Monday 12 September 2011

Berkunjung Ke Genting Highlands

Pada hari Ahad yang lepas (11 September 2011), aku membawa keluarga ke Genting Highlands. Kunjungan yang tak dirancang ini adalah lanjutan daripada kunjungan aku dan keluarga ke rumah Kak Ngah di Serendah sejak hari sebelumnya.

Perjalanan dari Serendah ke Genting Highlands melalui Batang Kali mengambil masa lebih kurang satu jam. Ini kerana keadaan cuaca yang basah dan kenderaan yang agak banyak.

Aku mengambil keputusan untuk naik ke puncak Genting dengan menaiki kereta kabel. Dengan membeli tiket pergi balik, kami pun mula beratur untuk menaiki kereta kabel tersebut.

Kami menaiki kereta kabel bernombor 127
Hari masih hujan sewaktu kereta kabel menuju ke puncak



Penunjuk arah
Keadaan cuaca ketika kami tiba di puncak
Taman Tema Genting yang menyediakan pelbagai permainan untuk dipilih
Pintu masuk Hotel Highlands yang berkabus
Skrin gergasi
Pintu masuk ke Taman Tema Genting
Kemudahan teksi juga disediakan bagi yang ingin menggunakan pengangkutan awam
Setelah menghabiskan beberapa ketika, kami pun turun semula
Sebelum balik ke rumah, kami singgah di Genting Strawberry Leisure Farms
Di sini terdapat beberapa kawasan pertanian seperti cendawan, epal cameron, tumbuhan bersaiz besar dan yang menjadi tumpuan kami adalah ladang strawberi
Dengan bayaran RM6 bagi setiap 100 gram, anda boleh memilih buah strawberi segar untuk dibawa pulang ke rumah
Pilihlah buah mana yang kalian suka
Deretan pokok strawberi yang susun secara bertingkat - tingkat
Begitulah adanya masa yang terluang diguna untuk membawa keluarga terutama sekali anak - anak mengenali dunia luar. Tiada yang lebih membahagiakan apabila keriangan jelas terpancar di wajah anak-anak yang akhirnya terlena dalam kesejukan sewaktu perjalanan balik ke Serendah.


No comments:

Post a Comment