Monday, 15 March 2021

Kuala Lumpur City FC

Pasukan bolasepak Kuala Lumpur kini dikenali sebagai Kuala Lumpur City FC. Pasukan ini bermain dalam Liga Super Malaysia Musim 2021 selepas menduduki tangga ketiga Liga Perdana Malaysia Musim 2020.

Di bawah pengurusan Bojak Hodak serta dibarisi dengan pemain-pemain berpengalaman seperti Safee Sali, Indra Putra Mahyuddin dan Shukur Adan, diharap agar KL City FC akan lebih menyerlah pada musim ini.

Kekal beraksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, membolehkan lebih ramai warga kota menyokong pasukan ini.

Setelah beraksi dalam tiga perlawanan, KL City FC mengumpul empat mata selepas tewas 0-1 kepada Pulau Pinang FA, menang 1-0 ke atas UiTM FC dan seri 1-1 dengan Selangor.

Laman Facebook KL City FC nampaknya masih belum dikemaskini dan tetapi boleh dilawati melalui https://www.facebook.com/kualalumpurcity.fc

Selamat Berjuang kepada Kuala Lumpur City FC.

Stesen Lama Dalam Kenangan (Bahagian 4)

Salam Sejahtera. Hari ini, 15 Mac 2021M bersamaan 1 Syaaban 1442H. Bermakna sebulan lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang mulia. Sudahkan kita semua mempersiapkan diri menempuh bulan puasa kali ini?

Bahagian keempat Siri Stesen Lama Dalam Kenangan ini akan memaparkan gambar-gambar stesen dan perhentian sepanjang laluan dari Gemas ke Johor Bahru.

Seperti sebelumnya, ada di antara gambar-gambar ini aku dapat daripada teman-teman di luar sana yang ingin berkongsi gambar milik mereka.

 
























Sehingga berjumpa pada lain kesempatan.