Matlamat untuk mewujudkan sebuah rumah tangga muslim yang sejahtera di dunia dan sejahtera di akhirat tidak akan tercapai sekiranya penekanan terhadap pembentukan ahli keluarga ke arah pembinaan rohani dan jasmani serta ketakwaan kepada Allah SWT tidak diberikan keutamaan dalam proses pendidikan keluarga.
Di antara aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam sesebuah rumah tangga ialah bagaimana untuk membina serta mengekalkan kebahagiaan, meningkatkan daya intelek, menghidupkan suasana ibadah dan kedamaian, penjagaan kesihatan, kelesaan, keindahan persekitaran, perhubungan intim dan bersifat penyayang di antara ahli keluarga.
Konsep penyatuan antara pasangan lelaki dan perempuan serta status keluarga yang disebutkan di dalam Al-Quran memberi gambaran yang jelas supaya manusia hidup berkenal-kenalan dan aman damai.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:
"Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(bersambung)
No comments:
Post a Comment