Saturday, 3 October 2009

England Tersingkir


England menamatkan kempen dalam Pertandingan Bolasepak Piala Dunia Bawah Umur 20 dengan mencatat keputusan seri 1 - 1 ketika menentang Uzbekistan di Stadium Mubarak, Suez awal pagi tadi.



Ivan Nagaev menjaringkan gol untuk Uzbekistan dalam minit ke-77. Walau bagaimanapun jaringan Alex Tchuimeni-Nimely dua minit sebelum tamat perlawanan menyelamatkan maruah England.

Kekecewaan jelas tergambar dari riak muka para pemain England

Wednesday, 30 September 2009

Sila Hebahkan

Diharap anda tidak terpengaruh untuk menyebarkan emel yang mengandungi hadis palsu ini......

HADIS PALSU: PROPANGANDA YAHUDI 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal.." Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab:

"Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini.. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!

Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya.. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?

Terima Kasih Nur Izyan Hazwani

(nurizyanhazwani@yahoo.com)

Bacalah Surah Yassin Selalu

Assalammualaikum,

BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"
Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca Surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya .

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yang KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa ' at kepada manusia lain...

Terima kasih buat Nur Izyan Hazwani (nurizyanhazwani@yahoo.com)

England Tewas Lagi

England tewas 0 - 4 kepada Ghana dalam perlawanan peringkat Kumpulan D, Kejohanan Bolasepak Piala Dunia bawah 20 Tahun yang berlangsung di Ismailia, Mesir awal pagi tadi.



Ghana mendahului 1 - 0 dalam minit ke 38 jaringan Dominic Adiyiah. Tiga gol lagi dihasilkan di separuh masa kedua oleh Andre Ayew (minit ke-57), Ransford Osei (minit ke-82) dan Dominic Adiyiah (minit ke-88).

Kedudukan dalam Kumpulan D

Dengan keputusan ini, harapan England untuk meneruskan cabaran ke Pusingan Kedua kejohanan kelihatan agak sukar.

Sedikit Mengenai Landasan Mersing - Kuantan

Sekitar tahun 1930-an, kemelesetan ekonomi telah mengganggu perkembangan dan perancangan pembangunan FMSR. Keadaan ini memaksa FMSR menggantung projek - projek baru dan hanya membina landasan yang difikirkan menguntungkan.

Ini bermakna, hanya landasan cabang (cawangan) yang pendek sahaja akan dibina dan disambungkan dengan landasan utama.

Dengan keputusan tersebut, hasrat untuk melihat pembinaan landasan keretapi ke Terengganu berkubur. Malah Kerajaan Negeri Johor juga telah membatalkan rancangan untuk membina landasan keretapi yang menghubungkan Johor Bahru dengan Mersing, Endau, Batu Pahat dan Muar.

Ketetapan tersebut juga telah menyebabkan projek pembinaan landasan keretapi antara Kuala Lumpur ke Kuantan tidak dapat dilaksanakan.

Semasa mesyuarat pertama Lembaga Perhubungan Tanah Melayu pada 21 September 1930, telah dibangkitkan syor untuk membina jalan keretapi pantai timur dari Mersing melalui Kuantan, ke Kuala Terengganu dan dipanjangkan terus ke Kota Bharu, Kelantan.

Walau bagaimanapun, syor ini telah ditolak. Ahli lembaga yang bersidang lebih bersetuju dengan syor kedua untuk membina landasan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Akhirnya, projek pembinaan landasan ini telah ditangguhkan, termasuklah pembinaan landasan menyusur pantai dari Kelantan ke Johor Bahru melalui Terengganu dan Pahang.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila dapatkan:
a. Buku Sejarah Keretapi Di Malaysia yang ditulis oleh Saudara M. A. Fawzi Basri.
b. Slide bertajuk "Road or Rail? Competition in Colonial Malaya 1909 - 1940" oleh Puan Amarjit Kaur.

Tuesday, 29 September 2009

Sisian Butterworth - NBCT

Projek sambungan rel ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara atau North Butterworth Container Terminal (NBCT) adalah salah satu projek pembangunan insfrastruktur yang diluluskan oleh kerajaan di bawah kementerian Pengangkutan bagi melancarkan pengangkutan kontena dari NBCT ke stesen - stesen keretapi sebelah utara dan selatan Thailand.

Peta laluan ke NBCTPembinaan laluan rel sepanjang 2.5 km dan sisian untuk yad NBCT sepanjang 850 meter bermula dari Stesen Butterworth.

Titik permulaan bagi Landasan Jalan Ibu (kiri) dan Landasan Cawangan NBCT (kanan) Ianya merentasi kawasan Terminal Feri, menyusuri pantai melalui belakang Depoh Esso, Shell dan Malaysian Smelting Corporation terus ke Pangkalan Kontena NBCT.

Laluan ke NBCT
Landasan yang berharga RM 234 juta ini disiapkan pada awal Mac 2000. Ianya mampu mempercepatkan proses pengendalian kontena di antara NBCT dan Stesen keretapi Butterworth kepada hanya 10 minit berbanding 24 jam sebelum itu.

Sebuah lokomotif sedang melalui di belakang Depoh Shell

Majalah Jajaran

Seperti lain - lain jabatan, Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai suara rasmi mereka sendiri. Ianya dikenali dengan nama Jajaran.

Majalah Jajaran keluaran Disember, 1982

Majalah Jajaran keluaran Januari / Februari, 1986

Majalah Jajaran keluaran Mei, 1994
Terdapat berbagai saiz majalah ini sewaktu ianya diterbitkan. Banyak berita dan maklumat yang boleh kita perolehi di dalam majalah ini.

Malangnya penerbitan majalah ini tidak kekal lama. Keluaran Jun 1997 adalah penerbitan terakhir majalah ini. Diharap agar pihak KTMB dapat menerbitkan semula majalah ini di masa akan datang.

Sunday, 27 September 2009

Junior World Cup


England tewas 0 - 1 ketika menentang Uruguay dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Bawah 20 Tahun di Ismailia, Mesir awal pagi tadi.

Gol tunggal Uruguay adalah hasil jaringan pemain gantian Tabare Viudez dalam minit ke 84.


ENGLAND:
21 Elliott PARISH (GK)
2 Kieran TRIPPIER
4 Adam CLAYTON
5 Martin KELLY
6 Ben MEE
7 Febian BRANDY (-77' )
8 Josh WALKER (C)
9 Alex TCHUIMENI-NIMELY
11 Paul MARSHALL (-72' )
12 Matthew JAMES
14 Matthew BRIGGS (-46'HT )

SIMPANAN:
1 Jason STEELE (GK)
13 Mark OXLEY (GK)
3 Jordan PARKES
10 Michael WOODS
15 Gavin HOYTE
16 Nana OFORI-TWUMASI (+46'HT)
17 Jonathan OBIKA (+72')
18 Samel BALDOCK
19 Gary GARDNER (+77')
20 Andrew TUTTE

Sambutan Hari Raya

Di sepanjang Bulan Syawal ini, ramai saudara mara dan sahabat - sahabat yang sudi untuk mengadakan rumah terbuka. Tujuannya selain daripada untuk bermaaf - maafan dan menjalin silaturahim sesama insan, ada juga yang mengambil kesempatan untuk 'menunjuk - nunjuk' .

Berbagai hidangan yang disediakan bagi mewarnai rumah terbuka yang diadakan. Tak kurang juga ada yang mengalami sakit perut akibat memakan makanan yang berbagai rasa. Ada juga tuan rumah tidak mementingkan aspek kebersihan sewaktu menyediakan juadah. Akibatnya, pengunjung yang nak berseronok, terpaksa menanggung kesakitan.

Bristol Rovers..1 Brighton..1

Pasukan Brighton and Hove Albion memungut satu berharga tatkala seri 1 - 1 ketika menentang Bristol Rovers di Memorial Ground, Bristol sebentar tadi (Sabtu, 26 September 2009).

Adam El-Abd mencatat sejarah peribadi apabila membuat penampilan ke 200 bersama pasukan Brighton.

Adam El-Abd
Glenn Murray kembali ke bangku simpanan selepas pembedahan hernia, sama seperti Graeme Smith yang mengalami masalah buku lali. David Livermore adalah di antara pemain simpanan yang tersenarai, tetapi nama Alan Navarro tercicir dari skuad ke Bristol.

Gol tunggal pasukan Brighton adalah hasil jaringan James Tunnicliffe pada minit ke 56, berpunca dari tendangan sudut oleh Arron Davies.

James Tunnicliffe sewaktu merayakan jaringan beliau.
Walaupun mencatat keputusan seri dan memungut satu mata, kini pasukan Brighton menghuni tangga ke 21 Liga Coca Cola Bahagian Satu, turun dua anak tangga dari minggu lalu.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Virgo, Elphick, Tunnicliffe, El-Abd; Bennett, Crofts, Dicker, A Davies (Cox 74); Forster (Hart 81), Dickinson (Wright 45 +2). Pemain simpanan yang lain: G Smith (GK), Thornhill, Livermore, Murray.

Perjuangan Bermula


Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Bawah Umur 20 Tahun sedang berlangsung di beberapa bandaraya di Mesir bermula 24 September sehingga 16 Oktober 2009.

Sebanyak 24 buah negara layak pada kejohanan kali ini iaitu:

Kumpulan A: Mesir, Itali, Paraguay dan Trinidad & Tobago.
Kumpulan B: Sepanyol, Venezuela, Nigeria dan Tahiti.
Kumpulan C: Jerman, Cameroon, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Kumpulan D: Ghana, Uzbekistan, England dan Uruguay.
Kumpulan E: Brazil, Costa Rica, Rep Czech dan Australia.
Kumpulan F: Emiriah Arah Bersatu, Afrika Selatan, Honduras dan Hungary.

Dari jadual yang dikeluarkan, England akan memulakan kempen di Bandaraya Ismailia pada 26 September 2009 menentang Uruguay. Ini diikuti dengan perlawanan menentang Ghana pada 29 September 2009 di tempat yang sama. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi England adalah menentang Uzbekistan di Suez pada 02 Oktober 2009.


England tidak membawa pemain - pemain muda yang beraksi di dalam Liga Perdana Inggeris. Sebaliknya jurulatih Brian Eastick hanya menyenaraikan pemain - pemain yang kurang berpengalaman di peringkat antarabangsa. Berikut adalah senarai pemain - pemain England.


1. Jason STEELE (Middlesbrough)
2. Kieran TRIPPIER (Manchester City)
3. Jordan PARKES (Watford)
4. Adam CLAYTON (Manchester City)
5. Martin KELLY (Liverpool)
6. Ben MEE (Manchester City)
7. Febian BRANDY (Manchester Utd.)
8. Josh WALKER (Middlesbrough)
9. Alex TCHUIMENI-NIMELY (Manchester City)
10. Michael WOODS (Chelsea)
11. Paul MARSHALL (Manchester City)
12. Matthew JAMES (Manchester Utd.)
13. Mark OXLEY (Hull City)
14. Matthew BRIGGS (Fulham)
15. Gavin HOYTE (Arsenal)
16. Nana OFORI-TWUMASI (Chelsea)
17. Jonathan OBIKA (Tottenham Hotspur)
18. Samel BALDOCK (Milton Keynes Dons)
19. Gary GARDNER (Aston Villa)
20. Andrew TUTTE (Manchester City)
21. Elliott PARISH (Aston Villa)

England tidak mempunyai rekod yang cemerlang dalam pertandingan ini. Terbaik adalah menduduki tempat ketiga sewaktu di Australia (tahun 1993).