Perkhidmatan Kelas Satu dan Dua
29 November 1971 adalah tarikh pelancaran perkhidmatan keretapi campur ke Selatan dan Utara tanahair. Perkhidmatan itu adalah untuk membawa penumpang dan barang-barang di waktu malam.
Pada 7 Mac 1975, perkhidmatan itu ditukar menjadi perkhidmatan penumpang biasa dan pada 7 Januari 1976, perkhidmatan yang sama ditukar pula menjadi
perkhidmatan ekspres guna menampung keperluan ramai masa itu.
Ekspres Rakyat bermula pada 16 November 1976 demi memenuhi selera rakyat untuk membuat perjalanan cepat pada siang hari. Dengan adanya perkhidmatan Ekspres Rakyat, perkhidmatan ekspres malam tadi dijadikan perkhidmatan
keretapi malam biasa, 'Southern Cross' dan 'North Star' ialah nama perkhidmatan keretapi ke Selatan dan Utara.
Kalau hendak dikira secara terperinci, memang tidak padan lagi nama-nama tersebut dikekalkan sedangkan kita sudah pun merdeka lebih suku abad. Sering juga kita terbaca akan nama-nama tersebut sebagai Bintang Selatan dan Bintang Utara tapi nama-nama itu adalah terjemahan semata.
Ada pendapat menyatakan bahawa nama mel malam lebih sesuai memandangkan perkhidmatan keretapi tersebut bukanlah perkhidmatan ekspres. Memang tepat sekali. Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu tidak menukarkan nama tadi.
Keretapi mel malam kekal dengan nama asalnya. Agaknya yang menjadi waham cumalah pendapat sahaja. Sebenamya mel malam bertolak daripada Stesen Kuala Lumpur ke Selatan dan Utara pada pukul 2035 sedangkan Senandong Malam
Selatan dan Utara bertolak pada pukul 2200.
Setiap yang baharu memang sukar diterima begitu sahaja sebab ada pula yang tersalah anggapan dan tidak kurang pula yang perasan sahaja. Namun demikian, perkara seperti ini tidak sunyi dari menyelubungi kami. Pada hemat saya, teguran
tentang nama perkhidmatan kami adalah satu petanda yang baik sebab masih banyak lagi kalangan rakyat Malaysia yang memandang berat akan perkembangan yang ada pada Keretapi Tanah Melayu.
Dahulunya perkhidmatan Senandong Malam tidak diketahui umum tetapi kini ianya telah menjadi 'buah mulut' orang.
Senandong Malam Selatan dan Utara adalah perkhidmatan keretapi kelas satu dan dua. Perkhidmatan ini menyediakan tempat tidur yang sederhana bilangannya kepada para penumpang. Sepadan dengan perkhidmatan yang diberi, Senandong Malam akan membuai para penumpang dari Kuala Lumpur ke destinasi masing-masing.
(Dipetik dari Majalah Keretapi, maaf tak ingat tarikh)
(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Monday, 21 December 2009
Swindon Town..2 Brighton..1
Pasukan Brighton kekal di dalam kelompok empat terbawah dalam saingan Liga 1 Coca Cola apabila tewas 1 - 2 kepada Swindon Town di Stadium Country Ground, Swindon pada hari Sabtu lepas (19 Disember 2009).
Gol Brighton adalah hasil jaringan Nicky Forster pada minit yang ke-38, yang juga gol peribadinya yang ke-12 musim ini.
Albion: (4-4-2) Brezovan; El-Abd, Tunnicliffe (Dickinson 67), Elphick, McNulty; Bennett, Crofts, Dicker, Navarro (Cox 67); Forster, Murray (Davies 84). Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), Hart, Virgo, Hoyte.
Gol Brighton adalah hasil jaringan Nicky Forster pada minit yang ke-38, yang juga gol peribadinya yang ke-12 musim ini.
Albion: (4-4-2) Brezovan; El-Abd, Tunnicliffe (Dickinson 67), Elphick, McNulty; Bennett, Crofts, Dicker, Navarro (Cox 67); Forster, Murray (Davies 84). Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), Hart, Virgo, Hoyte.
Subscribe to:
Posts (Atom)