Thursday, 3 April 2014

Perkembangan Landasan BM - Padang Besar (Part 2)

Stesen Arau sementara.
Selepas Arau, sistem elektrifikasi sedang rancak dipasang. Kelihatan sistem telah siap dipasang di landasan naik manakala pemasangan belum lagi dilakukan di landasan turun. 
Stesen Kodiang yang baharu juga sudah siap. 
Kerja-kerja pemasangan talian atas sedang rancak dijalankan. 
Kabin Anak Bukit terletak bersebelahan dengan Stesen Operasi Anak Bukit yang baharu. Stesen Operasi ini fungsinya sama seperti Kabin Kalumpang atau Stesen Freight Serendah. 
Lagi jentera kepunyaan Balfour Beatty yang digunakan untuk pemasangan sistem elektrifikasi. 
Perancangan yang kurang tepat. Pandangan Stesen Keretapi Anak Bukit dari arah selatan terlindung oleh sebuah jambatan. 
Ini Stesen Alor Setar yang baharu. 
Jambatan besi lama yang merentasi Sungai Alor Setar. 
Sistem isyarat masih belum boleh digunakan sepenuhnya. Seperti gambar di bawah, persemboyanan untuk landasan turun sudah boleh digunakan tetapi persemboyanan untuk landasan naik masih dipangkah (tidak boleh digunakan lagi).
Ini satu lagi struktur bangunan telah siap didirikan bersebelahan dengan landasan naik tidak jauh dari Kabin Tokai. 
Di Kabin Tokai kelihatan sebuah jajaran kontena sedang menunggu laluan bebas arah utara dan jentera penyelenggara landasan. 
 
Di Tokai ini talian atas sudah dipasang di keempat-empat landasan. 
Ini bangunan baharu untuk Stesen Kobah. 
Jambatan Sungai Junun ini juga sudah siap. 
Ini pula gambar Stesen Gurun yang baharu. 
Yang beratap biru itu adalah bangunan sementara Stesen Gurun. Hanya tren penumpang Senandung Langkawi yang berhenti di stesen ini. 
Sebuah jajaran Tren BTU sedang berhenti di Stesen Freight Sungai Petani dalam perjalanannya ke Depoh Petronas Fertilizer (Kedah) di Gurun. 
Stesen Sungai Petani yang baharu. Semua tren penumpang sektor utara berhenti di stesen ini. 
Sebuah troli kelihatan di ‘north end spur’ Stesen Tasek Gelugor.
Kerja-kerja teknikal masih dilakukan di stesen baharu Tasek Gelugor. 
Terdapat juga sebuah tren kontena arah selatan sedang menunggu di landasan gelong naik nombor 2. 
Aku kepenatan dan tertidur selepas itu. Sedar-sedar tren dah sampai di Stesen Butterworth. Bila aku turun dari koc, aku terkejut kerana lokomotif telah pun ditukar dan kini tren tersebut dikenali sebagai Tren Ekspres Antarabangsa No. 36 dan bersedia untuk berlepas pada jam 2.30 petang. 
Tidak lama kemudian kelihatan Tren E & O memasuki Stesen Butterworth. 
Sejurus selepas kesemua jajaran E & O memasuki stesen, dengan perlahan-lahan Tren Ekspres Antarabangsa No. 36 berlepas dari Butterworth. 

Kelihatan landasan sisian menuju ke Urea Export Terminal (UET) Butterworth. 
Bukit Mertajam menjadi stesen persinggahan pertama tren ini. 
Yang ini pula jajaran landasan ‘by-pass’ yang telah siap dibina dan sistem talian atas juga telah selesai dipasang. Selepas ini mana-mana tren dari utara menuju ke selatan dan dari selatan menuju ke utara tidak perlu lagi masuk ke Stesen Bukit Mertajam untuk mengalihkan lokomotif ke haluan yang sebenarnya. Itupun jika tren tersebut tidak mempunyai keperluan untuk berhenti samada di Bukit Mertajam atau Bukit Tengah atau Butterworth! 
Kemudian tren melalui landasan bersebelahan dengan Yad Jarak yang kini telah dibongkar sepenuhnya. 
Selepas itu, tren lalu terus di Stesen Tasek Gelugor.
Tren meneruskan perjalanan ke Sungai Petani, Alor Setar dan Arau sebelum berhenti di Padang Besar. Selepas itu ia menyambung perjalanan menuju ke Bangkok. 

Aku turun di Stesen Sungai Petani kerana aku meletak kereta di parkir stesen tersebut untuk memudahkan aku balik ke kampung.

Jumpa lagi pada trip akan datang.

Perkembangan Landasan BM - Padang Besar (Part 1)

Pada 1 April 2014 yang lalu, aku mengambil kesempatan masa yang terluang untuk menaiki keretapi dari Sungai Petani ke Padang Besar, Padang Besar ke Butterworth dan Butterworth ke Sungai Petani. Jadi peluang yang ada membolehkan aku mengambil gambar di sepanjang landasan dari Butterworth ke Padang Besar. 

Aku bergerak ke Padang Besar dengan menaiki Tren No. 20 dari Stesen Sungai Petani yang tiba di stesen sekitar jam 7.00 pagi. Memandangkan aku agak mengantuk kerana bangun awal, aku tidur sebentar selepas mengambil tempat sehingga tren menghampiri Stesen Gurun. Penumpang kelihatan agak ramai dan aku dimaklumkan bahawa keadaan ini sudah menjadi kebiasaan pada hari Isnin atau Selasa. Tiket-tiket hanya akan dikeluarkan di dalam koc oleh pemeriksa tiket yang bertugas. 

Di stesen ini kelihatan ramai penumpang yang turun dan naik koc. Kebanyakkan yang naik itu bertujuan untuk ke Arau atau Padang Besar.
Stesen Gurun yang baharu masih belum ditauliah walaupun rasanya semua yang berkaitan sudah dibereskan. Mungkin ada peralatan-peralatan yang masih dalam ujian penerimaan.  
Lokomotif YDM mengeluarkan asap yang tebal sewaktu melintasi Kabin Tokai.  
Tren berhenti di Stesen Alor Setar pada jam 8.07 pagi. Semakin ramai penumpang yang naik di stesen ini tetapi yang turun tidak berapa ramai.  
Sistem elektrifikasi telah siap dipasang.  
Tren bergerak perlahan sewaktu memasuki Kabin Anak Bukit pada jam 8.27 pagi.  
Di sini juga kelihatan sistem elektrifikasi telah siap dipasang.  
Dahulu di gudang beras ini terdapat sisian keretapi, tetapi kini telah dibongkar. Gudang ini terletak berhadapan dengan Stesen Keretapi Arau yang sementara. Tren berhenti di stesen ini pada jam 8.46 pagi.  
Di sini sistem elektrifikasi masih belum dipasang oleh pihak kontraktor.  
Kelihatan loko kepunyaan CIMA Bukit Ketri sedang membuat kerja-kerja lansiran di sisian CIMA.  
Pada jam 9.05 pagi, tren melintasi Stesen Bukit Ketri.  
Akhir tren tiba di Stesen Padang Besar pada jam 9.22 pagi.  
Suasana di stesen kelihatan agak sibuk kerana di Platform 3 terdapat satu jajaran tren kontena manakala di Platform 4 kelihatan keretapi mewah Eastern & Oriental Express sedang menunggu pelepasan menuju ke Butterworth.  
Tren Antarabangsa No. 35 tiba di stesen ini pada jam 10.20 pagi.  
Semua penumpang-penumpang yang tiba dengan keretapi ini turun untuk pemeriksaan kastam dan imigresen.

Tepat jam 10.42 pagi, dua koc Keretapi Thai disambung kepada sebuah lokomotif Kelas YDM4.  
Jam 11.00 pagi tren perlahan-lahan meninggalkan Stesen Padang Besar.  
Lokomotif ini sedang melansir koc-koc Senandung Langkawi untuk meneruskan perjalanan ke Haadyai.  
Di kawasan ini, sistem elektrifikasi telah siap dipasang.  
Sehingga hari ini aku masih tercari-cari jawapan untuk apa pondok kecil ini didirikan berhampiran dengan landasan. Ia terletak di KM 148.25 dari Bukit Mertajam.  
Ini Stesen Bukit Ketri yang baharu. Kelihatan sistem elektrifikasi belum dipasang lagi.  
Ini pula Stesen Bukit Ketri sementara.  
Salah sebuah jentera yang digunakan untuk memasang kabel sistem elektrifikasi.  
Sempadan negeri Kedah dan Perlis 
Stesen Arau yang baharu  
Jumpa di Bahagian 2 selepas ini.