Showing posts with label kebajikan. Show all posts
Showing posts with label kebajikan. Show all posts

Thursday, 2 February 2023

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap tawar perkhidmatan data tanpa had untuk B40, veteran, OKU dan warga emas berharga RM69 sebulan mulai Mac 2023.

 


 

Saturday, 18 December 2021

Cuaca Hujan - Peringatan Buat Semua

Taufan Rai, salah satu ribut paling kuat yang melanda Filipina tahun ini, membadai Pulau Siargao di selatan Filipina petang kelmarin (16 Disember 2021), kata biro cuaca Filipina. 
 
Beribu-ribu penduduk di sepanjang laluannya terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.
 
Tiupan angin yang kencang daripada Taufan Rai telah membawa hujan lebat ke beberapa buah negeri terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur menyebabkan beberapa kawasan mula mengalami banjir.
 
Keluarga Malaysia yang prihatin dengan keselamatan rakyat Malaysia telah mengeluarkan beberapa amaran, peringatan dan  panduan bagi menghadapi bencana ini.




Keluarga Malaysia disaran untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Semoga Allah permudahkan segala urusan rakyat Malaysia.

Thursday, 25 November 2021

Impian Adik Aziana Menaiki Tren Tercapai

Salam Sejahtera

Setiap insan mempunyai keinginan masing-masing. Ada yang inginkan wang yang banyak, ada yang inginkan menjadi cantik dan jelita, ada yang inginkan rumah yang selesa dan banyak lagi.

Begitu juga dengan Adik Aziana Shaari yang menderita kerana lumpuh. Artikel sebelumnya boleh dibaca di sini.

Maka pada 24 November 2021, melalui Program CSR - KTMB Realisasikan Impian Aziana Menaiki Tren, Adik Aziana telah dapat menaiki tren komuter khas dari Sungai Petani ke Butterworth dan balik semula ke Sungai Petani.

Aku kongsikan sebahagian daripada catatan di sepanjang perjalanan itu.

Seawal jam 7 pagi aku telah berada di Stesen Sungai Petani.

Menikmati sarapan pagi di Restoran Ahsan yang terletak berhadapan dengan stesen bersama BCA Faizal International.

Jam 8.30 pagi, para wartawan telah mula hadir.

Sidang Media bersama YBhg. Datuk Musa Hj. Sheikh Fadzir, Pengerusi KTMB
 
YBhg. Datuk Musa menyampaikan sumbangan daripada KTMB kepada Puan Fatimah, ibu Adik Aziana
 
Dua maskot KTM Komuter turut hadir menyerikan acara.
 
Adik Aziana dibawa ke Platform 1 untuk menaiki tren komuter.
 
SCS35 digunakan sepanjang program ini dan diberikan nama Tren Khas No. 2997.

Selain daripada Ibu dan seorang Ibu Saudara, Adik Aziana juga ditemani oleh dua orang paramedik daripada Northcloud Ambulance Service di sepanjang perjalanannya.
 
Tren berhenti selama satu minit di Kampung Bakar Bata, Pinang Tunggal bagi membolehkan Adik Aziana melihat sanak saudara dan jiran-jirannya menunggu di tepi landasan sambil membawa kain rentang.

Anggota paramedik sentiasa memastikan Adik Aziana dalam keadaan yang memuaskan.

Sebelum meninggalkan tren, YBhg Datuk Musa sempat menyampaikan sumbangan peribadi beliau serta mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.

Adik Aziana sedang mendengar penerangan tentang papan tanda kilometer yang kelihatan di luar cermin. Itu KM Post 0.

Akhirnya Adik Aziana tiba semula di Stesen Sungai Petani.

Sebelum pulang ke rumah, Adik Aziana dan ibunya diwawancara tentang pengalaman mereka menaiki tren.

Tugasan selesai.
 


Aku berharap agar Adik Aziana akan terus bersemangat dan berjuang untuk meneruskan kehidupan beliau kerana ajal dan maut itu adalah ketetapan Ilahi.

Sunday, 14 November 2021

Titi Belum Siap

Bilalah agaknya titi menghala ke rumah aku tu nak siap? Hujan turun tiap hari dan banyak tempat banjir.






Entah apa sebab yang aku tak tahu, kontraktor yang dilantik juga dah 'cabut lari' meninggalkan titi yang masih dalam pembaikan.

Harap - harap pihak berkenaan cepat - cepatlah menyiapkan titi tersebut untuk kegunaan keluarga di 22 buah rumah di sekitarnya.

Menyumbang Sekiranya Ada

Salam Sejahtera dan Selamat Bertemu Kembali.
 
Sudah agak lama aku tak menulis. Bukan dah lupa tetapi kekangan masa membuatkan aku tidak punya banyak ruang untuk menulis.

Semalam aku berkunjung ke Kampung Bakar Bata, Pinang Tunggal yang terletak di bahagian selatan Sungai Petani. Tujuan aku ke sana adalah untuk bertemu dengan kawan-kawan dari Kelab Peminat Keretapi Malaysia (MRFC) dan Kelab Suka Suki Keretapi (KSSK) yang dah lama tak bersua muka.

Selepas berkumpul sejenak di perkarangan Masjid At-Taubah, Pinang Tunggal, aku dan kawan-kawan meneruskan agenda asal kami iaitu menziarahi seorang peminat keretapi yang lumpuh.

Asal ceritanya bermula apabila tersiar di dalam Akhbar Kosmo! tentang keinginan seorang remaja untuk menaiki keretapi sebelum ianya meninggal dunia.
 
https://www.kosmo.com.my/2021/10/30/sebelum-meninggal-dunia-saya-mahu-naik-kereta-api/
 
Ekoran dari itu, Presiden MRFC, Saudara Faizal Farid telah mencadangkan sesuatu perlu dilakukan untuk membantu remaja tersebut. Maka tercetusnya idea untuk melakukan ziarah sambil menghulurkan sedikit sumbangan.
 
Dalam masa beberapa hari selepas ianya diuar-uarkan di dalam media sosial tempatan, pelbagai sumbangan dalam bentuk kewangan dan barang-barang keperluan telah diperolehi daripada Keluarga Malaysia dari seluruh negara.
 

Akhirnya, semalam (Sabtu, 13hb November 2021), aku dan kawan-kawan berkunjung ke rumah ADIK AZIANA SHAARI untuk memanjangkan sumbangan tersebut.
 
Ibu Adik Aziana, Puan Fatimah menyambut kehadiran rombongan dengan baik sekali.

Mengapa beliau jadi begitu boleh dibaca dalam Akhbar Kosmo! tersebut dan apa yang kami perhatikan semalam, biarlah kami sahaja yang tahu. 

Adik Aziana gembira apabila dapat tahu yang dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga railway fans.
 
Walaupun majlis diadakan secara sederhana, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya.
 
Buah tangan dari Jay Bee

BCA Faisal menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian untuk Adik Aziana

Presiden MRFC, Saudara Faizal menyampaikan sedikit sumbangan kewangan kepada Puan Fatimah, ibu kepada adik Aziana

Bagi pihak Puan Fatimah, Adik Aziana dan keluarga, mereka ucap salam buat semua yang sudi membantu dan berdoa untuk mereka agar dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.
 

Sungguhpun begitu, barangan keperluan harian seperti dalam gambar di bawah masih diperlukan. Puan Fatimah cuma bekerja di sebuah kedai makan berhampiran dengan pendapatan harian (ada kerja, ada gaji). Adik - beradik Aziana ada dua orang lagi yang baru menamatkan persekolahan.

Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan hanya digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan Aziana. Pusat Zakat pula berpendapat bahawa Adik Aziana tidak layak untuk mendapat bantuan.

Sumbangan juga boleh disalurkan kepada Wakil Kelab Peminat Keretapi Wilayah Utara, Saudara Mohd Faizal bin Che Aim @ BAC Faisal International:

Pengakhiran sesi ziarah diakhiri dengan sedikit jamuan ringan sumbangan BCA Faisal International..

Sebagai kenang - kenangan, digantung satu frame mengandungi gambar keretapi.
Gantung jangan tak gantung bang

Ada satu lagi poster sumbangan seorang lagi peminat keretapi dari Rawang, Saudara Mohd Hafiz Othman dalam proses untuk di'frame'kan dan akan digantung dalam sesi ziarah akan datang.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam misi menghantar barang2 keperluan dan bantuan kewangan kepada adik Aziana. 

Ribuan terima kasih kepada semua dengan sumbangan - sumbangan  yang diberikan. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang datang jauh dari Johor, Pahang dan Kuala Lumpur untuk sama - sama menyokong program hari ini. Moga kita berpeluang lagi di masa hadapan.

Monday, 3 November 2014

Sejenak Di Nurul Ihsan

Sudah lama benar aku tidak mengunjungi Rumah Anak-Anay Yatim Dan Miskin Bait Al Amin di Parit tu. Kalau aku pergi pun, cuma singgah sekejap untuk bertanyakan khabar dan menghulurkan sedikit bantuan. Tak macam dulu pergi dari pagi hingga ke petang melayan kerenah anak-anak di sana sambil melayan tetamu yang datang dari seluruh tanahair.

Memandangkan aku ditawarkan untuk membekal dan menghantar makanan untuk satu projek oleh pelajar-pelajar dari UTP Tronoh dan dengan kesempatan yang ada, aku telah menjejakkan kaki ke Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin Nurul Ihsan di Sungai Siput, Perak semalam (2 November 2014).

Berikut adalah sedikit kenangan yang dapat aku kongsi bersama kalian:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jumpa lagi pada masa akan datang....