Tuesday 13 September 2011

Sekadar Peringatan

Sejak kebelakangan ini, telah berlaku beberapa kemalangan yang melibatkan keretapi dengan pengguna jalan raya.

Terbaru adalah melibatkan tren shuttle dari Tumpat ke Gua Musang dengan sebuah traktor yang mana telah menyebabkan pemandu traktor itu maut manakala traktor itu sendiri telah terputus tiga.
Kejadian yang berlaku di lintasan rata Ladang Mengkebang, Kuala Krai itu sepatutnya boleh dielakkan.

Aku tak fikir kesalahan itu datangnya daripada pemandu lokomotif tetapi kerana sikap tidak sabar dan kurang berhati - hati para pengguna jalanraya, telah menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Kalian di luar sana beringatlah. Jangan melintasi landasan keretapi dengan sesuka hati kerana lokomotif tren bergerak dengan laju walaupun di kawasan selekoh. Tambah pula pergerakan KTM Komuter ataupun ETS yang sememangnya senyap dan laju.

Jika berlaku kemalangan, jangan disalahkan pula pihak KTMB kerana tidak memberi peringatan atau tidak sediakan jejantas untuk melintasi landasan. Gunakanlah segala kemudahan yang disediakan untuk melintasi landasan keretapi pada bila - bila masa. UTAMAKAN KESELAMATAN.

No comments:

Post a Comment