Kepada kalian yang masih tercari-cari pekerjaan tetap, KTMB akan mengadakan temuduga terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai....
PENYELENGGARA LANDASAN / PENYELENGGARA AM
KELAYAKAN
- Umur 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Lulus Bahasa Malaysia dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Sihat tubuh badan - tidak cacat anggota ,tidak buta warna dan tidak berkaca mata
- Boleh membaca dan menulis
- Sedia berkhidmat di mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad
FAEDAH-FAEDAH YANG DITAWARKAN- Gaji bulanan RM900 ++
- Caruman KWSP dan SOCSO
- Faedah perubatan
- Elaun kawasan sebanyak RM110 – RM220
- Peluang peningkatan kerjaya di KTMB
Tarikh Temuduga
8 hingga 10 April 2014
Tempat Temuduga
Aras 2 , Stesen KTMB, KL Sentral (berhampiran Kaunter Tiket Tren Antarabandar) - dekat tempat orang ramai beli kupon teksi atau tempat simpan beg.
Masa Pendaftaran
9:00 pagi hingga 1:00 tengahari
Pakaian
Calon hendaklah berpakaian kemas dan sopan, Seluar ‘jeans’ dan baju T tidak dibenarkan
SILA BAWA BERSAMA :-
- Kad pengenalan
- Sijil-sijil asal persekolahan
- 1 salinan fotostat kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan
- Gambar berukuran pasport
Salam , apakah tugas Penyelenggaraan landasan dan am ? perempuan boleh sertai ke ?
ReplyDeleteSalam, rasanya kerja ini hanya untuk orng lelaki. Setahu saya antara kerja-kerjanya ialah membaiki landasan (tak kira siang atau malam). Dahulu sebelum banyak kerja dijalankan secara kontrak, tugas-tugas membersihkan longkang, menebas semak samun di kawasan pejabat dan sepanjang landasan, mengecat bangunan stesen dan sebagainya, juga dibuat oleh seorang penyelenggara landasan atau penyelenggara am.
ReplyDelete