Sunday, 29 November 2009

Ekspres Wau

Hari ini, 29 November 2009. Bermakna Ekspres Wau kini berusia 13 tahun.

Inilah satu - satunya perkhidmatan tren ekspres yang masih beroperasi setiap hari bagi Sektor Kuala Lumpur - Tumpat - Kuala Lumpur.

Majalah Jajaran keluaran Disember 1996 menyiarkan berita tentang Pelancaran Ekspres Wau yang telah diadakan di Stesen Wakaf Bahru.




Banyak pengalaman pahit manis yang telah dilalui oleh tren ini. Dari persembahan dikir barat di dalam koc, sambutan Hari Kebangsaan, kemalangan di Kemubu, terlanggar balak di Kuala Lentang dan banyak lagi peristiwa yang tak mampu aku ingat satu per satu.

Namun begitu, sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan ini tidak pernah luntur. Mereka sanggup untuk membayar lebih (kena denda dalam tren sebab tak ada tiket), semata - mata mahu sampai ke destinasi tepat pada masanya. Mereka beranggapan bahawa inilah satu - satunya cara pengangkutan yang murah dan selamat, walaupun ada kalanya tren terlewat tiba ke destinasi yang dituju.

SELAMAT ULANG TAHUN KE-13 EKSPRES WAU semoga akan terus memberi perkhidmat baktinya kepada seluruh penduduk di Pantai Timur Semenanjung (jangan kata tak ada orang Terengganu yang naik keretapi!)

Tahniah dan syabas buat KTMB. KTMB SELALU DIHATIKU.

1 comment:

  1. Jangan dilupa.... 'Musuh ketat' tren ni dulu Ekspres Kenali yang diperkenalkan pada tahun 2000 dan tamat pada pertengahan 2004 sebelum dihidupkan sekejap pada akhir 2005! Tapi pengalaman sedih ialah beraya atas tren ni pada Aidilfitri 2002. Pengalaman manis ialah naik tren ni dari KL Sentral ke Mentakab pada Oktober 2003. Yang tak boleh lupa, Koc PSY (Gelaran saya kepada Koc Hyundai) dah mula buat hal dah..... Sampai Injin IRCON buat kerja lansir untuk ganti dengan Koc lain. Barulah saya tau, bila Koc-Koc PSY bila nak kena tanggal, PGC kena matikan dulu. Memang best, meskipun ada yang terpaksa tidur dalam panas....

    Tak boleh lupa bila ada 6800 tarik Tren Kontena (mungkin dari Pasir Gudang atau 612 Naik dari Tumpat) selain 24 Kelas (tak ingat apa nombor) dan 25203 di Stesen Gemas. Masih bermain dalam kotak minda saya PLR Injin mengelap pemegang pintu (Handrail) Injin. Memang penuh kenangan!

    ReplyDelete