Wednesday 19 March 2014

Temuduga Terbuka - Penyelenggara Landasan / Penyelenggara Am

Kepada kalian yang masih tercari-cari pekerjaan tetap, KTMB akan mengadakan temuduga terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai....

PENYELENGGARA LANDASAN / PENYELENGGARA AM

KELAYAKAN
    • Umur 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
    • Lulus Bahasa Malaysia dalam  Penilaian Menengah Rendah (PMR)
    • Sihat tubuh badan  - tidak cacat anggota ,tidak buta warna dan tidak berkaca mata
    • Boleh membaca dan menulis
    • Sedia berkhidmat di mana-mana  lokasi di rangkaian KTM Berhad

      FAEDAH-FAEDAH YANG DITAWARKAN
      • Gaji bulanan RM900  ++
      • Caruman KWSP dan SOCSO
      • Faedah perubatan
      • Elaun kawasan sebanyak RM110 – RM220
      • Peluang peningkatan kerjaya di KTMB

      Tarikh Temuduga
      8 hingga 10 April 2014

       
      Tempat Temuduga
      Aras 2 , Stesen KTMB, KL Sentral (berhampiran Kaunter Tiket Tren Antarabandar) - dekat tempat orang ramai beli kupon teksi atau tempat simpan beg.

       
      Masa Pendaftaran
      9:00 pagi hingga 1:00 tengahari

       
      Pakaian
      Calon hendaklah berpakaian kemas dan sopan, Seluar ‘jeans’ dan baju T tidak dibenarkan


      SILA BAWA BERSAMA :-
      • Kad pengenalan
      • Sijil-sijil asal persekolahan
      • 1 salinan fotostat kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan
      • Gambar berukuran pasport

2 comments:

  1. Salam , apakah tugas Penyelenggaraan landasan dan am ? perempuan boleh sertai ke ?

    ReplyDelete
  2. Salam, rasanya kerja ini hanya untuk orng lelaki. Setahu saya antara kerja-kerjanya ialah membaiki landasan (tak kira siang atau malam). Dahulu sebelum banyak kerja dijalankan secara kontrak, tugas-tugas membersihkan longkang, menebas semak samun di kawasan pejabat dan sepanjang landasan, mengecat bangunan stesen dan sebagainya, juga dibuat oleh seorang penyelenggara landasan atau penyelenggara am.

    ReplyDelete