Friday, 21 March 2014

Signboard Part 16

Salam Sejahtera dan selamat bertemu kembali. 

Pada bahagian yang lepas, aku telah menyiarkan gambar signboard stesen dan perhentian dari Butterworth ke Ipoh. Untuk kali ini, aku mulakan dari…. 

Stesen Ipoh (macam sama aje dengan gambar yang dulu)
Stesen Batu Gajah 

Stesen Kampar 

Stesen Tapah Road 

Stesen Sungkai 

Stesen Slim River 

Stesen Behrang 

Stesen Tanjung Malim 

Stesen Kalumpang (gambar asal

Stesen Kerling (gambar dari seorang kawan fb) 

Stesen Serendah 

Stesen Rawang 

Stesen Kuang
 
Stesen Sungai Buloh 

Stesen Kepong Sentral 

Stesen Kepong 

Perhentian Segambut 

Perhentian Bank Negara 

Stesen Kuala Lumpur 


Cukuplah buat kali ini. Aku percaya kalian yang meminati papantanda nama stesen dan keretapi ini masih belum puas untuk menikmati gambar-gambar yang telah aku siarkan. 

Tunggu kemunculan ‘Signboard Part 17’ selepas ini.

Wednesday, 19 March 2014

Temuduga Terbuka - Penyelenggara Landasan / Penyelenggara Am

Kepada kalian yang masih tercari-cari pekerjaan tetap, KTMB akan mengadakan temuduga terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai....

PENYELENGGARA LANDASAN / PENYELENGGARA AM

KELAYAKAN
    • Umur 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
    • Lulus Bahasa Malaysia dalam  Penilaian Menengah Rendah (PMR)
    • Sihat tubuh badan  - tidak cacat anggota ,tidak buta warna dan tidak berkaca mata
    • Boleh membaca dan menulis
    • Sedia berkhidmat di mana-mana  lokasi di rangkaian KTM Berhad

      FAEDAH-FAEDAH YANG DITAWARKAN
      • Gaji bulanan RM900  ++
      • Caruman KWSP dan SOCSO
      • Faedah perubatan
      • Elaun kawasan sebanyak RM110 – RM220
      • Peluang peningkatan kerjaya di KTMB

      Tarikh Temuduga
      8 hingga 10 April 2014

       
      Tempat Temuduga
      Aras 2 , Stesen KTMB, KL Sentral (berhampiran Kaunter Tiket Tren Antarabandar) - dekat tempat orang ramai beli kupon teksi atau tempat simpan beg.

       
      Masa Pendaftaran
      9:00 pagi hingga 1:00 tengahari

       
      Pakaian
      Calon hendaklah berpakaian kemas dan sopan, Seluar ‘jeans’ dan baju T tidak dibenarkan


      SILA BAWA BERSAMA :-
      • Kad pengenalan
      • Sijil-sijil asal persekolahan
      • 1 salinan fotostat kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan
      • Gambar berukuran pasport

Malam Selawat Perdana


Tuesday, 18 March 2014

Signboard Part 15



Seingat-ingat aku, kali terakhir aku menyiarkan tajuk berkaitan dengan papantanda nama stesen atau perhentian keretapi adalah pada 26 Februari 2010. Sepanjang tempoh dari tarikh tersebut, rasanya aku cuma menyiarkan gambar papantanda nama stesen atau perhentian sewaktu aku bercerita tentang sesebuah stesen atau perhentian yang berkenaan.

Untuk memenuhi permintaan kalian yang selalu meminta aku siarkan gambar-gambar terkini ‘signboard’ berkenaan, aku rasa tak mampu untuk berbuat demikian kerana pada waktu ini aku belum berkesempatan untuk kerap menaiki keretapi seperti sebelumnya.

Walau bagaimanapun, akan aku cuba untuk menyiarkan gambar-gambar signboard yang masih aku simpan ataupun yang aku perolehi dari kalian di luar sana. Aku minta maaf sekiranya terdapat gambar-gambar yang aku siarkan ini serupa dengan apa yang telah aku muatkan dari ‘Signboard Part 1’ sehinggalah ‘Signboard Part 14’

Untuk ‘Singboard Part 15’ aku mulakan dari stesen pertama dalam jajaran KTMB iaitu…

Stesen Butterworth

Stesen Bukit Tengah Cabin (maaf, gambar kurang memuaskan)
Stesen Bukit Mertajam
Stesen Nibong Tebal
Stesen Parit Buntar
Stesen Parit Buntar Cabin (stesen guna untuk perselisihan tren)
Stesen Bagan Serai
Stesen Bukit Merah (stesen ini telah ditutup)
Stesen Kamunting

Perhentian Taiping
 
Stesen Padang Rengas
 
Perhentian Kuala Kangsar
Stesen Sungai Siput
Stesen Keretapi Chemor
Stesen Keretapi Tasek
Stesen Keretapi Ipoh
Sekian untuk kali ini. Bersambung di ‘Signboard Part 16’.

Tiket Maya Kini Sah Digunakan

Bagi penumpang yang telah membeli e-Tiket KTMB, kini anda tidak perlu mencetak tiket berkenaan. Anda boleh pamerkan tiket yang telah dibeli melalui telefon pintar atau tablet dan ianya sah untuk menaiki tren Intercity dan ETS. Penumpang dikehendaki untuk menyimpan e-Tiket KTMB dalam format PDF melalui telefon pintar atau tablet dan kemukakan semasa pemeriksaan.