Pasukan Brighton and Hove Albion memungut satu berharga tatkala seri 1 - 1 ketika menentang Bristol Rovers di Memorial Ground, Bristol sebentar tadi (Sabtu, 26 September 2009).
Adam El-Abd mencatat sejarah peribadi apabila membuat penampilan ke 200 bersama pasukan Brighton.
Adam El-Abd
Glenn Murray kembali ke bangku simpanan selepas pembedahan hernia, sama seperti Graeme Smith yang mengalami masalah buku lali. David Livermore adalah di antara pemain simpanan yang tersenarai, tetapi nama Alan Navarro tercicir dari skuad ke Bristol.
Gol tunggal pasukan Brighton adalah hasil jaringan James Tunnicliffe pada minit ke 56, berpunca dari tendangan sudut oleh Arron Davies.
James Tunnicliffe sewaktu merayakan jaringan beliau.
Walaupun mencatat keputusan seri dan memungut satu mata, kini pasukan Brighton menghuni tangga ke 21 Liga Coca Cola Bahagian Satu, turun dua anak tangga dari minggu lalu.Albion: (4-4-2) Kuipers; Virgo, Elphick, Tunnicliffe, El-Abd; Bennett, Crofts, Dicker, A Davies (Cox 74); Forster (Hart 81), Dickinson (Wright 45 +2). Pemain simpanan yang lain: G Smith (GK), Thornhill, Livermore, Murray.
No comments:
Post a Comment