Friday 9 December 2011

Hadith Pilihan

Tatatertib Wanita di Dalam Masjid

Yahya bin Qaza'ah menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Said, daripada az-Zuhri, daripada Hind binti Harith daripada Ummu Salamah katanya: Apabila Rasulullah s.a.w memberi salam, wanita-wanita bangun ketika selesai salam Baginda dan Baginda duduk sekejap pada tempatnya sebelum Baginda bangun. Katanya: Kami berpendapat wallahu a'laam, itu adalah bertujuan supaya wanita-wanita beredar lebih dahulu daripada lelaki.

Penjualan Tiket Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2012

Untuk pengetahuan semua, KTMB akan mula menjual tiket - tiket bagi perjalanan semasa cuti Tahun Baru Cina 2012 mulai 20 Disember 2011. Sila semak jadual di bawah agar kalian dapat merancang percutian dengan lebih lancar.

Pastikan percutian kalian dengan perkhidmatan antarabandar KTMB.. Pantas Selesa Ceria

Thursday 8 December 2011

Pameran Nama Pemilih Yang Rekodnya Meragukan

PAMERAN 42,051 NAMA PEMILIH YANG REKODNYA MERAGUKAN

SPR sedang mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih yang rekodnya meragukan bukan untuk tujuan tuntutan atau bantahan. Sebaliknya untuk tujuan pengesahan daripada pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamerkan itu.

[ SEMAK NAMA PEMILIH ]

Tambang Murah ETS Mengikut Zon

Dalam usaha menarik lebih ramai pengguna ETS, satu promosi tambang murah ETS mengikut zon telah diperkenalkan.

Secara kasar ianya terbahagi kepada empat zon iaitu:

1. Zon A (Bagi sektor Tapah Road - Ipoh)

2. Zon B (Bagi sektor Slim River - Kuala Lumpur Sentral)

3. Zon C (Bagi sektor Kuala Lumpur Sentral - Seremban)

4. Zon D (Bagi sektor Seremban - Kuala Lumpur Sentral)

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, sila klik.

Program Sempena Fenomena Gerhana Bulan

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH!

Sempena peristiwa tersebut, Masjid Negara akan mengadakan Solat Sunat Gerhana dan Khutbah Khas pada 10 Disember 2011 (Sabtu) bersamaan 15 Muharram 1433H bermula jam 7.00 malam sehingga jam 10.00 malam. Muslimin muslimat dijemput hadir.

Tuesday 6 December 2011

Di Sebalik Senyuman

lama ku pendam
segala duka lara di hatiku
lama ku nanti
sinaran cinta bahagia
bilakah akan
terhapusnya derita ini
yang masih menggigit hati
musim berganti
kau masih terlintas di ingatanku
semakin hari
rinduku semakin menyala
di mana-mana
wajahmu menjelma saja
di hati ingin bertemu
di sebalik senyuman
ada cerita duka
di balik sinar basah di mataku
cintaku terluka
aku masih terus begini
tak henti mengingatimu...

Bertaqwalah Kepada Allah S.W.T.

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi).

Yang dimaksudkan dengan kaya di sini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.

Lintasan Rata Tampin Tinggal Kenangan

Bermula 5 Disember 2011 jam 0001H (12.01 tengah malam), berakhir sudah tugas penjaga get apabila lLintasan Rata Tampin ditutup sepenuhnya sesuai dengan perlaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban - Gemas.

Lintasan rata ini banyak menyimpan sejarah pahit manis sepanjang ianya berkhidmat samada kepada penduduk setempat, pengguna jalanraya apatah lagi kepada perkhidmatan keretapi.

Aku masih ingat, apabila ada tren barang yang perlu dilansir (shunting), maka lintasan rata ini perlu ditutup untuk satu jangka masa yang lama. Maka terpaksalah kenderaan motor menunggu sehingga terpaksa berbaris panjang menunggu sudahnya gerabak - gerabak dilansir.

Pernah juga lintasan rata ini menerima pengunjung yang tak diundang iaitu satu jajaran tren barang yang penyambungnya terlucut dari lokomotif menyebabkan tren tersebut menggelonsor sewaktu menaiki bukit.

Terima kasih kepada Lintasan Rata Tampin kerana memberi khidmatnya yang tidak berbelah bagi kepada semua pengguna jalanraya.

Sunday 4 December 2011

Undian Pusingan Ketiga Piala FA England

Brighton dijadualkan untuk bertemu pasukan Wrexham dalam pusingan ketiga Piala FA England dalam undian yang telah diadakan malam ini (4 Disember 2011).

Berikut adalah senarai perlawanan pusingan ketiga Piala FA England:

Arsenal lwn Leeds United
Barnsley lwn Swansea City
Birmingham City lwn Wolverhampton Wanderers
Brighton & Hove Albion lwn Wrexham
Bristol Rovers lwn Aston Villa
Chelmsford City atau Macclesfield Town lwn Bolton Wanderers
Chelsea lwn Portsmouth
Coventry City lwn Southampton
Crawley Town lwn Bristol City
Dagenham & Redbridge atau Walsall lwn Millwall
Derby County lwn Crystal Palace
Doncaster Rovers lwn Sutton United atau Notts County
Everton lwn Tamworth
Fleetwood Town atau Yeovil Town lwn Blackpool City
Fulham lwn Charlton Athletic
Gillingham lwn Stoke City
Hull City lwn Ipswich Town
Liverpool lwn Southend United atau Oldham Athletic
Manchester City lwn Manchester United
Middlesbrough lwn Shrewsbury Town
MK Dons lwn Queens Park Rangers
Newcastle United lwn Blackburn Rovers
Norwich City lwn Burnley
Nottingham Forest lwn Leicester City
Peterborough United lwn Sunderland
Reading lwn Stevenage Borough
Sheffield United lwn Salisbury City atau Grimsby Town
Sheffield Wednesday lwn West Ham United
Swindon Town lwn Wigan Athletic
Tottenham Hotspur lwn Cheltenham Town
Watford lwn Bradford City
West Bromwich Albion lwn Cardiff City

Semua perlawanan akan dilangsungkan pada 7 atau 8 Januari 2012.

Wrexham adalah sebuah kelab yang bermain dalam liga bawahan yang layak ke pusingan ketiga setelah mengatasi Brenford 1 - 0 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung semalam.

Kelab ini telah ditubuhkan pada 28 September 1872 dan kini bermain dalam 'Conference League' iaitu liga bolasepak peringkat kelima dalam sistem liga bolasepak England. Pemenang liga ini akan dinaikkan ke Liga Bahagian 2 musim berikutnya.

Merupakan salah sebuah kelab yang berpangkalan di Wales yang bermain dalam Liga England selain Swansea City, Cardiff City dan Shrewsbury Town.

Wrexham sebelum ini pernah bermain dalam Liga Bahagian 1 serta 2 dan telah diturunkan ke Liga Konferensi pada musim 2008/09.

Pengurus pasukan Wrexham pada ketika ini adalah Andy Morrell manakala gelanggang tempat sendiri pasukan ini adalah Racecourse Ground.

Brighton..1 Nottingham Forest..0

Jaringan lewat permainan oleh pemain simpanan Will Buckley memastikan Brighton mencatat kemenangan dramatik 1 - 0 ke atas Nottingham Forest malam tadi (3 Disember 2011) - untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut untuk pasukan anak didik Gus Poyet.

Poyet membuat empat perubahan daripada kesebelasan utama yang menang di Derby County malam Selasa lepas dengan dua pemain dari Amerika Selatan, Gonzalo Jara Reyes dan Mauricio Taricco kembali menguatkan barisan pertahanan Brighton.

Pemain pertahanan kanan dari Chile itu kembali dari kecederaan dan menggantikan Inigo Calderon yang digantung satu perlawanan.

Manakala Mauricio Taricco yang kembali sesudah menjalani penggantungan dua perlawannan bermain sebagai pertahanan kiri, Romain Vincelot disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Di bahagian tengah pula, Craig Noone mengambil tempat Ryan Harley, sementara Billy Paynter mengisi tempat Will Hoskins di bahagian serangan.

Kedua - dua pasukan saling serang menyerang sepanjang perlawanan yang menarik ini, malangnya tindakan penyudah yang kurang kemas membuatkan peminat bolasepak seramai 20,385 orang itu kehampaan. Seramai 2,402 orang penyokong setia pasukan Nottingham Forest turut mengiringi pasukan mereka.

Pada ketika perlawanan kelihatan akan berkesudahan dengan seri 0 - 0, penyerang berusia 22 tahun itu menjadi wira dengan menjaringkan gol dalam waktu kecederaan buat kali kedua musim ini.

Craig Mackail-Smith membuat satu larian menarik dari sebelah kanan dan menyilangkan bola ke kawasan gol, bola yang sampai di kaki Romain Vincelot kemudiannya diumpan kepada Buckley dan pemain sayap Brighton itu dengan tenang merembat bola melepasi penjaga gol Nottingham Forest Lee Camp, dari jarak 12 kaki.

Buckley keriangan selepas dapat menjaringkan gol
Dengan kemenangan ini, Brighton kini menghuni tangga keenam Liga Kejuaraan dengan mengumpulkan 32 mata daripada 20 perlawanan. Southampton masih kekal di takhta liga dengan mengumpul 42 mata juga daripada 20 perlawanan diikuti West Ham United (40 mata), Middlesbrough (35 mata) serta Cardiff City dan Leeds United (34 mata)

Perlawanan seterusnya pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 di Stadium Riverside menentang Middlesbrough.

KESEBELASAN UTAMA

Albion: (4-3-3) Ankergren; Jara Reyes, Greer, Dunk, Taricco; Navarro (Vincelot 85), Noone (Buckley 76), Bridcutt; Paynter, Mackail-Smith, Barnes (LuaLua 55). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), El-Abd.

Nottingham Forest: (4-4-2) Camp; Cunningham, Chambers, Morgan, Gunter; Anderson (Moloney 89), Greening, Moussi, Majewski; McCleary (McGoldrick 82), Tudgay. Pemain simpanan yang lain: Smith (GK), McGugan, Blackstock.