Saturday, 21 May 2011

Dua Stesen Di Jajaran Pantai Timur Ditutup

Dalam keghairahan pengguna keretapi di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mendapat dua sahabat baru iaitu Stesen Sungai Gadut dan Perhentian Senawang, aku mendapat khabar yang kurang enak iaitu dua buah stesen di Jajaran Pantai Timur telah ditutup.

Ditutup di sini bermaksud tiada lagi staf KTMB yang akan bertugas di kedua - dua buah stesen berkenaan dan walaupun tren - tren tempatan/shuttle masih berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang, tiada tiket akan dijual di stesen - stesen berkenaan. Para penumpang yang naik dari stesen - stesen tersebut akan membeli tiket di dalam koc daripada pemeriksa tiket.

Kedua - dua buah stesen yang dimaksudkan itu adalah Stesen Padang Tungku di Pahang dan Stesen Limau Kasturi di Kelantan.

Stesen Padang Tungku
Stesen Limau Kasturi
Kedua - dua stesen ini telah banyak memberikan jasa bakti mereka kepada penduduk setempat dan penutupannya tidak bermakna tiada lagi penumpang yang naik atau turun di stesen - stesen tersebut.

Mungkin pihak KTMB mempunyai rancangan tersendiri di sebalik penutupan Stesen Padang Tungku dan Stesen Limau Kasturi ini. Apa yang aku harapkan agar tiada lagi stesen - stesen akan ditutup selepas ini. Antara stesen yang telah ditutup sebelum ini adalah Stesen Malim Nawar, Stesen Trolak, Stesen Tebong, Stesen Sedenak dan banyak lagi.

Dan sewaktu aku balik dari Arau minggu lepas, aku dapat lihat landasan gegelung untuk Stesen Kodiang telah pun disiapkan. Begitu juga keadaannya di kawasan Stesen Sungai Petani Freight. Ada juga beberapa landasan gegelung dan sisian buntu baru yang dapat aku lihat, tapi aku tak dapat nak agak di kawasan mana.

Tunggulah minggu depan semasa cuti sekolah nanti, aku akan bercuti panjang, tahulah apa aku nak buat........

Hari Kesepuluh Di Puerto Princesa

Pejam celik, tidur bangun.. sedar tak sedar aku dah sepuluh hari di Bandaraya Puerto Princesa. Selama itu juga aku berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan. Memang aku tak lupa dengan mereka kerana aku kerap menelefon dan bersembang menggunakan Facebook, tapi keseronokannya tak sama.

Aku akan ke lapangan terbang untuk menempah tiket balik... Mula-mula nak tiket ke Manila dan kemudian ke Kota Kinabalu. Tiada perkhidmatan terus dari Puerto Princesa ke Kota Kinabalu. Untuk penerbangan Puerto Princesa ke Manila pun kena ikut giliran.

Lepas dapat tiket, nak pegi mana pulak? Dah tak larat nak jalan-jalan... jom balik tidor....

Hari Kesembilan Di Puerto Princesa

Hujan lebat dari awal pagi menyebabkan aku lebih banyak berkurung dalam bilik sambil membaca akhbar-akhbar harian yang dibeli semalam dan beberapa hari yang lalu.

Sebelah petang bila hujan dah reda, aku mula bersiap untuk kembali 'melakukan rondaan'. Sasaran aku pada petang itu adalah sekitar taman berhampiran Pelabuhan Puerto Princesa. Ianya dikenali sebagai 'Baywalk Bay-Bay'.

Sewaktu berjalan kaki menuju ke arah pelabuhan sayup-sayup kelihatan sebuah patung yang agak besar, terletak dekat dengan salah sebuah gereja yang besar di pulau ini.

Selepas belok punya belok, jenguk punya jenguk, masuk lorong, keluar lorong.... akhirnya aku sampai dengan dengan patung tu. Rupa-rupanya patung itu adalah sebuah tugu.

Ini adalah Tugu Peringatan Dr. Jose P. Rizal
Dr Jose P Rizal dikenang oleh seluruh warga Filipina kerana jasanya dan dianggap sebagai seorang pahlawan negara. Serba sedikit latar belakang tentang Dr Jose P Rizal boleh diperolehi di sini.
Sedikit keterangan tentang Dr Jose P Rizal
Kemudian aku meneruskan 'rondaan' menuju ke Baywalk Bay-Bay yang sangat luas dan dikunjungi oleh ramai orang. Jika kalian nak ronda-ronda dari hujung ke hujung, kalian boleh sewa basikal dengan harga cuma RM2.. tak kira berapa jam.

Jalan masuk ke Baywalk Bay-Bay
Tapi agak malang juga buat aku kerana tidak lama selepas tiba di tepian pantai berhampiran siarkaki itu, tiba-tiba seluruh kawasan itu terputus bekalan elektrik.

Lama juga aku dan pengunjung yang lain menunggu akan kehadiran semula elektrik. Dalam masa menunggu tu, dalam kegelapan malam, aku terpandang akan sebuah tugu yang terletak di gigi air. Nak pergi dekat, air laut sedang pasang. Mahu tak mahu, aku ambil gambar ini untuk buat kenang-kenangan.
Aku tak pasti tugu apakah ini. Selepas menemubual beberapa orang tempatan, akhirnya aku tahu ini adalah Tugu Princesa ng BayBay. Tapi aku tak dapat tahu dengan lebih lengkap siapa Princesa ng BayBay nie.

Setelah puas menunggu kemunculan bekalan elektrik yang tak kunjung tiba, akhirnya aku mengambil keputusan untuk balik berehat kat bilik penginapan. Harap-harap kat hotel tu ada bekalan eletrik la....

Monday, 16 May 2011

Komuter Meluncur Laju Ke Sungai Gadut

Sempena dengan Larian Promosi KTM Komuter antara Seremban - Sungai Gadut - Seremban, KTMB telah bermurah hati untuk memberikan tiket-tiket percuma bagi laluan tersebut mulai 14 Mei 2011 sehingga 20 Mei 2011.

Cantik juga tiket tu, tapi aku lupa nak ambil satu dan simpan untuk kenang-kenangan tiket yang berwarna hijau tu!

Dalam tinjauan aku semalam (15 Mei 2011), ramai juga penumpang yang naik dari Sungai Gadut atau Senawang. Mereka sekadar ingin mencuba perjalanan baru ini. Ada juga penumpang yang naik untuk menuju ke destinasi masing-masing kerana tren komuter itu akan meneruskan perjalanan ke Rawang. Untuk pengetahuan kalian, kini tren-tren komuter menuju ke Rawang dilarikan terus dari Sungai Gadut.

Untuk mendapatkan jadual perjalanan KTM Komuter yang terkini, sila klik di sini.

Banner Promosi Percuma
Pintu Masuk Stesen Sungai Gadut
Satu poster yang kelihatan di tingkat bawah stesen
Info pergerakan tren
Suasana dalam koc wanita
Komuter dah tiba di Seremban
Tren bergerak meninggalkan Seremban menuju ke Rawang
Dengan adanya perkhidmatan komuter terus ke Sungai Gadut, aku harap lalulintas di Seremban dapat dikurangkan. Khabarnya ramai penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren di sebelah pagi dan petang.

Aku tumpang gembira, sama seperti kegembiraan yang dirasai oleh keluarga aku semalam. Diharapkan lebih ramai yang akan menjadi lebih gembira dengan adanya perkhidmatan komuter dari Sungai Gadut ini.