Monday 3 October 2011

Lagi Kemalangan Keretapi

Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB Antarabandar di sektor Wilayah Pantai Timur mengalami gangguan ekoran insiden sebuah koc Ekspres Senandung Timuran (Tren turun No. 27) tergelincir dari landasan di Kilometer 196.75 laluan antara Krambit - Jerantut (dekat Perhentian Limau Purut) jam 3.08 minit pagi tadi (3 Oktober 2011). Tren tersebut dalam perjalanan dari Tumpat ke Woodlands, Singapura.

Sungguhpun begitu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Kalau ada pun cuma kecederaan ringan seperti terkejut atau senak perut aje.

Semua penumpangnya telah dipindahkan ke koc lain dan telah meneruskan perjalanan ke Woodlands.

Antara perkhidmatan yang terjejas adalah Tren Naik Nombor 28, Ekspres Wau dari Sentral Kuala Lumpur ke Tumpat.

Perkhidmatan tren itu berakhir di Stesen Jerantut dan penumpang meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dan stesen - stesen perantaraan dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak KTMB.

Perkhidmatan Tren Shuttle Nombor 91 dari Kuala Lipis ke Woodlands dan Tren Shuttle Nombor 64 dari Woodlands ke Gemas pula telah dibatalkan.

Walau bagaimanapun, semua perkhidmatan KTM Antarabandar di sektor Wilayah Pantai Timur telah kembali pulih pada jam 2.56 petang, hari ini (3 Oktober 2011).

Koc yang tergelincir telah pun diangkat dan semua perkhidmatan KTM Antarabandar telahpun beroperasi seperti biasa.

Syukurlah kemalangan kedua dalam tempoh seminggu ini tidak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan kepada penumpang.

Tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus dalam menangani kemalangan ini. Dari pihak pengurusan Tren Antarabandar sehinggalah kepada pihak Urusan Jalan dan Fleet yang telah bekerja keras memastikan koc yang terkeluar dari landasan dialihkan dan baikpulih landasan dapat dilakukan dengan cepat.

No comments:

Post a Comment