Daripada Abu Abdullah An-Nu’man Bin Basyir r.a. katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram (itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat) perkara-perkara yang syubhah, ramai dari kalangan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga diri daripada perkara syubhah, (maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhah, dia akan jatuh ke dalam perkara haram.”
Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalam kawasan itu. Ketahuilah bahawa sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.
Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Apabila ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati.”
(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim)

No comments:
Post a Comment