Cantik juga tiket tu, tapi aku lupa nak ambil satu dan simpan untuk kenang-kenangan tiket yang berwarna hijau tu!
Dalam tinjauan aku semalam (15 Mei 2011), ramai juga penumpang yang naik dari Sungai Gadut atau Senawang. Mereka sekadar ingin mencuba perjalanan baru ini. Ada juga penumpang yang naik untuk menuju ke destinasi masing-masing kerana tren komuter itu akan meneruskan perjalanan ke Rawang. Untuk pengetahuan kalian, kini tren-tren komuter menuju ke Rawang dilarikan terus dari Sungai Gadut.
Untuk mendapatkan jadual perjalanan KTM Komuter yang terkini, sila klik di sini.
Banner Promosi Percuma
Dengan adanya perkhidmatan komuter terus ke Sungai Gadut, aku harap lalulintas di Seremban dapat dikurangkan. Khabarnya ramai penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren di sebelah pagi dan petang.Aku tumpang gembira, sama seperti kegembiraan yang dirasai oleh keluarga aku semalam. Diharapkan lebih ramai yang akan menjadi lebih gembira dengan adanya perkhidmatan komuter dari Sungai Gadut ini.
No comments:
Post a Comment