Sunday, 11 October 2009

Yeovil Town..2 Brighton..2

Kelebihan dua gol di separuh masa pertama gagal dikekalkan oleh pasukan Brighton dalam perlawanan yang berlangsung di Huish Park, Yeovil. Akibatnya, Yeovil Town mengganas di separuh masa kedua dan menjaringkan dua gol sekaligus menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2 - 2.

Dua gol pasukan Brighton adalah hasil jaringan Andrew Croft (minit ke-6) dan Liam Dickinson (minit ke-41) dalam perlawanan sengit yang disaksikan oleh seramai 4,412 orang penonton.

Liam Dickinson

Dengan keputusan ini, pasukan Brighton kekal di tangga ke 21 liga selepas 10 perlawanan dengan menghasilkan 11 mata.

Perlawanan seterusnya bagi Brighton & Hove Albion adalah menentang Gillingham Town di Stadium Whitdean, Brighton pada 13 Oktober nanti.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Hoyte, Tunnicliffe, Elphick, Wright; Bennett, Crofts, Dicker, A Davies (Cox 73); Forster, Dickinson (Murray 59). Pemain simpanan yang lain: McNulty, Hart, Thornhill, Smith, Virgo.

No comments:

Post a Comment