Friday 16 September 2011

Projek Pembinaan Landasan Berkembar

Baru - baru ini aku singgah di Sungai Petani, Kedah atas urusan kerja. Setelah selesai kerja, aku pun berlegar - legar dekat dengan Sungai Sungai Petani untuk melihat dengan lebih dekat kerja - kerja pembinaan landasan berkembar dijalankan.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar - gambar yang sempat aku rakam pada hari tersebut.

Tahukah Anda - Simbol Keselamatan

Pantun

Tambat perahu di hujung titi
Hajat nak cari pohon senduduk
Sudah lama hamba menanti
Bilakah kucing akan bertanduk?

Buah delima isinya manis
Daun pegaga di buat ulam
Tunggu - tunggu si cantik manis
Akhir terlena di ulit malam

Dua tiga si kuda belang
Ada seekor si keldai tua
Petang nanti hampa nak pulang
Esok lusa kita bersua

.. pantun apa la nie....

Sifat Dengki

Sesungguhnya orang yang pertama kali berbuat dengki di langit ialah iblis terkutuk. Maka berlanjutanlah sifat dengki itu seperti yang ada sekarang ini. Dan orang yang pertama kali berbuat dengki di bumi ialah Qabil di mana ia mendengki saudara kandungnya sendiri, Habil. Maka berlanjutanlah sifat dengki itu sepertu yang sedia ada sekarang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada nikmat - nikmat Allah itu terdapat musuh - musuh."
Baginda ditanya, "Siapakah musuh - musuh itu ya Rasulullah?"
Baginda bersabda,"Mereka ialah orang - orang yang mendengki orang lain terhadap anugerah yang diberikan oleh Allah."

Ahli hukamak berkata, "Sumber - sumber dosa itu ada tiga iaitu yang pertama dengki, yang kedua itu rakus dan yang ketiga itu sombong.

(bersambung)

Kod Gerabak Dan Koc

KOD UNTUK GERABAK
AV - Accumulator Van
BBC - Bogie Bulk Cement
BBS - Bogie Bulk Sugar
BCF - Bogie Container Flat
BCG - Bogie Covered Goods Wagon
BCK - Bogie Cattle Truck
BCP - Bogie Covered Parcel
BCT - Bogie Car Truck
BCW - Bogie Cistern Wagon*
BCW - Bogie Cattle Wagon*
BEB - Bogie Engineering Ballast
BFL - Bogie Flat Low Side Wagon
BFW - Bogie Flat Wagon
BGB - Bogie Guard Brake Van
BHB - Bogie Horse Box
BHS - Bogie High Side Wagon
BHT - Bogie Horse Truck
BHW - Bogie Hopper Wagon
BIV - Bogie Insulated Van
BLC - Bogie Log and Container
BLS - Bogie Low Side Wagon
BLT - Bogie Loco Tools Van
BLW - Bogie Log Wagon
BMV - Bogie Motor Van
BMW - Bogie Machinery Wagon
BPT - ???
BPV - Bogie Parcel Van
BPW - Bogie Pallet Wagon
BRF - Bogie Refrigerated Flat
BRW - Bogie Rail Wagon
BTA - Bogie Tank Ammonia Wagon
BTB - Bogie Tank Benzine
BTD - Bogie Tank Diesel
BTK - Bogie Tank Kelapa Wagon
BTL - Bogie Tank Latex
BTO - Bogie Tank Oil Wagon
BTP - Bogie Tank Palm Wagon
BTU - Bogie Tank Urea
BTW - Bogie Tank Water
BW - Bolster Wagon
BWV - Bogie Workmen’s Van
BWW - Bogie Well Wagon
CF - Container Flat
CG - Covered Goods Wagon
CPT - Container Platform Trucks
CR - Crane Runner
CW - Cattle Wagon
DCW - Double Deck Cattle Wagon
EB - Engineering Ballast
EV - Explosives Van
FL - Flat Low Side Wagon
FT - Fuel Truck
FV - Fish Van
GB - Guard Brake Van
HB - Horse Box
HCW - Horse & Cattle Wagon
HOTC - Half Open Top Containers
HS - High Side Wagon
IV - Insulated Van
LS - Low Side Wagon
LT - Loco Tools Van
LV - Luggage Van
LW - Log Wagon
MS - Medium Side Wagon
MV - Motor Van
PBCG - Port Bogie Covered Goods
PBFW - Port Bogie Flat Low Side
PBLS - Port Bogie Low Side
PCG - Port Covered Goods
PS - ???
RT - … Truck
SW - ..ng Wagons
TB - Tank Benzine
TD - Tank Diesel
TK - Tank Kelapa Wagon
TL - Tank Latex
TO - Tank Oil Wagon
TP - Tank Palm Oil
TW - Tank Water
UNDERFRAME
WDB - War Department Box Car
WDF - War Department Flat Wagon Bogie
WDH - War Department High Sides Bogie
WDL - War Department Low Sides Bogie
WDPGB - War Department Platform Goods Brake Van
WNMV - ???
WV - Workmen’s Van

KOD UNTUK KOC
AFB - Air Conditioned First Buffet
ANF - Air Conditioned Night First
FB - First Buffet
FC - First Class
FS - First & Second
LC - Leper Coach
NF - Night First
NFS - Night First & Second
NS - Night Second
PC - Pay Coach
PV - Passenger Van
RS - Reserved Saloon
SB - Second Buffet
SC - Second Class
SS - Sleeping Saloon
ST - Second & Third
TC - Third Class
TCV - Third Class & Van
TV - Third & Van

* Senarai ini telah dikemaskini pada 14 September 2011.

Selamat Hari Malaysia

Tuesday 13 September 2011

Ucapan Terima Kasih

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang telah sudi untuk menggunakan isi blog aku ini sebagai bahan rujukan. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga buat kalian kerana pada blog aku ini tiada bahan yang menarik untuk dikongsi bersama selain daripada sedikit sembang - sembang tentang keretapi dan bolasepak luar negara.

Berikut adalah link beberapa blogspot yang telah dapat aku kesan menggunakan isi kandungan dalam blogspot aku ini sebagai rujukan:

1. http://pleaselovemeunconditionally.blogspot.com/2011/03/blog-pengantin.html
2. http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-500777-page-7.html
3. http://indahrasajmalim.blogspot.com/2011/08/kembara-melihat-pekan-pekan-lama-3.html
4. http://blogkaryait.wordpress.com/2011/04/19/dilema-kereta-api-negara-kita-bhg-6-%E2%80%93-design-failure-3-4-dan-5/
5. http://coltoras1959.blogspot.com/2011/03/103-kelilingi-johor-2.html
... sekadar yang mampu aku 'cut and paste' kerana ada banyak lagi link yang dapat aku jejak sebelum ini menggunakan gambar dan isi cerita dari blog ini.

Seperti mana yang telah aku maklumkan sebelum ini, kalian bebas untuk menyiarkan apa saja telah aku siarkan di blog ini. Cuma apa yang aku harapkan, agar kalian tidak menyalahgunakannya sudah. Aku menyebarkan maklumat di dalam blog ini untuk aku kongsi bersama kalian.

Terima kasih sekali lagi buat semua yang telah menyokong blog ini dan teruskan sokongan kalian selama mana blog ini dapat bertahan.

Sekadar Peringatan

Sejak kebelakangan ini, telah berlaku beberapa kemalangan yang melibatkan keretapi dengan pengguna jalan raya.

Terbaru adalah melibatkan tren shuttle dari Tumpat ke Gua Musang dengan sebuah traktor yang mana telah menyebabkan pemandu traktor itu maut manakala traktor itu sendiri telah terputus tiga.
Kejadian yang berlaku di lintasan rata Ladang Mengkebang, Kuala Krai itu sepatutnya boleh dielakkan.

Aku tak fikir kesalahan itu datangnya daripada pemandu lokomotif tetapi kerana sikap tidak sabar dan kurang berhati - hati para pengguna jalanraya, telah menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Kalian di luar sana beringatlah. Jangan melintasi landasan keretapi dengan sesuka hati kerana lokomotif tren bergerak dengan laju walaupun di kawasan selekoh. Tambah pula pergerakan KTM Komuter ataupun ETS yang sememangnya senyap dan laju.

Jika berlaku kemalangan, jangan disalahkan pula pihak KTMB kerana tidak memberi peringatan atau tidak sediakan jejantas untuk melintasi landasan. Gunakanlah segala kemudahan yang disediakan untuk melintasi landasan keretapi pada bila - bila masa. UTAMAKAN KESELAMATAN.

Semangatku Masih Di Sini

segenggam semangat
masih ada di sini
antara nilai - nilai peribadi
sebebas mungkin ingin segalanya
menjadi penunggu janji setia

tentu jaringan ketandusan
masih ada di sini
panas keringat membeku lelah
impian terus membara
kerana tanah gersang inilah
mengusik jiwa yang pernah terlena

seperti yang terdahulu
masih tetap ada di sini
segenggam demi segenggam
semangat tak pernah hilang
untuk terus bersjuan...................

Monday 12 September 2011

Gerabak BWW

Gerabak di atas adalah salah sebuah gerabak kepunyaan Hikmat Asia Sdn Bhd yang terlibat dalam Projek Menaik Taraf Landasan Keretapi Tanjung Aru - Tenom.

Gerabak tersebut dikenali sebagai Bogie Well Wagon atau BWW. Seingat aku, tak banyak gerabak seperti ini digunakan di Malaysia. Dahulu KTMB ada 6 buah gerabak BWW yang mana BWW No. 2020, 2046 dan 2047 berkeupayaan membawa muatan maksimum 12 tan, BWW No. 2041 dengan muatan maksimum 30 tan dan BWW No. 2038 dan 2042 dengan muatan 36 tan.

Kesemua gerabak BWW ini kerangkanya diperbuat daripada besi.

Mengikut keterangan gambar, gerabak ini sedang membawa sebuah transformer untuk Lembaga Letrik Negara dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Kuala Lumpur. Gerabak tersebut dibina di Sentul

Menternak Itik

Aku sekeluarga memang suka makan daging itik. Sebab itu ayah aku ada membela beberapa ekor itik selain ayam kampung di reban kat belakang rumah di kampung tu.

Ini bapak itik
Dari asalnya tiga ekor, sekarang itik - itik tersebut telah mula membiak. Seekor demi seekor yang disembelih untuk dijadikan juadah apabila aku atau adik beradik yang lain berkunjung ke rumah ayah. Masakan yang popular di kalangan kami adik beradik adalah Itik Masak Lemak Cili Api.

Sekawan itik yang dibela dan diberi makan secukupnya tiap hari
Yang menarik, baru - baru ini sang ibu itik telah berjaya menetaskan 12 ekor anak yang comel - comel. Aku cuba untuk mendekati anak - anak itik tersebut, tetapi si ibu dengan garangnya mengejarku.

Ibu itik dengan anak - anaknya
Begitulah adanya cerita itik di reban belakang rumah tu. Dalam masa tiga bulan, itik - itik ini akan membesar dan boleh dijual atau disembelih. Permintaan itik memang ada cuma jarang - jarang itik kampung seperti boleh diperolehi.

Berkunjung Ke Genting Highlands

Pada hari Ahad yang lepas (11 September 2011), aku membawa keluarga ke Genting Highlands. Kunjungan yang tak dirancang ini adalah lanjutan daripada kunjungan aku dan keluarga ke rumah Kak Ngah di Serendah sejak hari sebelumnya.

Perjalanan dari Serendah ke Genting Highlands melalui Batang Kali mengambil masa lebih kurang satu jam. Ini kerana keadaan cuaca yang basah dan kenderaan yang agak banyak.

Aku mengambil keputusan untuk naik ke puncak Genting dengan menaiki kereta kabel. Dengan membeli tiket pergi balik, kami pun mula beratur untuk menaiki kereta kabel tersebut.

Kami menaiki kereta kabel bernombor 127
Hari masih hujan sewaktu kereta kabel menuju ke puncak



Penunjuk arah
Keadaan cuaca ketika kami tiba di puncak
Taman Tema Genting yang menyediakan pelbagai permainan untuk dipilih
Pintu masuk Hotel Highlands yang berkabus
Skrin gergasi
Pintu masuk ke Taman Tema Genting
Kemudahan teksi juga disediakan bagi yang ingin menggunakan pengangkutan awam
Setelah menghabiskan beberapa ketika, kami pun turun semula
Sebelum balik ke rumah, kami singgah di Genting Strawberry Leisure Farms
Di sini terdapat beberapa kawasan pertanian seperti cendawan, epal cameron, tumbuhan bersaiz besar dan yang menjadi tumpuan kami adalah ladang strawberi
Dengan bayaran RM6 bagi setiap 100 gram, anda boleh memilih buah strawberi segar untuk dibawa pulang ke rumah
Pilihlah buah mana yang kalian suka
Deretan pokok strawberi yang susun secara bertingkat - tingkat
Begitulah adanya masa yang terluang diguna untuk membawa keluarga terutama sekali anak - anak mengenali dunia luar. Tiada yang lebih membahagiakan apabila keriangan jelas terpancar di wajah anak-anak yang akhirnya terlena dalam kesejukan sewaktu perjalanan balik ke Serendah.


Sunday 11 September 2011

Bristol City..0 Brighton..1

Brighton & Hove Albion meneruskan penguasaan di pesada Liga Kejuaraan apabila menewaskan pasukan Bristol City 1 - 0 di Aston Gate, Bristol malam tadi. Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Ashley Barnes pada minit ke 80.

Pengurus pasukan Gus Poyet menamakan kesebelasan yang sama sewaktu menang 2 - 0 ke atas Peterborough United dua minggu lalu.

Craig Mackail-Smith yang diketepikan daripada skuad kebangsaan Scotland hujung minggu lalu kerana kecederaan belakang, disahkan cergas dan kembali berpasangan dengan Ashley Barnes di bahagian serangan.

Pemain tengah Sepanyol Vicente Rodriguez tidak ikut serta dalam rombongan ke Bristol dan ini bermakna beliau terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk membuat penampilan pertama bersama pasukan Brighton.

Will Buckley dan Romain Vincelot tersenarai sebagai pemain simpanan.

Seramai 13,911 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang menarik ini.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton terus mendahului Liga Kejuaraan dengan mengumpul 16 mata daripada 6 perlawanan. Pasukan Southampton di tangga kedua dengan 15 mata dan Middlesbrough di tangga ketiga dengan 14 mata.

Perlawanan seterusnya bagi pasukan Brighton adalah menentang pasukan Leicester City di Stadium King Power, Leicester pada 17 September 2011.

TEAMS

Albion:
(4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter; Harley (Buckley 73), Dicker, Bridcutt, Noone (LuaLua 73); Barnes, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Vincelot, Navarro.