Monday, 26 July 2010

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Matlamat untuk mewujudkan sebuah rumah tangga muslim yang sejahtera di dunia dan sejahtera di akhirat tidak akan tercapai sekiranya penekanan terhadap pembentukan ahli keluarga ke arah pembinaan rohani dan jasmani serta ketakwaan kepada Allah SWT tidak diberikan keutamaan dalam proses pendidikan keluarga.

Di antara aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam sesebuah rumah tangga ialah bagaimana untuk membina serta mengekalkan kebahagiaan, meningkatkan daya intelek, menghidupkan suasana ibadah dan kedamaian, penjagaan kesihatan, kelesaan, keindahan persekitaran, perhubungan intim dan bersifat penyayang di antara ahli keluarga.

Konsep penyatuan antara pasangan lelaki dan perempuan serta status keluarga yang disebutkan di dalam Al-Quran memberi gambaran yang jelas supaya manusia hidup berkenal-kenalan dan aman damai.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:
"Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(bersambung)

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1431H/2010M

Dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1431H/2010M mulai 27 Julai 2010 sehingga 3 Ogos 2010 bersamaan 15 sehingga 22 Syaaban 1431H, bertempat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Kalian semua dijemput hadir bersama keluarga bagi mengimarahkan lagi majlis ilmu tersebut. Insyallah... datang ramai-ramai tau....


p/s: Takut tahun hadapan tak dapat jumpa lagi majlis-majlis seperti ini.

England..1 Perancis..1

Keputusan seri 1 - 1 dengan pasukan tuan rumah, Perancis sudah cukup untuk membawa pasukan England ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bolasepak Bawah Umur 19 Tahun Eropah.
Gol tunggal England itu adalah jaringan Matt Phillips pada minit ke-93 perlawanan setelah Yannis Tafer meletakkan Perancis di hadapan pada minit ke-56.
Lawan England di separuh akhir nanti adalah pasukan Sepanyol. Perlawanan akan diadakan pada hari Selasa, 27 Julai 2010.
Satu lagi perlawanan separuh akhir bakal menemukan Perancis dan Croatia.
Perlawanan akhir dijangka pada 30 Julai 2010.

Sunday, 25 July 2010

Portimonense..2 Brighton..0

Brighton & Hove Albion menamatkan sesi latihan dan siri perlawanan persahabatan di Portugal dengan mengalami kekalahan 0 - 2 kepada pasukan Portimonense, sebuah pasukan yang bermain dalam La Liga Portugal.

Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap barisan yang seri 1 - 1 ketika menentang Sunderland pada hari Rabu lalu, dengan Adam El-Abd dan pemain Argentina, Cristian Baz serta Agustin Battipiedi disenaraikan dalam kesebelasan utama. Glenn Murray dan Gordon Greer - yang digantung dari bermain dalam dua perlawanan pertama liga - kedua-duanya diketepikan dari bermain. Pemain Bulgaria, Radostin Kishishev juga direhatkan.

Perlawanan menarik ini terpaksa dihentikan pada minit ke 68 kerana pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan. Pengadil dan pembantu pengadil meninggalkan padang dan enggan untuk meneruskan perlawanan.

Albion:(4-3-3) Poke (Walker 58), Calderon, El-Abd, Elphick (Greer 58), Painter; Sparrow (Jamie Smith 58), Navarro (Dicker 58), Battipiedi; Bennett (Hart 58), Barnes, Baz (Holroyd 58). Pemain simpanan yang lain: Hall, Cook, Kishishev, Murray, Morais.