Tuesday 3 August 2010

Nombor Jersi Pemain Brighton Musim 2010/11

Brighton & Hove Albion telah mengeluarkan senarai rasmi nombor jersey pemain-pemain pasukan utama bagi menghadapi Liga Satu musim 2010/11 .

Pengurus pasukan Gus Poyet setakat ini telah mendapatkan sembilan orang pemain baru dan ditambah ketiadaan 16 orang pemain yang beraksi dalam perlawanan terakhir liga musim 2009/10, beberapa perubahan pada senarai nombor jersi pemain musim ini perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, enam orang pemain yang lahir dari projek pasukan belia tidak diperuntukkan sebarang nombor. Tetapi mereka ini akan diberikan nombor sekiranya terpilih untuk bersama pasukan senior sepanjang musim baru nanti.

PENJAGA GOL:
1 Peter Brezovan
19 Michael Poke
13 Mitch Walker

PERTAHANAN:
2 Andrew Whing
3 Gordon Greer
4 Tommy Elphic
6 Adam El-Abd
14 Iñigo Calderón
22 Marcos Painter
30 Steve Cook
37 Lewis Dunk
- Grant Hall
- James Smith

TENGAH:
5 Agustin Battipiedi
7 Elliott Bennett
8 Alan Navarro
10 Matt Sparrow
11 Cristian Baz
15 Gary Hart
18 Gary Dicker
24 Jamie Smith
25 Radostin Kishishev
- Jake Caskey
- Ryan Thomson
- Connor Wilkins
- Leon Redwood

PENYERANG:
9 Ashley Barnes
17 Glenn Murray
20 Chris Holroyd
- George Barker

England..1 Sepanyol..3


Cabaran England dalam Kejohanan Bolasepak Eropah Bawah Umur 19 tahun berakhir di peringkat separuh akhir selepas tewas 1 - 3 kepada Sepanyol pada 27 Julai 2010. Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, pasukan tuan rumah Perancis menang 2 - 1 ke atas Croatia.


Kejohanan ini dimenangi oleh pasukan Perancis apabila menumpaskan Sepanyol 2 - 1 dalam perlawanan akhir yang diadakan pada 30 Julai 2010.

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Sesebuah rumah tangga muslim yang didirikan mesti mempunyai matlamat untuk mencipta sebuah mahligai yang bahagia, aman damai dan ketenangan. Pasangan suami isteri yang pada awal lagi telah mengidamkan kasih sayang di antara mereka sentiasa berkekalan sehingga akhir hayat walaupun setelah dikurniakan cahaya mata yang ramai. Kebahagiaan bermula daripada institusi rumah rangga. Islam meberi tumpuan penting dalam pembentukan sesebuah keluarga dengan menentukan hak dan tanggungjawab setiap individu.


Ketua keluarga mempunyai tugas penting dalam pembinaan dan pembentukan peribadi ahli keluarganya supaya berpegang teguh kepada nilai murni tradisi bangsa dan agama. Keluarga bahagia juga ialah keluarga yang mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran iaitu 'mawadda' (kasih sayang), 'rahmah' (belas kasihan) dan 'sakinah' (ketenangan). Jadi, matlamat yang ingin dicapai melalui hubungan kekeluargaan ialah kerjasama serta pemuafakatan antara ahli keluarga ke arah kehidupan yang harmoni dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Kita digalakkan sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT supaya memberikan kebaikan sama ada kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

(bersambung)

Tiket Keretapi Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2010

Kepada kalian yang ingin menaiki keretapi untuk pulang ke kampung halaman masing-masing pada cuti Hari Raya nanti, sila semak jadual dibawah bagi memudahkan kalian membeli tiket-tiket sebelum kehabisan.

Ingat! Pengangkutan keretapi adalah pengangkutan yang selamat di waktu-waktu perayaan.

Brighton..1 Aberdeen..0

Brighton & Hove Albion menamatkan sesi perlawanan persahabatan pra musim 2010/11 dengan mencatat kemenangan 1 - 0 ke atas kelab dari Liga Perdana Scotland, Aberdeen di Stadium Withdean pada 31 Julai 2010 yang lalu.


Gus Poyet menyenaraikan Jamie Smith di bahagian tengah Brighton. Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Elliott Bennett pada minit ke 38.

Kemenangan ini pastinya menaikkan lagi moral pasukan Brighton sebelum memulakan musim 2010/11 pada minggu hadapan.

Albion: (4-5-1) Poke (Walker 78); Calderon (Whing 78), Elphick, Greer, Painter; Bennett (Baz 78), Kishishev (Dicker 58), Navarro (Battipiedi 78), Sparrow, Jamie Smith (Holroyd 78); Barnes (Murray 78).