Sunday 14 August 2011

Portsmouth..0 Brighton..1

Brighton & Hove Albion mencatat kemenangan kedua dalam liga musim ini selepas mengalahkan Portsmouth 1 - 0 di Fratton Park, Portsmouth malam tadi.

Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Craig Mackail-Smith pada minit ke 45, separuh masa pertama.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul enam mata dari dua perlawanan.

Pengurus pasukan Brighton Gus Poyet telah membuat satu perubahan terhadap kesebelasan utama yang menewaskan Gillingham 1-0 dalam perlawanan pertengahan minggu, dengan Craig Mackail-Smith kembali diturunkan. Will Buckley dan Romain Vincelot mengekalkan tempat masing-masing di bahagian tengah.

Seramai 16,496 orang penonton telah menyaksikan perlawanan yang menarik ini yang turut menyaksikan pasukan Portsmouth terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan di separuh masa kedua.

Seterusnya pada 17 Ogos 2011, pasukan Brighton akan bertandang ke Stadium Cardiff City, Cardiff untuk bertemu dengan pasukan Cardiff City dalam perlawanan Liga Kejuaraan.

SENARAI PEMAIN

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter; Buckley (Noone 26), Vincelot, Dicker, Bridcutt (Navarro 87); Barnes, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Sparrow, Cook.

Portsmouth: (4-5-1) Ashdown; Ben Haim, Mokoena, Halford, Hreidarsson (Williams 83); Lawrence, Ward (Kitson 68), Norris, Mullins, Varney; Kanu. Pemain simpanan yang lain: Henderson (GK), Rocha, Dailly.

No comments:

Post a Comment