Monday, 9 June 2014

Panduan Keselamatan

Memandangkan semakin ramai yang tidak mengetahui tentang peraturan dan keselamatan samada di stesen/perhentian keretapi serta kawasan di sekelilingnya, maka aku siarkan poster tentang kempen keselamatan keretapi.

Aku harap kejadian-kejadian kemalangan yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini dapat dielakkan. 

Untuk pengetahuan kalian, seorang lelaki mati kerana dilanggar keretapi di Saleng, Johor pada 9 Mac 2014. Ini diikuti dengan kejadian pada 31 Mac 2014 di mana seorang lelaki pekerja kontrak terbunuh selepas dilanggar keretapi di Kilometer 95.1 Jalan Beaufort-Kota Kinabalu, Sabah.

Pada 2 Mei 2014, seorang penunggang motosikal maut, manakala pemboncengnya cedera parah selepas dilanggar keretapi ketika melintas landasan di Kampung Baru Pahi, Kuala Krai, Kelantan.

Tidak cukup dengan itu, berlaku lagi satu kemalangan ngeri di Perhentian Teluk Pulai, Kelang pada 1 Jun 2014 yang juga mengakibatkan kehilangan jiwa seorang lelaki.

Jadilah seorang pengguna/penumpang yang berhemah serta mematuhi arahan serta peraturan yang telah ditetapkan.

Kalau menaiki perkhidmatan Tren Antarabandar tu, jangan suka buka pintu sewaktu keretapi sedang bergerak. Seingat-ingat aku, yang suka membuka pintu koc sewaktu tren sedang bergerak ini kebanyakkan daripadanya adalah perokok-perokok tegar yang sukar untuk 'berhenti' sekejap dari menghisap rokok. 
 
Sebarang kecuaian atau kedegilan kalian bakal mengundang padah!

No comments:

Post a Comment