kat pekerja tu. Lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagi tau hal sebenarnya... nak tau apa? Sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak, pekerja tu nampak ada seorang lelaki menyelinap masuk ke tempat duduk belakang kereta perempuan tu.

Ketiga2 situasi tersebut selalu sangat di post dekat mana2 wall facebook & juga menjadi entri beberapa blog. Ada yang mengatakan ianya sumber dari PDRM dan ada juga yang mengatakan sumber dari mangsa kejadian sendiri. Walaubagaimanapun, untuk kebaikan rasanya tidak salah sekiranya kita berhati2 kan? Tidak kisahlah sumber daripada mana atau hanya rekaan semata2, adalah lebih baik untuk berwaspada.

mencegah lebih baik daripada mengubati

dipetik daripada http://www.eelobor.com/

No comments:

Post a Comment