Saturday, 17 December 2011

Jawatan Kosong- Pembantu Trafik

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEMBANTU TRAFIK GRED N09G10

Kelayakan
• Calon luar hendaklah berumur tidak melebihi 26 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
• Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
• Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
• Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
• Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;
• Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
• Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB.

Spesifikasi Tugas
• Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
• Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
• Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di tempat kerja;
• Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
• Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
• Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 3 Januari 2012 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Jawatan Kosong - Pemandu Lokomotif Rendah

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

PEMANDU LOKOMOTIF RENDAH (GRED A09G12)

Kelayakan

  • Lulus Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau kakitangan yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad berumur tidak melebihi 30 tahun;
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
  • Penglihatan V 6/6 kedua-dua mata tanpa cermin mata dan tidak buta warna;
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
  • Bersedia untuk ditukarkan atau berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB.
Spesifikasi Tugas
  • Bertanggungjawab kepada Pemandu Lokomotif;
  • Menentukan semua peralatan tren dan lokomotif dalam keadaan baik supaya tren dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan mengikut jadual;
  • Membantu Pemandu Lokomotif di dalam pemeriksaan jajaran tren;
  • Membantu Pemandu Lokomotif mengendalikan sesebuah lokomotif samada di dalam perjalanan atau berhenti di stesen / depoh;
  • Membantu Pemandu Lokomotif dalam tugas lansiran.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi dan salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 3 Januari 2012 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi
Ibupejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Hadith Pilihan

Menjaga Perasaan

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.

Persandingan Aishah & Azizul

Pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 telah berlangsung Majlis Persandingan Aishah dan Azizul bertempat di rumah Mak Tam (Kak Yah) AU3 Keramat.

Berikut adalah sebahagian daripada catatan yang dapat aku kongsi dengan kalian...

Ketibaan rombongan pengantin lelaki dari Kapar, Klang.
Sewaktu sebelum majlis akad nikah
Abang Long sedang menikahkan pengantin lelaki
Majlis akad nikah selesai diiringi dengan bacaan doa
Sebahagian daripada hantaran dari kedua - dua belah pihak
Mak Tam (tudung merah) dengan Aishah
Cincin
Sah sudah pasangan ini bergelar suami isteri
Moga kekal hingga ke akhir hayat
Pemberian mas khawin
Cincin untuk pengantin lelaki
Sebahagian daripada mas khawin
Rombongan pihak lelaki menikmati kudapan selepas selesai majlis akad nikah
Selamat Pengantin Baru Azizul & Aishah
Sebahagian hantaran
Adik Su dan Mak Teh sedang menikmati makan tengahari
Waiter Bertugas
Pak Uda dan keluarga dari Yan, Kedah juga hadir
Ini pula hadiah daripada Kak Aja dan keluarganya
Pengantin lelaki diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar sewaktu Majlis Bersanding diadakan
Pengantin perempuan sedang menyambut pengantin lelaki
Ucapan dan bacaan doa oleh wakil pihak perempuan
Bergambar sewaktu bacaan doa
Upacara tepung tawar sedang dilaksanakan
Suhaila dan suaminya adalah antara kenalan aku yang hadir dalam majlis ini. Thanks...
errr.. pengantin tidur semasa menikmati makan tengahari
Kek Damai

Majlis tambah berseri dengan kehadiran Dato' Yusni Hamid, atas permintaan aku Dato' sudi untuk menyampaikan sebuah lagu
Dato' berkenan dengan kereta mini tu
Setelah selesai semuanya, hujan turun dengan lebat.
Oleh kerana kepenatan, akhirnya aku terlena dan hanya sedar sewaktu Azan Maghrib dilaungkan...

Monday, 12 December 2011

Middlesbrough..1 Brighton..0

Jaringan minit ke-21 oleh Scott McDonald sudah cukup untuk pasukan Middlesbrough untuk membenam Brighton 1 - 0 dalam perlawanan Liga Kejuaraan yang berlangsung di Stadium Riverside pada Sabtu lepas (10 Disember 2011).

Gus Poyet melakukan tiga perubahan terhadap kesebelasan utama yang menang 1 - 0 ke atas Nottingham Forest 3 Disember 2011, di mana Kazenga LuaLua diturunkan buat kalai pertama sebagai kesebelasan utama sejak menyertai Brighton bulan lepas. Bekas pemain sayap kelab newcastle United itu menunjukan prestasi yang baik sejak diturunkan sebagai pemain simpanan minggu lepas dan menggantikan Billy Paynter dalam senarai kesebelasan utama.

Sementara itu Matt Sparrow dan Romain Vincelot kembali ke bahagian tengah Brighton, mengambil tempat Alan Navarro dan Ashley Barnes.

Sejumlah 16,594 penonton telah hadir menyaksikan perlawanan ini dengan 679 orang daripadanya adalah penyokong setia pasukan Brighton.

Dengan kekalahan pertama dari empat perlawanan terakhir ini, Brighton kini menghuni tangga ketujuh liga dengan mengutip 32 mata daripada 21 perlawanan. Southampton kekal di tangga teratas liga dengan 43 mata, diikuti West Ham United (40 mata), Cardiff City dan Middlesbrough (38 mata), Hull city (36 mata) serta Leeds United (35 mata). Semua pasukan sudah bermain 21 perlawanan.

Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 di Stadium Amex menentang pasukan Burnley.

KESEBELASAN UTAMA

Middlesbrough: (4-4-2) Steele; Zemmama (Martin 33), Bates, McMahon, R Williams; Bennett, Bailey, Robson (Thompson 78), Arca; McDonald, Emnes (Ogbeche 73). Pemain simpanan yang lain: Hoyte, Thomson, Haroun.

Albion: (4-3-3) Ankergren; Jara Reyes, Greer, Dunk, Taricco; Bridcutt, Sparrow (Buckley 62), Vincelot; Noone (Paynter 74), Mackail-Smith (Barnes 74), LuaLua. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), El-Abd.