Saturday, 21 May 2011

Hari Kesembilan Di Puerto Princesa

Hujan lebat dari awal pagi menyebabkan aku lebih banyak berkurung dalam bilik sambil membaca akhbar-akhbar harian yang dibeli semalam dan beberapa hari yang lalu.

Sebelah petang bila hujan dah reda, aku mula bersiap untuk kembali 'melakukan rondaan'. Sasaran aku pada petang itu adalah sekitar taman berhampiran Pelabuhan Puerto Princesa. Ianya dikenali sebagai 'Baywalk Bay-Bay'.

Sewaktu berjalan kaki menuju ke arah pelabuhan sayup-sayup kelihatan sebuah patung yang agak besar, terletak dekat dengan salah sebuah gereja yang besar di pulau ini.

Selepas belok punya belok, jenguk punya jenguk, masuk lorong, keluar lorong.... akhirnya aku sampai dengan dengan patung tu. Rupa-rupanya patung itu adalah sebuah tugu.

Ini adalah Tugu Peringatan Dr. Jose P. Rizal
Dr Jose P Rizal dikenang oleh seluruh warga Filipina kerana jasanya dan dianggap sebagai seorang pahlawan negara. Serba sedikit latar belakang tentang Dr Jose P Rizal boleh diperolehi di sini.
Sedikit keterangan tentang Dr Jose P Rizal
Kemudian aku meneruskan 'rondaan' menuju ke Baywalk Bay-Bay yang sangat luas dan dikunjungi oleh ramai orang. Jika kalian nak ronda-ronda dari hujung ke hujung, kalian boleh sewa basikal dengan harga cuma RM2.. tak kira berapa jam.

Jalan masuk ke Baywalk Bay-Bay
Tapi agak malang juga buat aku kerana tidak lama selepas tiba di tepian pantai berhampiran siarkaki itu, tiba-tiba seluruh kawasan itu terputus bekalan elektrik.

Lama juga aku dan pengunjung yang lain menunggu akan kehadiran semula elektrik. Dalam masa menunggu tu, dalam kegelapan malam, aku terpandang akan sebuah tugu yang terletak di gigi air. Nak pergi dekat, air laut sedang pasang. Mahu tak mahu, aku ambil gambar ini untuk buat kenang-kenangan.
Aku tak pasti tugu apakah ini. Selepas menemubual beberapa orang tempatan, akhirnya aku tahu ini adalah Tugu Princesa ng BayBay. Tapi aku tak dapat tahu dengan lebih lengkap siapa Princesa ng BayBay nie.

Setelah puas menunggu kemunculan bekalan elektrik yang tak kunjung tiba, akhirnya aku mengambil keputusan untuk balik berehat kat bilik penginapan. Harap-harap kat hotel tu ada bekalan eletrik la....

No comments:

Post a Comment