Tuesday, 14 May 2013

Sayu Pilu Kalbu Merana

mengapakah
hati pilu
mengapakah
sedih terlalu...
sayu pilu
kalbu merana
mengapa derita
di dalam dunia
batin pedih
yatim merana
ke mana kau pergi
menghilangkan diri
meratap merindu
menangis memilu
murung dan duka
dunia gelita
kelam suram
padam pelita
meninggalkan cahaya
di alam kecewa

Sunday, 12 May 2013

Kunjungan Penuntut UITM Puncak Alam

Bertempat di Teratak Bait Al-Amin pada 10 dan 11 Mei 2013, seramai 30 penuntut dari UiTM Puncak Alam, Selangor telah berkampung bagi mengadakan program 'Lets Be Healthy And Happy'.

Kita ikuti sebahagian daripada aktiviti yang telah diadakan pada kedua-dua hari tersebut.

Hari Pertama (10 Mei 2013)
Makan tengahari bersama Anak-Anak Bait Al-Amin
 Menjamu selera sambil beramah mesra
 Anak-anak sedang mengikuti Modul 1 - Tak Kenal Maka Tak Sayang
 Seronok nampak...
 Modul 2 berupa Sukaneka
 Kenapa peluk tiang kak oii?
 Acara Sukaneka sedang berlangsung dengan sengit
 Makan satu aje tau
 Tonton video best
 Kakak Meira yang sentiasa ceria
 Pemenang Modul 3 - Roket 'Dirimu Begitu Berharga'
'Roket-roket' yang telah direkacipta oleh anak-anak Bait Al-Amin
 Saja suka-suka
Hari Kedua (11 Mei 2013)
 Orang dapur yang telah berkerja keras dalam menyediakan sajian sepanjang program diadakan. Yang bertudung ungu itu adalah ketuanya yang dipanggil Mak, yang baju merah tu adalah Kak Ton dan adik lelaki itu bernama Hamdan
 Acara Senamrobik yang meriangkan
 Angkat kak jangan tak angkat
 Bersarapan pagi dengan nasi lemak yang enak
Kakak yang tengah tu makan kuih aje
 Anak-anak setia menanti acara seterusnya
 Kat mana aku ada, pastinya kakak ni pun ada sama
 Kakak ni tertidur sebab dah kenyang makan sepotong kuih
 Pameran kesihatan turut diadakan
 Pemeriksaan gigi oleh Dr Vengedes
 Pemeriksaan kesihatan
 Lagi pameran yang diadakan
 Ada banyak info yang dipamerkan
 Adik tu tengah jawap silangkata sambil dibantu oleh kakak-kakaknya
 Cenderahati dari pihak kesihatan
 Majlis Penutup
Makan lagi sebelum balik
 Pak Tam sedang membungkus bihun goreng untuk dibuat bekal oleh para penuntut UITM Puncak Alam
 Janganlah sedih kakak.....
 Selamat Jalan dan jumpa lagi pada lain kesempatan
Terima kasih kepada semua penuntut OHB55B Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan UITM Puncak Alam dengan Saudara Farhan Adri sebagai Pengarah Program ini, di atas kesudian kalian untuk berkunjung ke Teratak Bait Al-Amin ini.
Ada masa kita berjumpa lagi.