Saturday 8 October 2011

England Layak Ke EURO 2012

England menjadi negara ketujuh yang layak ke Pusingan Akhir EURO 2012 selepas seri 2-2 di Montenegro malam tadi (7 Oktober 2011).

Bulan lepas Sepanyol yang juga juara bertahan bersama - sama bekas pemenang Kejohanan Eropah iaitu Itali, Belanda dan Jerman mengesahkan tempat ke pusingan akhir menyertai tuan rumah bersama Poland dan Ukraine.

England telah menamatkan kesemua lapan perlawanan peringkat kelayakan dan berikut adalah kedudukan semasa dalam Kumpulan G.

No comments:

Post a Comment