Friday 7 October 2011

Jawatan Kosong - Kerani Kaunter ETS

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Jabatan ETS.

KERANI KAUNTER
(PERKHIDMATAN ETS)

Kelayakan

  • Calon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh iklan ditutup;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam Matematik serta Bahasa Inggeris
  • Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian
  • Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana depot
  • Sedia bertugas mengikut giliran syif

Spesifikasi Tugas

  • Bertanggung jawab mengenai urusan pelanggan di kaunter tiket berkaitan pembelian dan tempahan tiket
  • Bertanggung jawab untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan kepada para pelanggan
  • Mengendali akaun dan penyata penjualan tiket;
  • Melayani pertanyaan pelanggan samada di kaunter tiket atau di kaunter pertanyaan secara berdepan atau melalui telefon

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 22 Oktober 2011 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment