Saturday, 17 October 2009

Landasan Teluk Anson

Landasan keretapi bagi cawangan Teluk Anson dan Tapah Road telah dibuka secara rasmi untuk trafik pada 18 Mei 1893. Upacara ini disaksikan oleh pembesar-pembesar negeri termasuk Gabenor Cecil Clementi, Residen Perak, Sir Frank Swettenham, Penguasa Hilir Perak dan Pegawai Kanan Keretapi serta pelawat-pelawat jemputan. Sempena dengan perasmian landasan keretapi Teluk Anson - Tapah Road ini, satu upacara khas memasang penghubung terakhir di jambatan Bidor sebagai tanda perasmiannya juga telah dilakukan.


Landasan sepanjang 29.10 kilometer ini mengandungi:

BIL

KM

TT

BATU

STESEN / PERHENTIAN

1.

0/0

144/23

Stesen Tapah Road

2.

3/30

3 ¾

Perhentian Changkat Petai1

3.

6/10

Lintasan Rata Degong

4.

10.42

6/23

6 ¾

Stesen Degong

5.

12.98

8/08

Stesen Chikus

6.

16.59

10/10

10 ¼

Stesen Sungei Tukang Sidin

7.

19.01

11/32

Perhentian Permatang

8.

22.19

13/19

Stesen Sungei Kerawai

9.

Stesen Sungai Manik2

10.

16/18

Lintasan Rata Teluk Anson Town

11.

26.76

16/20

16 ½

Stesen Teluk Anson Town

12.

Lintasan Rata Teluk Anson Wharf

13.

17/08

Sisian Standard Oil Company

14.

17/09

Lintasan Rata Standard Oil Company

15.

17/16

Lintasan Rata Stesen Teluk Anson Wharf

16.

29.10

17/16

17 ¾

Waf Teluk Anson


NOTA:


1. Terdapat di dalam Malayan Railway Administration – Working Time – Table No. 6 (Effective from 19 May 1958)


2. Terdapat di dalam Malayan Railway – Working Instructions, Part II as from 15 October 1954. Chapter VIII. Section 1 – Accommodation and Appliances At Station – Teluk Anson Branch.

Landasan keretapi ini adalah yang keempat dibuka di Negeri Perak. Landasan keretapi pertama ialah di antara Taiping dengan Port Weld, manakala landasan keretapi kedua di antara Taiping dengan Kamunting dan landasan keretapi ketiga di antara Kemunting dengan Hulu Sepetang. Kerja-kerja pembinaan landasan keretapi ini telah menghadapi banyak kesulitan kerana sebuah jambatan terpaksa dibina bagi merentasi Sungai Bidor.

Apabila landasan cawangan ini siap dan dibuka untuk trafik pada tahun 1893, ia menjadi sambungan kepada pembinaan sistem perhubungan keretapi. Kegiatan meluaskan lagi perkhidmatan keretapi ke tempat - tempat lain terus diperhebatkan kerana ia adalah pelaburan yang amat menguntungkan. Pendapatan yang diperolehi dari perkhidmatan keretapi dapat menampung kekurangan perbelanjaan untuk menambah landasan – landasan keretapi yang baru.

Kebanyakan tren yang dilarikan di cawangan ini adalah tren campur (sebuah locomotif + dua koc penumpang + gerabak barang). Perjalanan dari Tapah Road ke Waf Teluk Anson mengambil masa lebih kurang satu jam kecuali apabila berselisih. Tempat untuk tren berselisih (crossing) hanyalah di Stesen Sungei Tukang Sedin.

Berikut adalah jadual waktu perjalanan tren terakhir di cawangan ini beberapa bulan sebelum ditamatkan perkhidmatan.

C

C

C

C

C

C

C

371

373

375

372

374

376

376*

3

3

3

Stesen

3

3

3

3

0610

1125

1515

b

Tapah Road

t

1022

1502

1951

2011

0702

1217

1609

t

Pekan Teluk Intan

t

0926

1406

1856

1916

0709

1224

1616

t

Waf Teluk Intan

b

0920

1400

1850

1910

*Untuk hari Jumaat sahaja.

Pada 1 Jun 1989, KTMB telah menamatkan perkhidmatan keretapi dari Tapah Road ke Teluk Anson atas sebab kurang mendapat sambutan lantaran sudah adanya jalanraya yang banyak memberi keselesaan kepada penduduk sepanjang landasan.

Berikut adalah serba sedikit catatan tentang stesen dan perhentian di cawangan ini.

Changkat Petai

Hanyalah sebuah perhentian kecil.

Degong

Sebuah Stesen Tanpa Kuncikait. Asalnya mempunyai sebuah platform sepanjang 424 kaki di sebelah kiri landasan dan mempunyai gegelung sepanjang 1371 kaki.


Chikus

Merupakan sebuah stesen biasa (Non – block Station).


Sungei Tukang Sidin

Adalah sebuah Stesen Blok (Stesen Tanpa Kuncikait). Mempunyai platform untuk tren naik sepanjang 300 kaki dan platform untuk tren turun juga sepanjang 300 kaki. Mempunyai gegelung sepanjang 1033 kaki yang dapat menampung 41 unit gerabak. Ada juga yang melaporkan panjang gegelung di stesen ini adalah 1320 kaki.

Permatang

Sebuah perhentian yang dilengkapi dengan tempat menjual tiket.


Sungei Kerawai

Sebuah stesen biasa (Non – Block Station).


Sungei Manik

Mempunyai platform sepanjang 112 kaki di sebelah kiri landasan. Walau bagaimanapun, lokasi sebenar stesen ini masih lagi dalam pencarian.


Bandar Teluk Anson

Sebuah perhentian yang dilengkapi dengan tempat menjual tiket. Mempunyai platform sepanjang 386 kaki di sebelah kanan landasan.


Waf Teluk Anson

Adalah sebuah Stesen Blok (Stesen Tanpa Kuncikait). Mempunyai platform untuk tren naik sepanjang 245 kaki dan platform untuk tren turun juga sepanjang 245 kaki. Mempunyai gegelung sepanjang 771 kaki yang dapat menampung 30 unit gerabak. Di waf ini pernah terdapat kemudahan untuk menyimpan lokomotif, sebuah turntable, tempat memeriksa gerabak dan koc serta tempat memunggah barang – barang pukal. Terdapat jambatan penimbang dengan kapasiti maksimum 20 ton.

Terima kasih tidak terhingga kepada Benny Ooi atas sumbangan gambar dan peta di atas.

Friday, 16 October 2009

Api - Bila Kecil Menjadi Kawan, Bila Besar Menjadi Lawan

Itulah yang berlaku ke atas sebuah rumah berhampiran dengan Pekan Parit pada hari Khamis yang lepas (15 Oktober 2009).

Dua buah rumah musnah sama sekali dalam kejadian yang berlaku kira - kira jam 3 petang itu.

Menurut orang kampung, sebuah dari rumah yang musnah itu sudah lama tidak berpenghuni manakala sebuah lagi rumah didiami oleh seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang jahit dan anaknya yang merupakan seorang OKU.

Sebuah jentera BOMBA dari Balai Bomba Parit telah datang memadam kebakaran dan mengawal api dari merebak ke rumah berdekatan.

Sesungguhnya memang benar kata bidalan, API - bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Aku turut bersimpati terhadap musibah yang melanda kedua - dua keluarga malang itu. Moga mereka tabah menghadapi dugaan dari Allah dan kembali meneruskan hidup dengan sumbangan dari orang ramai yang mencurah - curah tiba petang semalam.

Belajat IT PERCUMA!!!

Kepada rakan - rakan yang ingin memahirkan diri dalam bidang teknologi maklumat (IT), sila kunjungi http://alison.com/ dan daftar sebagai pelajar.

Setakat ini, aku sudah mendaftar sebagai pelajar dan telah beberapa minggu mengikuti kelas yang disediakan, dan diakhir satu - satu bab akan diadakan ujian.

Kursus ini terbuka kepada semua dan tidak menetapkan tempoh masa untuk anda menamatkan sesuatu pelajaran.
Sesungguhnya tidak rugi mengikuti kelas online seperti ini. Mohon semua pengunjung menyebarkan berita ini kepada kawan - kawan yang lain.

England..3 Belarus..0

England menamatkan kempen Kelayakan Bolasepak Piala Dunia Kumpulan Enam Eropah dengan mencatat kemenangan ketujuh selepas mengalahkan Belarus 3 - 0 di Wembley pada 14 Oktober yang lepas.

Seramai 76,897 orang penonton memenuhi Stadium Wembley yang turut menyambut Belarus sebagai negara yang ke 57 bermain di padang stadium keramat itu.

Gol - gol England adalah hasil jaringan Peter Crouch pada minit ke-4 dan minit ke-76 serta jaringan Shaun Wright-Phillips di minit ke-59.

Crouch begitu gembira apabila dapat menyumbangkan dua gol buat England

Wednesday, 14 October 2009

Brighton..2 Gillingham..0

Brighton & Hove Albion melangkah keluar dari zon turun ke Liga Coca Cola Bahagian Dua setelah mencatat kemenangan 2 - 0 ke atas Gillingham di Stadium Withdean, awal pagi tadi.
Glenn Murray sedang dikejar oleh seorang pemain Gillingham
Gol jaringan Elliott Bennett (minit ke-24) dan Tommy Elphick (minit ke-78) cukup melegakan buat pengurus pasukan, Russell Slade yang membuat empat pertukaran sewaktu menamakan kesebelasan utama semalam.

Jim McNulty kembali menerajui benteng pertahanan setelah sembuh dari kecederaan pinggang sementara Adam Virgo mengambil alih tempat James Tunnicliffe. Matt Thornhill mengisi Aaron Davies manakala Glenn Murray menggantikan Liam Dickinson. Turut bermain dalam perlawanan ini ialah Gavin Hoyte, pemain pertahanan yang dipinjam dari Arsenal.

Brighton kini menghuni tangga ke-17 liga dengan mengutip 13 mata daripada 12 perlawanan.

Perlawanan Brighton seterusnya adalah pada 17 Okt 2009 menentang Tranmere Rovers di Prenton Park, Tranmere.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Hoyte, Virgo, Elphick, McNulty; Bennett, Crofts, Dicker, Thornhill; Murray (Hart 67), Forster (Dickinson 46). Pemain simpanan yang lain: Smith (GK), Wright, Cox, Tunnicliffe, A Davies.