Sunday 4 December 2011

Brighton..1 Nottingham Forest..0

Jaringan lewat permainan oleh pemain simpanan Will Buckley memastikan Brighton mencatat kemenangan dramatik 1 - 0 ke atas Nottingham Forest malam tadi (3 Disember 2011) - untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut untuk pasukan anak didik Gus Poyet.

Poyet membuat empat perubahan daripada kesebelasan utama yang menang di Derby County malam Selasa lepas dengan dua pemain dari Amerika Selatan, Gonzalo Jara Reyes dan Mauricio Taricco kembali menguatkan barisan pertahanan Brighton.

Pemain pertahanan kanan dari Chile itu kembali dari kecederaan dan menggantikan Inigo Calderon yang digantung satu perlawanan.

Manakala Mauricio Taricco yang kembali sesudah menjalani penggantungan dua perlawannan bermain sebagai pertahanan kiri, Romain Vincelot disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Di bahagian tengah pula, Craig Noone mengambil tempat Ryan Harley, sementara Billy Paynter mengisi tempat Will Hoskins di bahagian serangan.

Kedua - dua pasukan saling serang menyerang sepanjang perlawanan yang menarik ini, malangnya tindakan penyudah yang kurang kemas membuatkan peminat bolasepak seramai 20,385 orang itu kehampaan. Seramai 2,402 orang penyokong setia pasukan Nottingham Forest turut mengiringi pasukan mereka.

Pada ketika perlawanan kelihatan akan berkesudahan dengan seri 0 - 0, penyerang berusia 22 tahun itu menjadi wira dengan menjaringkan gol dalam waktu kecederaan buat kali kedua musim ini.

Craig Mackail-Smith membuat satu larian menarik dari sebelah kanan dan menyilangkan bola ke kawasan gol, bola yang sampai di kaki Romain Vincelot kemudiannya diumpan kepada Buckley dan pemain sayap Brighton itu dengan tenang merembat bola melepasi penjaga gol Nottingham Forest Lee Camp, dari jarak 12 kaki.

Buckley keriangan selepas dapat menjaringkan gol
Dengan kemenangan ini, Brighton kini menghuni tangga keenam Liga Kejuaraan dengan mengumpulkan 32 mata daripada 20 perlawanan. Southampton masih kekal di takhta liga dengan mengumpul 42 mata juga daripada 20 perlawanan diikuti West Ham United (40 mata), Middlesbrough (35 mata) serta Cardiff City dan Leeds United (34 mata)

Perlawanan seterusnya pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 di Stadium Riverside menentang Middlesbrough.

KESEBELASAN UTAMA

Albion: (4-3-3) Ankergren; Jara Reyes, Greer, Dunk, Taricco; Navarro (Vincelot 85), Noone (Buckley 76), Bridcutt; Paynter, Mackail-Smith, Barnes (LuaLua 55). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), El-Abd.

Nottingham Forest: (4-4-2) Camp; Cunningham, Chambers, Morgan, Gunter; Anderson (Moloney 89), Greening, Moussi, Majewski; McCleary (McGoldrick 82), Tudgay. Pemain simpanan yang lain: Smith (GK), McGugan, Blackstock.

No comments:

Post a Comment