Wednesday 24 August 2011

Senja Berulang Senja

Senja berulang rindu
Dan ku sebut namamu
Dalam suara yang bisu
Engkaukah itu

Dan ku ulang kembali
Sewaktu dalam sunyi
Nyanyian kata hati
Rindukah itu

Biarkan kemesraan berlalu
bersama kesunyian yang padu
Akan ku sebut namamu selalu
Namun ada rindu yang lebih dari itu

Kasih di mana janji
Dan kau teruskah lari
Dari ku yang menati
Engkau kah itu

Brighton..1 Sunderland..0

Brighton melangkah ke Pusingan ketiga Piala Carling dengan begitu bergaya sekali selepas menumpaskan Sunderland 1 - 0 di Stadium Amex, awal pagi tadi.

Perlawanan ini yang berlanjutan sehingga ke masa tambahan setelah terikat seri 0 - 0 pada 90 minit perlawanan. Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Craig Mackail-Smint menerusi satu tandukan cantik pada minit ke 96, bola hantaran dari Alan Navarro.

Jumlah penonton adalah 17,019 di mana 1,023 orang daripadanya adalah penyokong pasukan Sunderland.

Perlawanan seterusnya adalah pada 27 Ogos 2011 menentang Peterbrough United di laman sendiri.

TEAMS

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer (Vincelot 46 ((Taricco 76)), Dunk, Painter; Noone, Navarro, Bridcutt, Harley (LuaLua 88); Barnes, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Sparrow, Dicker, Barker.

Sunderland: (4-5-1) Westwood; Elmohamady, Brown, Ferdinand, Richardson; Larsson, Cattermole (Wickham 53), Gardner (Gyan 108), Colback, Vaughan (Ji 83); Sessegnon. Pemain simpanan yang lain: Mignolet (GK), Bramble, Cook, Laing.

Monday 22 August 2011

Koc 1Rakyat

Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita bersama - sama merebut peluang untuk menaiki Tren ETS perjalanan KL - Ipoh / Ipoh - KL dengar kadar tambang hanya RM16.00 sahaja.

Sebanyak 64,800 tempat duduk ditawarkan kepada orang ramai untuk direbut sehingga Disember 2011 nanti.

Kalau kalian tak rebut peluang ini, rugilah... sebab bukan selalu ETS nak buat tawaran seperti ini.

Bersabarlah Sayang

Sebak aku bila dengar lagu raya pagi ini. Lagu yang bertajuk 'Bersabarlah Sayang' dendangan Sanisah Huri benar - benar membuatkan fikiran aku melayang jauh ke zaman yang silam.

Untuk kalian aku perturunkan lirik lagu tersebut...

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Trofi Johnstone's Paint

Salam Sejahtera.

Setelah dinaikkan ke Liga Kejuaraan, pasukan Brighton tidak lagi bertanding dalam Trofi Johnstone's Paint musim ini. Pertandingan ini hanya terbuka untuk kelab - kelab yang bertanding dalam npower Liga 1 dan npower Liga 2.

Berikut adalah undian Pusingan Pertama Trofi Johnstone's Paint: -

Wilayah Utara
Accrington Stanley lwn Carlisle United
Bradford City lwn Sheffield Wednesday
Burton Albion lwn Sheffield United
Bury lwn Crewe Alexandra
Northampton Town lwn Huddersfield Town
Scunthorpe United lwn Hartlepool United
Tranmere Rovers lwn Port Vale
Walsall lwn Shrewsbury Town

Wilayah Selatan
AFC Bournemouth lwn Hereford United
Cheltenham Town lwn Torquay United
Colchester United lwn Barnet
Exeter City lwn Plymouth Argyle
Leyton Orient lwn Dagenham & Redbridge
Milton Keynes Dons lwn Brentford
Southend United lwn Crawley Town
Wycombe Wanderers lwn Bristol Rovers

Perlawanan akan berlangsung pada minggu bermula 29 Ogos 2011.

Sunday 21 August 2011

Selamat Tinggal Bungaku

Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku

Ke timur dan ke utara
Tak tentu mana nak tujukan
Bersiram airmata
Dititiskan dibuang jangan

Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di balik awan
Salam yang bahagia
Khabar yang gembira ku kirimkan

Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesanan ku
Jaga baik diri sendiri

Brighton..2 Blackpool..2

Nasib malang menimpa pasukan Brighton apabila sekadar mampu seri 2 - 2 dengan pasukan Blackpool dalam perlawanan Liga Kejuaraan di Stadium Amex, malam tadi.

Walaupun pada awalnya mendahului 2 - 0, tetapi barisan pertahanan Brighton gagal untuk mengekang penyerang Blackpool daripada terus mengasak kawasan penalti dan seterusnya menghasilkan gol.

Brighton mendapat gol pertama pada minit ke 29 menerusi Craig Mackail-Smith sebelum Ashley Barnes menambah satu lagi gol pada minit ke 50. Blackpool merapatkan jurang pada minit ke 60 menerusi tandukan Kevin Philips dan seterusnya menyamakan kedudukan 2 - 2 pada minit - minit akhir perlawanan oleh jaringan hebat Kevin Phillips.

Dengan keputusan seri ini, pasukan Brighton kini menduduki di tangga ke tiga liga dengan mengumpulkan 10 mata daripada 4 perlawanan di belakang Southampton dan Derby County yang memungut 12 mata penuh daripada 4 perlawanan.

Seramai 19,494 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang menarik pada separuh masa pertama tetapi bertukar menjadi hambar pada lewat separuh masa kedua.

Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah menentang pasukan Sunderland di Stadium Amex dalam saingan pusingan kedua Piala Carling. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 23 Ogos 2011.

TEAMS

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter; Vincelot, Dicker (Navarro 80), Bridcutt, Noone (LuaLua 62); Barnes, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Cook, Sparrow.

Blackpool: (4-4-2) Gilks; Crainey, Evatt, Baptiste, Basham (Eardley 58); M Phillips (Sutherland 58), Ferguson, Clarke (Ormerod 58), Southern; K Phillips, Taylor-Fletcher. Pemain simpanan yang lain: Halstead (GK), Hill.