Sunday 21 August 2011

Brighton..2 Blackpool..2

Nasib malang menimpa pasukan Brighton apabila sekadar mampu seri 2 - 2 dengan pasukan Blackpool dalam perlawanan Liga Kejuaraan di Stadium Amex, malam tadi.

Walaupun pada awalnya mendahului 2 - 0, tetapi barisan pertahanan Brighton gagal untuk mengekang penyerang Blackpool daripada terus mengasak kawasan penalti dan seterusnya menghasilkan gol.

Brighton mendapat gol pertama pada minit ke 29 menerusi Craig Mackail-Smith sebelum Ashley Barnes menambah satu lagi gol pada minit ke 50. Blackpool merapatkan jurang pada minit ke 60 menerusi tandukan Kevin Philips dan seterusnya menyamakan kedudukan 2 - 2 pada minit - minit akhir perlawanan oleh jaringan hebat Kevin Phillips.

Dengan keputusan seri ini, pasukan Brighton kini menduduki di tangga ke tiga liga dengan mengumpulkan 10 mata daripada 4 perlawanan di belakang Southampton dan Derby County yang memungut 12 mata penuh daripada 4 perlawanan.

Seramai 19,494 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang menarik pada separuh masa pertama tetapi bertukar menjadi hambar pada lewat separuh masa kedua.

Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah menentang pasukan Sunderland di Stadium Amex dalam saingan pusingan kedua Piala Carling. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 23 Ogos 2011.

TEAMS

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter; Vincelot, Dicker (Navarro 80), Bridcutt, Noone (LuaLua 62); Barnes, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Cook, Sparrow.

Blackpool: (4-4-2) Gilks; Crainey, Evatt, Baptiste, Basham (Eardley 58); M Phillips (Sutherland 58), Ferguson, Clarke (Ormerod 58), Southern; K Phillips, Taylor-Fletcher. Pemain simpanan yang lain: Halstead (GK), Hill.

No comments:

Post a Comment