(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Saturday, 8 October 2011
England Layak Ke EURO 2012
Bulan lepas Sepanyol yang juga juara bertahan bersama - sama bekas pemenang Kejohanan Eropah iaitu Itali, Belanda dan Jerman mengesahkan tempat ke pusingan akhir menyertai tuan rumah bersama Poland dan Ukraine.
England telah menamatkan kesemua lapan perlawanan peringkat kelayakan dan berikut adalah kedudukan semasa dalam Kumpulan G.
Peristiwa Semalam
apa salahnya
kau bahagiakan hidupku
tiada gunanya kau menyesali
penderitaan di akhir hayat
andai kau ada yang lain
dalam hidupmu
tak perlu kau mencari aku
pergilah dan teruskan bersamanya
biarku sendiri membawa hati
lemah ku rasa langkahku ini
meneruskan hidup yang lesu
hingga menitis air mata
di mana janji setiamu
yang kau lafazkan dulu
pedihnya ku tersiksa
diperdayakan oleh cintamu
peristiwa ku semalam
sukar dilupakan
lukanya terpahat di hati
di kala aku sepi kerinduan
biarku menangis sendirian
Friday, 7 October 2011
Jawatan Kosong - Kerani Kaunter ETS
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Jabatan ETS.
KERANI KAUNTER
(PERKHIDMATAN ETS)
Kelayakan
- Calon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh iklan ditutup;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam Matematik serta Bahasa Inggeris
- Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian
- Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
- Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana depot
- Sedia bertugas mengikut giliran syif
Spesifikasi Tugas
- Bertanggung jawab mengenai urusan pelanggan di kaunter tiket berkaitan pembelian dan tempahan tiket
- Bertanggung jawab untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan kepada para pelanggan
- Mengendali akaun dan penyata penjualan tiket;
- Melayani pertanyaan pelanggan samada di kaunter tiket atau di kaunter pertanyaan secara berdepan atau melalui telefon
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 22 Oktober 2011 ke alamat seperti berikut:-
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Jawatan Kosong - Pramugari/Paramugara ETS
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Jabatan ETS.
PRAMUGARI/PRAMUGARA(PERKHIDMATAN ETS)
Kelayakan
- Calon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh iklan ditutup;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam Matematik serta Bahasa Inggeris
- Berperwatakan/berketrampilan menarik dan ceria
- Mempunyai ketinggian tidak kurang dari 150 sm;
- Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
Spesifikasi Tugas
- Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
- Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
- Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
- Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;
- Membantu dan memberi perkhidmatan pelanggan semasa dalam perjalanan tren
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 19 Oktober 2011 ke alamat seperti berikut:-
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Dari JAKIM
Thursday, 6 October 2011
Tren KTM Komuter Dan Jajarannya (Kelas 82)
Tren Komuter Kelas 82 Dan 83
Bagi menampung keperluan dan permintaan pelanggan, sebanyak 44 set EMU telah dibeli dari Korea Selatan dan Afrika Selatan. Kesemua EMU itu tiba secara berperingkat - peringkat.
Berikut adalah data spesifikasi untuk EMU - EMU tersebut:
Wednesday, 5 October 2011
Monday, 3 October 2011
Lagi Kemalangan Keretapi
Sungguhpun begitu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Kalau ada pun cuma kecederaan ringan seperti terkejut atau senak perut aje.
Semua penumpangnya telah dipindahkan ke koc lain dan telah meneruskan perjalanan ke Woodlands.
Antara perkhidmatan yang terjejas adalah Tren Naik Nombor 28, Ekspres Wau dari Sentral Kuala Lumpur ke Tumpat.
Perkhidmatan tren itu berakhir di Stesen Jerantut dan penumpang meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dan stesen - stesen perantaraan dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak KTMB.
Perkhidmatan Tren Shuttle Nombor 91 dari Kuala Lipis ke Woodlands dan Tren Shuttle Nombor 64 dari Woodlands ke Gemas pula telah dibatalkan.
Walau bagaimanapun, semua perkhidmatan KTM Antarabandar di sektor Wilayah Pantai Timur telah kembali pulih pada jam 2.56 petang, hari ini (3 Oktober 2011).
Koc yang tergelincir telah pun diangkat dan semua perkhidmatan KTM Antarabandar telahpun beroperasi seperti biasa.
Syukurlah kemalangan kedua dalam tempoh seminggu ini tidak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan kepada penumpang.
Tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus dalam menangani kemalangan ini. Dari pihak pengurusan Tren Antarabandar sehinggalah kepada pihak Urusan Jalan dan Fleet yang telah bekerja keras memastikan koc yang terkeluar dari landasan dialihkan dan baikpulih landasan dapat dilakukan dengan cepat.
Sunday, 2 October 2011
Landasan Keretapi Cawangan Ampang
Ketika laluan di Ulu Selangor dalam pembinaan, satu laluan yang pendek telah dibina oleh Jabatan Keretapi ke kawasan perkampungan lombong yang kecil di Pudu, yang mana terdapat 20,000 orang China yang tinggal di kawasan sajauh 1.8 batu dari Kuala Lumpur ini.
Kerja – kerja pembinaan yang bermula pada bulan Mei 1892 telah disiapkan pada 1 Jun 1893 dengan perbelanjaan sebanyak $91,856.65.
Peta Keretapi Tanah Melayu Tahun 1991
Laluan ini dibuka untuk trafik pada bulan Jun 1893. Terdapat dua buah stesen di laluan ini. Laluan dari Kuala Lumpur adalah melalui Sungai Kelang dengan jambatan besi di sepanjang Foch Avenue (Jalan Tun H. S. Lee) merentasi Jalan Rodger, berhampiran Pasar Budaya, Jalan Bandar, Jalan Petaling dan Jalan Sultan, ke stesen pertama yang dipanggil Stesen Jalan Sultan, terletak hanya sebelum simpang di mana terdapatnya jalan seda ada ke Pudu Sentral pada masa ini dan bulatan yang menyambungkan Jalan Sultan. Dari jalan ini ia terus ke Jalan Pudu.
Keadaan trafik di Kuala Lumpur telah semakin sesak dan laluan keretapi yang melalui bandar – bandar dan jalan – jalan yang mana mempunyai banyak lintasan rata di dapati tidak memberi keselesaan kepada pengguna jalanraya yang lain. Laluan dari Kuala Lumpur ke Stesen Jalan Sultan kemudiannya dipindahkan pada tahun 1912 dan satu sambungan dibuat dengan laluan baru melalui simpang Pelabuhan Klang.Laluan ini menjadi semakin sibuk dengan trafik penumpang yang mana membawa 1,400 penumpang sehari pada tahun 1893 dan 1,682 orang penumpang sehari pada tahun 1894. Laluan ini disambungkan ke jalan Sungai Besi, iaitu pusat perlombongan terbesar, di mana terdapatnya lombong terbuka terbesar di dunia. Landasan sepanjang 8 ½ batu ini disiapkan dan dibuka pada awal Mac 1895.
Stesen – stesen Jalan Sultan dan Pudu disambungkan dengan satu laluan dari Simpang Salak Selatan yang juga kemudiannya disambungkan ke Stesen Ampang, iaitu sejauh tiga batu 65 rantai melalui Simpang Ampat. Laluan ke Ampang telah dibuka pada 1 Mei 1914. Semua simpang – simpang tersebut dikawalselia melalui sebuah kabin semboyan yang dikenali sebagai Simpang Ampang Kabin.
Kesibukan landasan cawangan ini semakin bertambah apabila banyak sisian – sisian perkhidmatan dibuka untuk menampung permintaan pelanggan yang mahukan pergerakan barang – barang secara pukal. Antara yang popular adalah Sisian Tasek Cement yang terletak di Pudu Ulu dan Sisian United Engineers Company di Ampang.
Sungguhpun begitu, landasan cawangan Ampang ini telah ditutup sepenuhnya mulai 16 September 1993 bagi memberi peluang untuk dilaksanakan kerja – kerja pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) .
Stesen Pudu sebelum Projek LRT
Bagi menggantikan Depot Simen TCB di Pudu Ulu yang terlibat dengan Projek LRT, sebuah depot simen yang baru telah dibina di Sungai Buloh. Projek pembinaan depot ini telah dimulakan pada tahun 1994 dan siap pada Disember 1995.
Demikianlah berakhirnya sejarah landasan Cawangan Ampang ini ditutup semata – mata untuk projek yang lebih menguntungkan. Sekiranya kalian menaiki LRT ke Ampang, kalian masih boleh melihat kesan – kesan peninggalan landasan keretapi termasuk jambatan dan sisian perkhidmatan yang digunakan untuk tempat penyelenggaraan LRT.