Friday 29 September 2017

EPL - Keputusan Terkini Brighton & Hove Albion

Keputusan setakat ini melibatkan pasukan Brighton & Hove Albion dalam Liga Perdana Inggeris Musim 2017/18.

Ghazal Johor - Bukit Pedoman



BUKIT PEDOMAN



Bukit Pedoman namalah diberi

Nampak dari Kuala Mersing



Usah dikenang usah dicari

Hati yang risau bertambah runsing



Sebatang pokok kekal abadi

Di atas bukit pedoman nelayan



Dekat disayang tidak bererti

Ibarat hidup dengan bayang-bayangan

Tuesday 15 August 2017

Kad Komuter Link Percuma


Kepada semua pengguna KTM Komuter yang masih belum memiliki Kad Komuter Link, sila dapatkan kad tersebut secara percuma di Kaunter Tiket KTM Komuter yang berhampiran. Untuk pengetahuan semua, hari ini adalah hari terakhir pengedaran kad tersebut secara percuma.

Sunday 6 August 2017

Jadual Baharu Perkhidmatan Antarabandar KTMB

Jualan tiket perkhidmatan Tren Antarabandar bagi perjalanan dari 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2017 sedang dibuka untuk jualan mulai jam 10:00 pagi sejak 18 Julai 2017 (Selasa). Jualan tiket bagi perkhidmatan tren Shuttle Tebrau (Johor – Woodlands – Johor) pula dibuka bermula jam 8:30 pagi untuk tempoh 30 hari perjalanan.

Jadual perjalanan tren adalah mengikut jadual Antarabandar sedia ada namun terdapat penambahan pemberhentian stesen-stesen bagi perkhidmatan Tren Antarabandar.

Sila klik pautan di bawah untuk jadual perjalanan tren perkhidmatan Antarabandar berkuatkuasa bermula 01 Ogos 2017.
  1. JB Sentral - Tumpat - JB Sentral  => Berkuatkuasa bermula 1 Ogos 2017
  2. JB Sentral - Woodlandsw- JB Sentral  => Berkuatkuasa bermula 1 Ogos 2017

Thursday 20 April 2017

Rangkaian Perkhidmatan Kargo KTM Berhad

Rangkaian perkhidmatan meliputi ke pelabuhan / pelabuhan darat / terminal barang seperti berikut: 
  • Padang Besar Terminal
  • North Butterworth Container Terminal (NBCT)
  • Prai Inland Container Depot (Kontena Nasional)
  • Multimodal Prai Container Depot
  • Ipoh Cargo Terminal (ICT)
  • Setia Jaya (Kontena Nasional ICD)
  • North Port (Malaysia) Berhad
  • West Port (Malaysia) Sdn Bhd
  • Multimodal Port Klang Container Depot
  • Multimodal Pasir Gudang Container Depot
  • Segamat Inland Port (SIP)
  • Pelabuhan Pasir Gudang
  • Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)


Brighton & Hove Albion FC Ke Liga Perdana Inggeris

Aku dengan bangganya ingin memaklumkan kepada kalian semua kelab Brighton & Hove Albion FC akan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris pada musim akan datang.

Dapatkan lebih banyak info dan keratan video di http://malaysianseagulls.blogspot.my/
yang telah dikemaskini.

Terima kasih kerana menyokong pasukan Brighton & Hove Albion FC.

Sunday 9 April 2017

DMU Baru JKNS

Jabatan Keretapi Negeri Sabah terus menambah aset mereka apabila melancarkan satu set DMU yang mengandungi tiga gerabak baru-baru ini.

Set DMU ini yang dibeli dari India akan beroperasi bagi sektor Beaufort - Tenom - Beaufort.


Sunday 8 January 2017

Jadual ETS Yang Baharu

Jadual Perjalanan tren ETS Berkuatkuasa 1 Februari 2017

Bagi merealisasikan salah satu inisiatif transformasi KTM Berhad, perjalanan perkhidmatan ETS sediaada telah dipinda dan hanya akan berkuatkuasa bermula 01 Februari 2017. 
Sila klik pautan dibawah untuk jadual perjalanan tren perkhidmatan ETS.
  1. Gemas - Padang Besar - Gemas
  2. Gemas - Butterworth - Gemas
  3. KL Sentral - Ipoh - KL Sentral
Sila klik pautan dibawah untuk jadual perjalanan tren perkhidmatan ETS sediaada hingga 31 Januari 2017.
  1. Padang Besar - Butterworth - Ipoh - KL Sentral - Seremban - Gemas.
  2. Butterworth - KL Sentral & Ipoh - KL Sentral.

Thursday 5 January 2017

Promosi Hebat KTMB



Malaysia Dalam Irama



Banyak nama tempat di Malaysia ini telah diabadikan dalam lagu-lagu samada oleh penyanyi tempatan mahupun penyanyi dari luar negara seperti Indonesia atau Singapura.

Cuma aku berharap agar harap kalian jangan terkeliru dengan senarai ini dengan tajuk lagu tempatan yang lain seperti Ulek Mayang, Dikir Puteri dan seumpamanya.

Airmata Di Kuala Lumpur - Saloma
Aku Dan Kuala Lumpur - Generasi
An Evening In Parit - Imuda
Antara Jakarta Dan Penang – Poppy Mercury

Bandar Kita – The Klang’s
Batu Feringgi - Rahimah Rahim
Bening Sungai Terengganu – Mohram
Bentan Telani – Rafeah Buang
Bukit Kepong - S M Salim

Cempakasari - S M Salim
Chow Kit Road - Sudirman
Cinta Bandar Tasik Selatan - Olan
Cinta Di Taman Tasik Taiping - GGg Group
Cinta Pantai Merdeka - Tropika

Dangdut Kelantan - DJ Dave
Di Pantai Cinta Berahi - Yunizar Hussin
Di Pantai Padang – Nassier Wahab
Di Perhentian Puduraya – Kembara
Dungun 12 Syawal - Iklim

Gambus Kelantan - Rahim Jantan
Gambus Kelantan - Rosiah Chik
Gua Musang - BPR
Gunung Banang – R. Ismail
Gunung Banang – Rahim Jantan
Gunung Banang – Sharifah Aini
Gunung Bentan – Siti Mariam

Hujan Bunga Di Kuala Lumpur – Ana Raffali

Ibukota Permai - Rahimah Rahim
Inang Pulau Kampai - Sarena Hashim
Indahnya Putrajaya – Jamilah Abu Bakar
Ipoh Mali - (Point Blanc Featuring Jaclyn Victor)

Jambatan Tamparuli – Blues Gang
Joget Kelantan – M Daud Kilau
Joget Kuala Kubu – Yusni Hamid
Joget Kuala Selangor – Kumpulan Bella-Bella
Joget Malaysia – P. Ramlee & Saloma
Joget Pahang - P Ramlee
Joget Pahang - Rafeah Buang
Joget Pahang – Rahim Jantan
Joget Pasar Malam - Yusni Hamid
Joget Selangor – S M Salim
Joget Terengganu – Koir Darul Iman

Kenangan Di  A Famosa – Shima
Kenangan Di Kuala Lumpur – Al-Wathan
Kenangan Di Rantau Abang - Rafeah Buang
Keroncong Kuala Lumpur - P Ramlee
Kinabalu – Unknown
Kota Melaka – Rokiah Wanda
Ku Cari Cinta Di Kuala Lumpur - Syed Sobri
Kuala Dua – Rosiah Chik    
Kuala Kangsar – Ahmad Jais
Kuala Kedah – Unknown
Kuala Kesang – Fadzil Ahmad
Kuala Lumpur - Malek Ridwan 
Kuala Sedili – Saloma

Lagu Bandar Tawau – William Lee
Lagu Joget Ganu Kite - Saleem

Malaysia Indah - Khatijah Ibrahim
Melancung Ke Tanjung - Nasir P Ramlee

Nada Murni Timur Tengah – Rafeah Buang
Nyanyian Tanjung Sepi – Khadijah Ibrahim & Rosiah Chik

Oh Kota Raya – Alleycats

Padang - Kuala Lumpur - (Duet Phipit Show & Nassier Wahab)
Padang Kota – Ahmad Daud & Saloma
Pandangan Di Kotaraya – Rahimah Rahim
Pantai Cinta Sayang – Maria Bachok
Pantai Kenangan – Wan Razak & The Wisma
Pantai Telok Chempedak – Rafeah Buang
Pasir Gudang – Fadzil Ahmad
Pasir Salak – Noraniza Idris     
Penantian Di Lebuh Ampang – Sau-Q
Percikan Cinta Di Dataran Merdeka - Vagrant
Pertemuan Di JB - (Duet Phipit Show & Nassier Wahab)
Petaling Jaya - Rafeah Buang
Petaling Street - Helmi Gimmik
Pulau Aman – Zaharah Agus
Pulau Kapas - Brain Connections
Pulau Langkawi – Surya Buana
Pulau Pangkor – Aminah Ahmad
Pulau Pisang – Aspalela Abdullah
Pulau Sentosa - Sweet Charity
Puteri Santubong – Unknown
Putra Negeri Sembilan – Imi Yusnita

Rayuan Di Puncak Genting - Alleycats
Roda-Roda Kuala Lumpur – 4u2c

Sabah Tanah Airku – Unknown
Saya Anak Malaysia – dR SAM
Sejarah Cinta Di Bukit Kluang – Cikgu Sulizi
Sejenak Di Pekan – Rafeah Buang
Semalam Di Desa – J Mizan
Semalam Di Kuala Lumpur – Teddy Kadi
Semalam Di Kuala Terengganu - Yusni Hamid
Semalam Di Malaysia - D'lloyd
Semalam Di Pulau Pinang – Andre Goh
Semalam Di Subang – Aminah Ahmad
Semalam Di Subang – Rafeah Buang
Seminggu Di Kuala Terengganu – M Noor & Cousen Brothers
Sendiri Di Kuala Umpur - Filsuf
Senja Di Kuala Lumpur – Broery Marantika
Senyumlah Kuala Lumpur – Alleycats
Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang – Harmoni
Seri Andalas – Aspalela Abdullah
Seri Andalas – Rahim Jantan
Seri Andalas – Sharifah Aini
Seri Banang – Aslina Ismail
Seri Banang – Herman Tino
Seri Banang – Rahim Jantan
Seri Johor – Malek Ridzuan
Seri Johor – Rahim Jantan
Seri Kedah – Zaleha Hamid
Seri Langkat – Zaleha Hamid Dan Sudirman
Seri Mahligai – Zaleha Hamid
Seri Mersing – Kamariah Noor
Seri Muar – Unknown
Seri Serawak - Rafeah Buang
Seri Serawak - Sudirman
Seri Siantan – Rahim Jantan
Seri Siantan – Shamsuddin Lamin
Sesat Di Kuala Lumpur – Saleem
Sri Kedah – Rahim Jantan
Sri Manjong – S.M.Salim
Sri Mersing - Rahim Jantan
Sri Tambak – S. M . Salim
Suasana Di Tasik Perdana - Alleycats
Sungai Korok – Rahim Jantan
Sungai Lui – Aizat Amdan

Taman Rashidah Utama - Wings
Tanjung Bidara - Ito
Tanjung Bunga – Kartina Dahari
Tanjung Puteri – Aziz Ahmad
Tasik Perdana - Noor Kumalasari
Telok Bidara – Kopratasa
Telok Emas – Fadzil Ahmad
Titiwangsa – Fazedah Joned
Tragedi Antara Kuala Lumpur Dan Penang – Poppy Mercury

Aku rasa ada banyak lagi tajuk lagu yang menggunakan nama tempat atau nama negeri yang tidak tersenarai di sini. Harap kalian dapat membantu untuk kebaikan orang lain.