Brighton & Hove Albion menamatkan sesi perlawanan persahabatan pra musim 2010/11 dengan mencatat kemenangan 1 - 0 ke atas kelab dari Liga Perdana Scotland, Aberdeen di Stadium Withdean pada 31 Julai 2010 yang lalu.
Gus Poyet menyenaraikan Jamie Smith di bahagian tengah Brighton. Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Elliott Bennett pada minit ke 38.
Kemenangan ini pastinya menaikkan lagi moral pasukan Brighton sebelum memulakan musim 2010/11 pada minggu hadapan.
Albion: (4-5-1) Poke (Walker 78); Calderon (Whing 78), Elphick, Greer, Painter; Bennett (Baz 78), Kishishev (Dicker 58), Navarro (Battipiedi 78), Sparrow, Jamie Smith (Holroyd 78); Barnes (Murray 78).
No comments:
Post a Comment