Sunday 11 September 2011

Bristol City..0 Brighton..1

Brighton & Hove Albion meneruskan penguasaan di pesada Liga Kejuaraan apabila menewaskan pasukan Bristol City 1 - 0 di Aston Gate, Bristol malam tadi. Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Ashley Barnes pada minit ke 80.

Pengurus pasukan Gus Poyet menamakan kesebelasan yang sama sewaktu menang 2 - 0 ke atas Peterborough United dua minggu lalu.

Craig Mackail-Smith yang diketepikan daripada skuad kebangsaan Scotland hujung minggu lalu kerana kecederaan belakang, disahkan cergas dan kembali berpasangan dengan Ashley Barnes di bahagian serangan.

Pemain tengah Sepanyol Vicente Rodriguez tidak ikut serta dalam rombongan ke Bristol dan ini bermakna beliau terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk membuat penampilan pertama bersama pasukan Brighton.

Will Buckley dan Romain Vincelot tersenarai sebagai pemain simpanan.

Seramai 13,911 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang menarik ini.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton terus mendahului Liga Kejuaraan dengan mengumpul 16 mata daripada 6 perlawanan. Pasukan Southampton di tangga kedua dengan 15 mata dan Middlesbrough di tangga ketiga dengan 14 mata.

Perlawanan seterusnya bagi pasukan Brighton adalah menentang pasukan Leicester City di Stadium King Power, Leicester pada 17 September 2011.

TEAMS

Albion:
(4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter; Harley (Buckley 73), Dicker, Bridcutt, Noone (LuaLua 73); Barnes, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Vincelot, Navarro.

No comments:

Post a Comment