Tuesday, 23 July 2013

Stesen Rembau Kini Beroperasi

Selaras dengan perkembangan semasa,Stesen Rembau kini telah beroperasi dan pemberhentian Tren Antarabandar yang terlibat ialah Tren Sinaran Selatan No.12 & 13.
 
Tren Sinaran Selatan No.13 akan berhenti di Stesen Rembau pada jam 10:15 pagi manakala Tren Sinaran Selatan No.12 akan berhenti di stesen tersebut pada jam 20:09 malam.

Tiket-tiket perjalanan untuk tren-tren ini boleh dibeli di kaunter tiket stesen ini. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-KTMB(5862) (domestik) atau 603-2267 1200 (antarabangsa) atau layari laman web KTM Berhad di www.ktmb.com.my



Jawatan Kosong - Pembantu Trafik

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEMBANTU TRAFIK
(GRED N09G10)

  Kelayakan
  • Calon luaran hendaklah berumur tidak melebihi 25 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad  pada tarikh iklan ditutup;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
  • Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
  • Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB
Spesifikasi Tugas
  • Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
  • Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
  • Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di tempat kerja;
  • Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
  • Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
  • Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang tidak lengkap serta gagal memenuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Untuk calon-calon luaran hanya calon-calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk di temuduga.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 19 Ogos 2013 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Tel: 03-22631368/03-22631312

Pepatah Minangkabau

gadang jaan malendo
panjang jaan malindih.

besar jangan melanda panjang jangan melindih
barek samo dipikua
ringan samo dijinjiang
ka bukik samo mandaki
ka lurah samo manurun

tatungkui samo makan tanah
tatilantang samo minum ambun
ka mudiak saantak galah
ka hilia sarangkuah dayuang
maelo karajo jo usao
mairik parang jo barani


maksudnya
berat sama dipikul  
ringan sama dijinjing  
ke bukit sama mendaki  
ke lurah sama menurun
tertelungkup sama makan tanah
tertelentang sama minum embun
ke mudik sehentak galah  
ke hilir serangkuh dayung  
menghela kerja dengan usaha  
menghela perang dengan berani

Kau Bagai Cermin

selagi nyawaku dikandung badan
kau tak ku lupa
walaupun gelora datang melanda
masih lagi ku relakan
betapa ku terpaksa meneruskan
kehidupan ku
biarpu kebencian berpanjangan
ku tetap sabar selalu
tentu saja kau sering mendengar
keburukan diri
dalam sepuluh mungkin cuma satu
yang memuji ku
sinar di mata
tidak kau nampak
lumpur yang tertinggal
itulah yang dibual
kau bagai cermin
buat diri ku
andainya aku tersilap
sudilah kiranya
kau menegur dan memaafkan ku

Monday, 22 July 2013

Peringatan Kepada Semua Penduduk Di Sepanjang Landasan Keretapi Seremban - Gemas

Peringatan kepada semua penduduk di sepanjang Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban - Gemas bahawa mulai 26 Julai 2013, sistem elektrik berkuasa 25kV akan disaluran ke talian atas di landasan Batang Melaka ke Gemas.

Dengan pentenagaan ini, aku rasa seluruh rangkaian landasan dari Seremban ke Gemas telah pun dibekalkan dengan tenaga elektrik berkuasa 25kV.

Semua penduduk di kawasan berdekat landasan hendaklah menjauhi dari mendekati landasan dan mematuhi arahan supaya tidak memotong/merosakkan pagar yang telah didirikan di kiri dan kanan landasan.

Gunakan jejantas atau jejambat yang disediakan untuk melintasi landasan keretapi. Jangan bina 'lintasan rata haram' untuk kegunaan sendiri kerana ianya menyalahi undang-undang dan membahayakan diri sendiri.

Anak-anak juga diingatkan agar tidak bermain-main dekat dengan kawasan ini kerana dikhuatiri akan mengancam keselamatan mereka. Jangan sesekali bermain layang-layang dekat dengan talian atas kerana ianya boleh mengakibatkan kejutan elektrik.

Patuhi arahan dan amaran yang dikeluarkan oleh pihak KTMB demi untuk keselamatan bersama. Jangan ada lagi lembu-lembu yang berkeliaran di sepanjang landasan seperti sebelum ini.


Terkenang Padamu

ku nanti kau tiba
sedihnya hatiku gelisah
ku menangis
ku merintik
kasih entah di mana

biarkan lah ku 
bawa hati yang luka ini
mengharap kasih cinta
yang suci dan abadi

di mana cahaya
terangilah dunia hatiku
bila masa ku berduka
ku terkenang kasihmu...

Pemberhentian Tren Di Stesen Chamek

Atas permintaan penduduk setempat dan setelah mendapat kelulusan daripada Pengurusan KTMB, berkuatkuasa 19 Julai 2013 KTMB mula menyediakan perkhidmatan Tren Sinaran Timur No.91 & No.92 di Stesen Chamek.

Tren Sinaran Timur No.92 dari Woodlands ke Tumpat akan berhenti di stesen ini pada jam 08:39 pagi manakala Tren Sinaran Timur No.91 dari Tumpat ke Woodlands pula akan berhenti di stesen ini pada jam 08:43 malam.

Bagi kemudahan para penumpang yang naik dari stesen ini, tiket-tiket perjalanan untuk tren-tren ini boleh dibeli di atas tren.
 

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua umat Islam dan Salam Sejahtera buat yang lain. Dalam diam tak diam, ramadhan sudah sampai di pertengahan. Harap-harap agar ramadhan tahun ini boleh dilaksanakan hingga ke hujung, Insya Allah.