Tuesday 3 August 2010

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Sesebuah rumah tangga muslim yang didirikan mesti mempunyai matlamat untuk mencipta sebuah mahligai yang bahagia, aman damai dan ketenangan. Pasangan suami isteri yang pada awal lagi telah mengidamkan kasih sayang di antara mereka sentiasa berkekalan sehingga akhir hayat walaupun setelah dikurniakan cahaya mata yang ramai. Kebahagiaan bermula daripada institusi rumah rangga. Islam meberi tumpuan penting dalam pembentukan sesebuah keluarga dengan menentukan hak dan tanggungjawab setiap individu.


Ketua keluarga mempunyai tugas penting dalam pembinaan dan pembentukan peribadi ahli keluarganya supaya berpegang teguh kepada nilai murni tradisi bangsa dan agama. Keluarga bahagia juga ialah keluarga yang mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran iaitu 'mawadda' (kasih sayang), 'rahmah' (belas kasihan) dan 'sakinah' (ketenangan). Jadi, matlamat yang ingin dicapai melalui hubungan kekeluargaan ialah kerjasama serta pemuafakatan antara ahli keluarga ke arah kehidupan yang harmoni dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Kita digalakkan sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT supaya memberikan kebaikan sama ada kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

(bersambung)

No comments:

Post a Comment