Pada 1
April 2014 yang lalu, aku mengambil kesempatan masa yang terluang untuk menaiki
keretapi dari Sungai Petani ke Padang Besar, Padang Besar ke Butterworth dan
Butterworth ke Sungai Petani. Jadi peluang yang ada membolehkan aku mengambil
gambar di sepanjang landasan dari Butterworth ke Padang Besar.
Aku
bergerak ke Padang Besar dengan menaiki Tren No. 20 dari Stesen Sungai Petani
yang tiba di stesen sekitar jam 7.00 pagi. Memandangkan aku agak mengantuk
kerana bangun awal, aku tidur sebentar selepas mengambil tempat sehingga tren
menghampiri Stesen Gurun. Penumpang kelihatan agak ramai dan aku dimaklumkan
bahawa keadaan ini sudah menjadi kebiasaan pada hari Isnin atau Selasa.
Tiket-tiket hanya akan dikeluarkan di dalam koc oleh pemeriksa tiket yang
bertugas.
Di stesen ini kelihatan ramai
penumpang yang turun dan naik koc. Kebanyakkan yang naik itu bertujuan untuk ke
Arau atau Padang Besar.
Stesen
Gurun yang baharu masih belum ditauliah walaupun rasanya semua yang berkaitan
sudah dibereskan. Mungkin ada peralatan-peralatan yang masih dalam ujian
penerimaan.
Lokomotif YDM mengeluarkan asap
yang tebal sewaktu melintasi Kabin Tokai.
Tren
berhenti di Stesen Alor Setar pada jam 8.07 pagi. Semakin ramai penumpang yang
naik di stesen ini tetapi yang turun tidak berapa ramai.
Sistem elektrifikasi telah siap
dipasang.
Tren bergerak perlahan sewaktu
memasuki Kabin Anak Bukit pada jam 8.27 pagi.
Di sini juga kelihatan sistem
elektrifikasi telah siap dipasang.
Dahulu di gudang beras ini terdapat
sisian keretapi, tetapi kini telah dibongkar. Gudang ini terletak berhadapan
dengan Stesen Keretapi Arau yang sementara. Tren berhenti di stesen ini pada
jam 8.46 pagi.
Di sini sistem elektrifikasi masih
belum dipasang oleh pihak kontraktor.
Kelihatan loko kepunyaan CIMA Bukit
Ketri sedang membuat kerja-kerja lansiran di sisian CIMA.
Pada jam
9.05 pagi, tren melintasi Stesen Bukit Ketri.
Akhir tren tiba di Stesen Padang
Besar pada jam 9.22 pagi.
Suasana di stesen kelihatan agak
sibuk kerana di Platform 3 terdapat satu jajaran tren kontena manakala di
Platform 4 kelihatan keretapi mewah Eastern & Oriental Express sedang
menunggu pelepasan menuju ke Butterworth.
Tren Antarabangsa No. 35 tiba di
stesen ini pada jam 10.20 pagi.
Semua penumpang-penumpang yang tiba
dengan keretapi ini turun untuk pemeriksaan kastam dan imigresen.
Tepat jam 10.42 pagi, dua koc
Keretapi Thai disambung kepada sebuah lokomotif Kelas YDM4.
Jam 11.00 pagi tren perlahan-lahan
meninggalkan Stesen Padang Besar.
Lokomotif ini sedang melansir
koc-koc Senandung Langkawi untuk meneruskan perjalanan ke Haadyai.
Di kawasan ini, sistem
elektrifikasi telah siap dipasang.
Sehingga hari ini aku masih
tercari-cari jawapan untuk apa pondok kecil ini didirikan berhampiran dengan
landasan. Ia terletak di KM 148.25 dari Bukit Mertajam.
Ini Stesen
Bukit Ketri yang baharu. Kelihatan sistem elektrifikasi belum dipasang lagi.
Ini pula Stesen Bukit Ketri
sementara.
Salah sebuah jentera yang digunakan
untuk memasang kabel sistem elektrifikasi.
Sempadan negeri Kedah dan Perlis
Stesen Arau yang baharu
Jumpa di Bahagian 2 selepas
ini.
No comments:
Post a Comment