Tuesday, 10 June 2014

Pembukaan Stesen Baharu

Sebagaimana yang telah aku maklumkan sebelum ini, beberapa buah stesen yang terdapat di dalam Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar akan mula beroperasi di stesen yang baharu.

Berikut adalah stesen-stesen yang terlibat:

a. Stesen Sungai Petani. Tarikh pembukaan adalah 11 Jun 2014.
b. Stesen Gurun. Tarikh pembukaan adalah 12 Jun 2014.
c. Stesen Alor Setar. Tarikh pembukaan adalah 13 Jun 2014.

Dengan pembukaan ini, semua tiket-tiket perjalanan Tren Antarabandar akan mula dijual di kaunter baharu stesen-stesen berkenaan.

Diharap mendapat kerjasama daripada semua pengguna / penumpang keretapi. Jaga keselamatan diri dan barang-barang yang dibawa. Patuhi arahan dan panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

2 comments:

  1. tumpang tanya..bila ets ke padang besar nk beroperasi?

    ReplyDelete
  2. Belum ada keputusan kerana sistem elektrifikasi belum siap sepenuhnya.

    ReplyDelete